Kasih Ayah. Saat Lafaz Sakinah

kasih ayah
kasih ayah | In my Father’s Arms
by ~Tazzer27

Kasih Ayah. Saat lafaz sakinah

aku mendekati abah yang termenung di tangga rumah. hajat di hati nak ajak abah makan. dari pagi sampai malam sibuk abah melayan tetamu sampai tak sempat isi perut sendiri.

“abah, umi panggil makan. nasi dah nak sejuk” kata aku berbasa basi.

abah senyap.

“dari pagi abah tak makan kan. umi dah panaskan lauk kenduri tadi. gulai kambing pun sempat umi simpan untuk abah. rugi tau tak makan” sambung aku lagi, memancing abah untuk makan. abah memang gemarkan daging kambing. manis katanya.

“macam mana agaknya along kamu ni ye, achik. dah kahwin dah pun dia.” sayu abah menuturkan.

“abah..” aku cuba mencelah

“dulu, abah ingat lagi. waktu along kamu 6 tahun. abah marah dia sebab belum pandai baca jawi. dan waktu tu kamu menangis sebab along kena kurung kat luar.ingat tak?” tanya abah.

aku mengangguk angguk senyum.

“abah bukan apa, bukan tak sayang, tapi sebab sayanglah abah buat macam tu. along kamu tu anak sulong. kena jadi contoh pada adik adik. kalau abah tak paksa dia baca jawi masa tu, abah takut dia tak pandai nak baca Quran nanti.”

aku mengangguk. setuju.

“waktu dia dapat matrik kat Perlis, berat abah nak lepaskan. dia perempuan. muda lagi pulak masa tu. sebab tu waktu dia habis matrik, abah pilihkan universiti dekat dekat untuk dia. bimbang, achik” sambung abah lagi.

“owh, sebab tu la along dok cerita kat achik, dulu dia cakap, nak masuk u pun, abah yang pilihkan” kata aku menyambut bual abah.

abah gelak.

kasih ayah
kasih ayah | kasih ayah | kasih ayah | kasih ayah kasih ayah

“dia marah ke?” tanya abah.

“takde la, dia cuma cerita.” kata aku, senyum.

“bila dia dah habis belajar, tu ha dapat pulak kerja jauh. dua tiga kali juga abah fikir. tapi nak tak nak abah kena lepaskan, selebihnya abah tawakkal pada Allah. along tu perempuan, abah bimbang. tapi abah percaya yang dia boleh jaga diri” kata abah meluahkan.

berulang ulang kali abah cakap abah bimbang. fahamlah aku bahawa abah sangat sayangkan anak perempuannya.

“along dah jumpa jodoh dia. abah harap, si Hisyam tu dapat jaga along baik baik. 20 tahun lebih abah tatang along. makan pakai sakit semua terjaga. umi kamu tu ha bersekang mata bila anak anak demam. berat abah nak lepaskan, achik. tadi waktu lafaz akad, abah goncang tangan menantu abah nak bagitau yang sekarang tanggungjawab jaga along atas bahu dia. semua, dari hujung rambut sampai hujung kaki” bicara abah mula tersekat sekat.

” abah harap along taat pada suami sampai akhir hayat. jaga rumahtangga. dahulukan cinta Allah, inshaAllah semua bakal terjaga. lepas akad tadi abah jumpa menantu abah. abah peluk dia erat dan pesan;

“kau jaga anak aku elok elok.kalau tak, nahas!”

“serius abah pesan macam tu kat abang long?” aku terkejut.

“ish, tak de la, abah pesan dia elok elok, jaga along untuk abah. jangan sia siakan along. kalau ada masalah, duduk berbincang. kasih sayang, percaya, hormat, semaikan. jaga hubungan dengan Tuhan, dengan insan. akhir sekali abah bisik pada Hisyam.abah cakap;

 “hisyam, hati perempuan ni lembut. maka tangani dengan kelembutan. banyakkan  sabar, doa. perempuan ni makhluk istimewa yang Allah sangat sayang. maka jangan siakan” kata abah panjang lebar.

“ish abah ni, ingatkan abah gertak abang long betul betul tadi” aku menarik muka.

abah gelak dan kemudian kembali senyap.

” dah la tu mari makan” umi menyapa dari belakang.

abah senyum , aku pandang mata umi, bergenang.

.

# Artikel ini adalah dikirimkan oleh adilah azureen ahmed (azureenahmed.blogspot.com) ke inbox emel kami. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.. =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
rosha
rosha
10 tahun yang lalu

tersentuh hati membaca coretan ini..tak tergambar akan pengorbanan seorang ayah & juga ibu terhadap anak2nya..sdh pastinya harapan seorang ayah & juga ibu mahukan yg terbaik utk anak2nya & amat mengharapkan agar insan yg mengambil alih tanggungjwbnya itu akan menggalas amanah Allah yg dipertanggungjwbkan itu dgn sebaik2nya..tiada yg lebih membahgiakan mereka melainkan melihatkan ank2nya juga turut bahgia menjalani kehidupan ini diringi rahmat & redha Ilahi..

achik
achik
10 tahun yang lalu

mohon share

syazwina
syazwina
11 tahun yang lalu

Salam.bole sy share?