Cara Solat (Panduan Lengkap Pergerakan Dalam Solat)

takbiratul ihram

Bagaimana cara mengerjakan solat?

Ini adalah panduan asas lengkap cara mengerjakan solat fardu.

Dalam panduan ini, setiap pergerakan solat dinyatakan secara langkah-demi-langkah, dan disertakan dengan gambar rujukan.

Apa yang menarik:

Setiap bacaan solat dipermudahkan dengan ejaan RUMI dan bantuan audio untuk sebutan yang betul.

Tanpa buang masa, mari saya tunjukkan..

Ambil Wuduk Sebelum Solat

Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum solat?

Langkah pertama sebelum memulakan solat adalah kita perlu menyucikan diri kita dengan wuduk.

Wuduk adalah satu perbuatan membersihkan diri menggunakan air yang suci pada anggota badan tertentu dengan dimulai dengan niat.

👉 Sila rujuk panduan cara ambil wudhu ini

Nota Pakaian

Kita juga perlu memastikan badan dan pakaian kita bebas serta suci daripada najis.

Pakaian yang terkena najis seperti air kencing membuatkan solat tidak sah.

Pakaian yang sesuai untuk solat mestilah menutup aurat, sekurang-kurangnya:

Untuk Lelaki

Pakaian yang menutup anggota badan diantara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya menutup sehingga kesemua bahu.

Untuk Wanita

Pakaian yang menutup keseluruhan badan (termasuk kepala) kecuali bahagian muka dan tapak tangan.

Cara Mengerjakan Solat

Berikut adalah cara asas mengerjakan solat secara langkah demi langkah.

1. Menghadap Kiblat

Keadaan berdiri ini disebut qiyam dalam bahasa Arab.

Berdiri lurus dan hadapkan badan ke arah kiblat (Ke arah Kaabah). Mata memandang ke arah tempat sujud.

Orang yang hendak menunaikan solat, wajib mengetahui arah kiblat dengan yakin sebelum menunaikan solat.

Pada zaman sekarang, pelbagai apps menentukan arah kiblat boleh digunakan. Antaranya adalah Qibla Finder


2. Niat Untuk Solat

Ucapkan niat didalam hati dengan niat solat yang anda ingin lakukan.

Contohnya: Sahaja Aku Solat Fardu Zohor 4 Rakaat Tunai Kerana Allah Taala

Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

👉 Antara boleh rujuk senarai niat solat pada pautan ini: Panduan Niat Solat Rumi


3. Angkat Takbir

Angkat kedua belah tangan separas telinga.

Kemudian sebutkan “Allahuakbar!”

Maksudnya “Allah Maha Besar”

Lelaki: Tangan diangkat hingga pergelangan tangan setentang dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan
Perempuan: Tangan diangkat hingga setentang dengan bahu dan hujung jari mencecah paras bawah telinga. Siku dan tangan mesti dirapatkan ke badan

Perbuatan ini dalam solat dipanggil Takbiratul Ihram


3. Letakkan Tangan Di Atas Perut

Selepas mengangkat takbir, tangan diletakkan diatas perut.

Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan wajah memandang ke arah tempat sujud.

Kemudian bacalah doa iftitah:

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.

Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Ifitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.


4. Baca Al Fatihah Dan Seterusnya Surah Lain

Selesai membaca doa iftitah, seterusnya baca pula surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat.

Ini bermakna, jika al-Fatihah wajib dibacakan. Jika tidak dibaca solat kita tidak akan sah.

Al hamdu lil lahi rabbil ‘alamin. Arrahmanir rahim. Maliki yawmiddin. Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in. Ihdinas siratal mustaqim. Siratal ladhina an’amta’alaihim, ghairil maghdubi’alaihim wa lad dhallin. (Amin)

Surah al-Fatihah mesti dibaca adalam setiap rakaat.

Selesai al-Fatihah, seterusnya bacalah surah lain.

Antara surah yang mudah adalah surah al-Ikhlas.

Qul hu wal lahu ahad, allahus samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam ya kul lahu kufuwan ahad.”


5. Kemudian Rukuk

Langkah seterusnya adalah rukuk.

Semasa rukuk, ucapkan takbir (Allahuakbar) dan letakkan kedua belah tangan di atas lutut.

Posisi Rukuk

Semasa rukuk:

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:

Subhaa Na Rabbiyal A’zim Wabihamdih 

Maksudnya: 

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji


6. Berdiri Dari Rukuk (Iktidal)

Setelah selesai rukuk, seterusnya kita akan bangun berdiri tegak (iktidal).

Ucapan semasa iktidal adalah seperti berikut:

 Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh 

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.


7. Sujud Pertama

Setelah iktidal, seterusnya kita akan sujud.

Cara sujud adalah:

Bertakbir (Allahuakhbar) dan turunkan badan dengan dahi, hidung, kedua belah tapak tangan dan ibu jari kaki menyentuh lantai. (rujuk gambar)

Buka lengan dari sisi badan dan lantai.

Bacaan semasa sujud adalah:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Tasbih ini diulangi sebanyak tiga (3) kali.


8. Duduk Antara Dua Sujud

Setelah itu, bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Fasa ini dipanggil “duduk di antara dua sujud”

Bacaan paling mudah semasa duduk antara dua sujud adalah:

Rabbighfir li.”

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku

Jika anda mampu menghafal, bacalah bacaan penuh duduk antara dua sujud.

Bacaan penuh adalah seperti berikut:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa a’fini Wa’fu Anni 

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.


9. Sujud Kedua

Selesai membaca tasbih di atas, maka sujudlah sekali lagi (sujud kedua)

Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.

Kedudukan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti sujud pertama.

Dengan ini, sudah selesai bahagian rakaat pertama dalam solat.

10. Sekarang bangun berdiri untuk Rakaat Kedua.

Pergerakan dalam rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kecuali selepas sujud kedua anda tidak perlu terus bangun tetapi duduklah pada kedudukan tasyahud (Tahiyat awal)

Cara duduk tasyahud adalah seperti berikut:

  • Duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
  • Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.

Bacaan Tahiyat Awal adalah seperti berikut:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.

Asyhadu an laa ilaaha illallaah,

Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.

Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad

Wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Untuk solat tiga rakaat (Maghrib) dan solat empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak), anda perlu bangun berdiri kembali selepas selesai baca tahiyat awal, untuk meneruskan rakaat seterusnya.

Untuk solat dua rakaat, teruskan duduk tasyahud dan bacalah tahiyat akhir.

Posisi kaki pada duduk tahiyat akhir
Posisi kedudukan jari ketika tahiyat

Bacaan Tahiyat Akhir adalah seperti berikut:

Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Rumi:

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.

Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.

Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.

Fil ‘alamina innaka hamidum-majid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

11. Beri Salam

Selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan: “Assalamu alaikum wa rahmatullah”

kedua ulangi salam dengan memalingkan muka ke sebelah kiri dengan ayat yang sama.

Maka Solat Dua Rakaat Telah Selesai

Untuk solat tiga atau empat rakaat, prosedur semua pergerakan solat diulangi pada rakaat seterusnya, kecuali pada rakaat ketiga & keempat tidak dibaca surah selepas al-Fatihah.

Semua pergerakan dan bacaan lain adalah sama.

Semua solat mesti diakhiri dengan tahiyat akhir dan salam.

Doa Selepas Solat

Walaupun tidak wajib, kita amat digalakkan untuk melakukan doa selepas solat.

Saya ada menyediakan beberapa doa selepas solat dalam rumi, dan dibantu dengan audio.

Anda boleh belajar doa tersebut pada pautan ini: Doa Selepas Solat (Panduan Lengkap)

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments