SURAH AR RAHMAN RUMI (Transliterasi, Audio & Terjemahan)

Ini adalah panduan Surah Ar Rahman Rumi (transliterasi)

Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga akan disediakan.

Semoga membantu..

Pengenalan

Surah Ar-Rahman terdiri daripada 78 ayat.

Surah ini termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah Ar-Ra’d.

Dinamakan Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah), diambil dari perkataan “Ar-Rahmฤn” yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah.

Sebahagian besar dari surah ini menerangkan kemurahan Allah subhanahu wa ta’ala kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia maupun di akhirat nanti.

Ayat berkaitan keimanan:

  • Allah mengajar manusia pandai berbicara. [Ayat 4]
  • Pepohonan dan tumbuh-tumbuhan tunduk kepada Allah. [Ayat 6]
  • Semua makhluk akan hancur kecuali Allah. [Ayat 26-27]
  • Allah selalu dalam kesibukan. [Ayat 29]
  • Manusia diciptakan dari tanah dan jin dari api. [Ayat 14-15]

Ayat-Ayat hukum:

  • Kewajiban mengukur, menakar, menimbang dengan adil. [Ayat 8-9]

Lain-lain:

  • Manusia dan jin tidak dapat melepaskan diri dari kekuasaan Allah subhanahu wa ta’ala. [Ayat 33]
  • Banyak dari umat manusia yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan.
  • Nubuwah tentang hal-hal yang akan terjadi dan hal itu benar-benar terjadi seperti tentang Terusan Suez dan Panama. [Ayat 19]

Bacaan Surah Ar Rahman Rumi (Transliterasi)

1
surah ar rahman ayat 1

ar-raแธฅmฤn

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.


2
surah ar rahman ayat 2

โ€˜allamal-qur’ฤn

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.


3
surah ar rahman ayat 3

khalaqal-insฤn

Dia lah yang telah menciptakan manusia, –


4
surah ar rahman ayat 4

โ€˜allamahul-bayฤn

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.


5
surah ar rahman ayat 5

asy-syamsu wal-qamaru biแธฅusbฤn

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu,


6
surah ar rahman ayat 6

wan-najmu wasy-syajaru yasjudฤn

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.


7

was-samฤ’a rafaโ€˜ahฤ wa waแธaโ€˜al-mฤซzฤn

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,


8

allฤ taแนญgau fil-mฤซzฤn

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan,


9

wa aqฤซmul-wazna bil-qisแนญi wa lฤ tukhsirul-mฤซzฤn

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.


10
surah ar rahman ayat 10

wal-arแธa waแธaโ€˜ahฤ lil-anฤm

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:


11
surah ar rahman ayat 11

fฤซhฤ fฤkihatuw wan-nakhlu ลผฤtul-akmฤm

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang,


12
surah ar rahman ayat 12

wal-แธฅabbu ลผul-โ€˜aแนฃfi war-raiแธฅฤn

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum,


13

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?


14
surah ar rahman ayat 14

khalaqal-insฤna min แนฃalแนฃฤlin kal-fakhkhฤr

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,


15
surah ar rahman ayat 15

wa khalaqal-jฤnna mim mฤrijim min nฤr

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang,


16
surah ar rahman ayat 16

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


17
surah ar rahman ayat 17

rabbul-masyriqaini wa rabbul-magribaฤซn

(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.


18

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


19

marajal-baแธฅraini yaltaqiyฤn

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu,


20
surah ar rahman ayat 20

bainahumฤ barzakhul lฤ yabgiyฤn

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya,


21
surah ar rahman ayat 21

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


22
surah ar rahman ayat 22

yakhruju minhumal-lu’lu’u wal-marjฤn

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan,


23
surah ar rahman ayat 23

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


24
surah ar rahman ayat 24

wa lahul-jawฤril-munsya’ฤtu fil-baแธฅri kal-aโ€˜lฤm

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang,


25
surah ar rahman ayat 25

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


26
surah ar rahman ayat 26

kullu man โ€˜alaihฤ fฤn

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:


27

wa yabqฤ wajhu rabbika ลผul-jalฤli wal-ikrฤm

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:


28
surah ar rahman ayat 28

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


29

yas’aluhลซ man fis-samฤwฤti wal-arแธ, kulla yaumin huwa fฤซ sya’n

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!


30

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?


31

sanafrugu lakum ayyuhaแนก-แนกaqalฤn

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!


32

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


33

yฤ maโ€˜syaral-jinni wal-insi inistaแนญaโ€˜tum an tanfuลผลซ min aqแนญฤris-samฤwฤti wal-arแธi fanfuลผลซ, lฤ tanfuลผลซna illฤ bisulแนญฤn

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami, masakan dapat)!


34

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


35

yursalu โ€˜alaikumฤ syuwฤแบ“um min nฤriw wa nuแธฅฤsun fa lฤ tantaแนฃirฤn

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar), dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu),


36

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


37

fa iลผansyaqqatis-samฤ’u fa kฤnat wardatan kad-dihฤn

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak,


38

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


39

fa yauma’iลผil lฤ yus’alu โ€˜an ลผambihฤซ insuw wa lฤ jฤnn

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya),


40

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


41

yuโ€˜raful-mujrimลซna bisฤซmฤhum fa yu’khaลผu bin-nawฤแนฃฤซ wal-aqdฤm

Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka),


42

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


43

hฤลผihฤซ jahannamullatฤซ yukaลผลผibu bihal-mujrimลซn

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.


44

yaแนญลซfลซna bainahฤ wa baina แธฅamฤซmin ฤn

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!


45

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


46

wa liman khฤfa maqฤma rabbihฤซ jannatฤn

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, –


47

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


48

ลผawฤtฤ afnฤn

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan, –


49

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


50

fฤซhimฤ โ€˜ainฤni tajriyฤn

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir, –


51

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.


52

fฤซhimฤ min kulli fฤkihatin zaujฤn

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).


53

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


54

muttaki’ฤซna โ€˜alฤ furusyim baแนญฤ’inuhฤ min istabraq, wa janal-jannataini dฤn

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam, dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.


55

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


56

fฤซhinna qฤแนฃirฤtuแนญ-แนญarfi lam yaแนญmiแนก-hunna insun qablahum wa lฤ jฤnn

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin,


57

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


58

ka’annahunnal-yฤqลซtu wal-marjฤn

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.


59

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


60

hal jazฤ’ul-iแธฅsฤni illal-iแธฅsฤn

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?


61

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


62

wa min dลซnihimฤ jannatฤn

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua),


63

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


64

mud-hฤmmatฤn

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya,


65

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


66

fฤซhimฤ โ€˜ainฤni naแธแธฤkhatฤn

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:


67

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


68

fฤซhimฤ fฤkihatuw wa nakhluw wa rummฤn

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,


69

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


70

fฤซhinna khairฤtun แธฅisฤn

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya,


71

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


72
Surah ar Rahman ayat 72

แธฅลซrum maqแนฃลซrฤtun fil-khiyฤm

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing,


73

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


74

lam yaแนญmiแนก-hunna insun qablahum wa lฤ jฤnn

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin,


75
surah ar rahman ayat 75

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


76
surah ar rahman ayat 76

muttaki’ฤซna โ€˜alฤ rafrafin khuแธriw wa โ€˜abqariyyin แธฅisฤn

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.


77
surah ar rahman ayat 77

fa bi’ayyi ฤlฤ’i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


78
surah ar rahman ayat 78

tabฤrakasmu rabbika ลผil-jalฤli wal-ikrฤm

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Kelebihan Surah Ar Rahman

Apakah kelebihan mengamalkan Surah Ar Rahman?

Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang terdapat pada surah Ar Rahman.

1. Mendapat Syafaat di Hari Kiamat

Kelebihan membaca Surah Ar Rahman yang paling didambakan ramai adalah ia memudahkan anda mendapat syafaat di Hari Kiamat.

Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa oang Islam yang mengamalkan Ar Rahman akan mendapat tempat paling indah di sana kelak.

Imam Jaโ€™far Ash-Shadiq (sa) berkata:

โ€œjangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia  yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya.

Pada saat itu Allah berfirman: siapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab: Ya Robbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjdi putih.

Dan ia berkata kepada mereka: berilah syafaat bagi orang-orang yang mencintai kalian. Kemudian ia memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka.

Lalu ia berkata kepada mereka: masuklah kalian ke syurga, dan tinggallah didalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.

2. Diredhai Dan Dikasihi Allah SWT

Sesiapapun yang sentiasa membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Salah satu kelebihan surah Ar Rahman adalah membuatkan diri anda dikasihi dan diredhai Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: โ€œBarang siapa membaca surat Ar Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan kepadanya.โ€

3. Mengingatkan Sifat Pelupa Manusia

Kadang-kadang manusia lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.

Sebagai contoh, setelah Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita, kita malahan berfikir bahawa semuanya atas hasil usaha kita sendiri.

Namun, ketika kita ditimpa musibah barulah kita sedar dan mula mengingatinya. Pengulangan ayat โ€œfabiayyi aalaaโ€™i Robbikuma tukadzibanโ€ adalah untuk mengingatkan bahawa manusia adalah pelupa.

Ayat tersebut adalah kalimat pertanyaan yang menuntut jawapan manusia yang mengingat ketika membaca ayat itu.

4. Mengingatkan Banyak Makhluk Allah SWT

Jin  juga mengakui bahawa nabi Muhammad sebagai Rasul.

Ini membuktikan bahawa ciptaan Allah tidak hanya terbatas pada sesuatu yang tampak.

Kerajaan Jin dan alam-alam yang tidak tampak pun Allah lah yang menciptakannya. Selain itu, haiwan-haiwan yang berada dimuka bumi ini juga beribadah kepada Allah.

Allah sedang memberitahu serta mengingatkan kita , bahawa selain kita masih terdapat makhluk Allah lainnya yang juga diberikan kewajiban untuk beribadah kepada Allah.

5. Mencari Jodoh

Surah Ar Rahman mengandungi asma atau kelebihan nama Allah iaitu Ar Rahman Maha Pengasih atau Pemurah.

Arti Pengasih yang terdapat dalam surat ini juga dimaksudkan sebagai cinta kasih.

Kelebihan Surah Ar Rahman untuk Jodoh sudah tidak asing lagi di telinga kita dimana surat Ar Rahman boleh diamalkan untuk mempercepatkan datangnya jodoh.

Sama ada ingin bernikah dengan cepat, bertemu jodoh lebih baik atau yang diimpikan, Ar Rahman adalah doa-doanya.

Yakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah, dengan mengurniakan rezeki, jodoh dan ajal semuanya berada ditangannya.

Hanya kepada Allah wajib kita meminta.

6. Menghilangkan Rasa Cemas

Dalam kehidupan seharian, kita sering dilanda rasa cemas dan gelisah akibat tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi.

Kadangkala ada pula orang yang sering tidak tenang, cemas dan merasa tidak kena. Ketahuilah ia mungkin penyebab yang tidak jelas dan tidak diketahui.

Orang yang selalu ingat dan bertawakal kepada Allah insya Allah tidak akan mengalami rasa cemas dan gelisah berlebihan dalam menghadapi berbagai masalah.

Apabila anda berasa cemas, gelisah dan tertekan, surah Ar Rahman lah penawarnya.

ketika anda membacanya, yakinlah dan rasalah kasih sayang yang Allah berikan selama ini, Insyaallah hati anda akan rasa tenang.

7. Dapat Mengeratkan Hubungan Antara Keluarga

Ingin mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga yang sudah lama renggang, anda boleh sahaja membaca surah Ar Rahman ketika solat atau selepas solat.

Anda juga sentiasa berdoa agar diberikan kedamaian serta kasih sayang sesama keluarga.

Insyaallah hubangan yang dah lama renggang akan menjadi baik semula. Itulah kelebihan surah Ar Rahman.

8. Mati Seperti Mati Syahid

Imam Jaโ€™far Ash-shadiq (sa) berkata: โ€œBarangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat โ€˜Fabiayyi รขlรขi Rabbikumรข tukadzdzibรขnโ€™, ia mengucapkan: Lรข bisyay-in min รขlรขika Rabbรฎ akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.โ€

(Tsawabul Aโ€™mal, hlm 117).

Jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan Surah Ar Rahman yang membolehkan anda mati seperti mereka yang syahid.

Siapa yang tidak mahu mati syahid? Seluruh alam pasti inginkannya.

9. Mendapat Nikmat Hidup

Nikmat yang Allah berikan kepada makhluk adalah dalam bentuk rohani dan jasmani.

Nikmat jasmani adalah kelebihan di dunia dan nikmat rohani memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Untungnya orang yang mendapat nikmat rohani dan jasmani.

Anda juga boleh amalkan Surah Al-Waqiah untuk mendapatkan keredhaan Allah Swt dan insyallah Allah memberikan anda nikmat dan kurniaanNya.

10. Mendapat Ilmu Pengetahuan

Allah Swt turut mengajarkan kita tentang sifatNya selain dari ilmu, hukum dan apa yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Kerana itu juga Quran diturunkan kepada kita. Ia berupa wahyu.

Dengan mengamalkan surah Ar Rahman, kita dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam, mendapat ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan mendapat panduan hidup dunia akhirat.

Transliterasi Surah-Surah lain

Antara surah lain yang sudah ditambah tranliterasi untuk membantu anda:

Nota Penutup

Semoga Transliterasi Rumi ini dapat membantu anda yang sukar membaca / sedang belajar mengenal al-Quran.

Sememangnya penggunaan transliterasi rumi adalah kurang tepat dari segi sebutan, namun saya berharap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudari sekalian yang memerlukan bantuan sebegini.

Saya berdoa agar Allah memudahkan urusan kita semua belajar membaca al-Quran dan memperoleh barakah daripadanya.

Semoga Allah melapangkan hati kita dan dibukakan hati kita kepada ilmu.

Sesungguhnya Islam itu agama rahmat dan Allah jualah Maha Memberi Rahmat.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

7 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Puteri
Puteri
2 tahun yang lalu

maaf.ayat 29 perlu dibetulkan dr segi baris pada ayat jawi..tak sama dgn rumi dan audio.maaf..

Haris makhail
Haris makhail
2 tahun yang lalu

assalamualaikum boleh tak tambah surah al baqarah…
Terima kasih…

Zainudin
Zainudin
3 tahun yang lalu

Assalammualaikum tuan. Ayat 72 surah Al Rahman yg jawi nya Salah ya tuan , yg rumi Tu dah betul. Harap tuan dapat perbetulkan yg jawinya. Maaf klu saya yg Salah.

Zainudin
Zainudin
3 tahun yang lalu

Maaf sekali lagi. Surah Al Rahman ni tak Ada audio juga untuk saya memperbetulkan bacaan saya.