Hukum Rambut Terkeluar Masa Solat (Wanita)

Rambut Terkeluar Masa Solat

Apakah hukum rambut terkeluar masa solat bagi wanita?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah kena ulang semula kalau orang perempuan tidak sedar rambutnya terkeluar dari tudung ketika dia solat dan selepas solat baru sedar?


JAWAPAN

Jika rambut itu terkeluar ketika dalam solat sebelum salam maka solatnya batal dan jika sudah terkeluar sebelum lagi dia memulakan solat maka solatnya tidak sah dan wajib atas kedua masalah ini mengulangi akan solat tersebut.

Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.

Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani:

Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri.

Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.”

Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah:

Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mun
Mun
7 hari yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Jika kita rasa mungkin rambut terkeluar selepas menyebut salam yg pertama, dan saya waswas ms tu dan sy teruskan dgn salam yg kedua. Selepas itu sy check mmg xde apa2 yg terkeluar. Selepas sy berzikir ada sehelai rambut terkeluar drpd ank telekung. Sah tak solat saya ustaz?