
Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.
Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.
JAWAPAN:
Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.
Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.”
Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.
Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.
Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.
Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.
Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :
Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.”
Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.
Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.
Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.
Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.
Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Kalau kaki bergegar masa sujud sah ke solat?
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Jika kaki bergegar semasa sujud, solat itu tetap sah asalkan sebahagian besar kaki (terutamanya bahagian yang wajib menyentuh sejadah seperti dahi, hidung, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut, dan ibu jari kaki) masih menyentuh sejadah. Gerakan kecil seperti gegaran tidak membatalkan solat.
Yang paling penting dalam solat ialah niat, serta menjaga rukun dan wajib solat. Gerakan kecil atau gegaran yang tidak disengajakan tidak mempengaruhi sahnya solat.
Oleh itu, jika kaki awak bergegar semasa sujud tetapi sebahagian besar dari anggota badan yang wajib menyentuh sejadah masih berada dalam keadaan sujud, maka solat awak adalah sah. Namun, jika awak merasakan kaki bergegar dengan kuat dan menyebabkan awak tidak stabil dalam sujud, cuba untuk fokus dan stabilkan diri semasa sujud untuk meningkatkan khusyuk dalam solat.
Semoga penjelasan ini membantu.
Ustaz kalau contoh masa sujud saya gerakkan kaki tapi kemudian badan saya bergoyang kira batal ke solat?
Tidak batal solat kalau sekadar bergoyang badan.
assalamualaikum nak tanya kalau tidak berturut turut tu dikira setiap anggota badan ke contohnya tangan kanan 3 kali kanan kiri 3 kali atau mcm mana ye?
Wassalam.
Berturut-turut bagi anggota utama sahaja iaitu kepala, badan, tangan dan kaki. Kalau anggota kecil seperti jari-jari, tidak mengapa kalau bergerak berturut-turut.
Ustaz, Kalau kita gerak kaki masa sujud kemudian terus bangun duduk antara dua sujud kira batal ke solat?
Wassalam. Kalau disengajakan pergerakan selain pergerakan solat secara berturut-turut, maka batal solat.
السلام عليكمBatalkah solat kalau badan/lutut bergerak-gerak ketika berdiri dalam solat sebab hilang keseimbangan badan dan walaupun diulang sembahyang supaya tidak bergerak masa berdiri tetap tak boleh?
Wassalam.
Tidak batal kerana pergerakan itu bukan disengajakan.
izinkan saya bertanya, sekiranya kita memperbetulkan anggota badan kita untuk jdikan posisi badan kita lebih sempurna ketika solat, adakah ia dikira sebagai gerakan luar solat?sebagai contoh, ketika sujud kita rasa kedudukan jari kita tidak sempurna jadi kita menekankan kaki kita agar jari kita lebih terlipat menghadap kiblat. contoh lain pula kita rasa posisi tumit kaki kita ketika duduk tahiyat akhir tidak sempurna lalu kita mengubah posisinya agar tumit kita lebih tegak. adakah pergerakan pergerakan ini jika dibuat lebih 3 kali membatalkan solat atau ia dikira sebagai salah satu gerakan solat?
Pergerakan-pergerakan tersebut dikira pergerakan kecil, dan dia tidak membatalkan solat walaupun melebihi 3 kali berturut-turut.
Boleh ke saya guna jawapan kepada masalah anda untuk masalah saya juga?
Assalamualaikum ustaz, nak tnya. Kalau tangan tergetar batal dak solat
waalaikumusalam sy bukan ustaz tpi sy boleh tolong jawab. x silap sy jika gerakan tu bukan 3 kali berturut-turut, solat x batal. kalau lebih 3 kali tpi bukan disengajakan pun x batal. sebagai contoh kita xleh kawal tangan kita tu dri bergetar.
Ya. Hanya pergerakan besar secara 3 kali berturut-turut sahaja yang membatalkan solat.
Wassalam. Tak batal
Boleh ke saya guna jawapan comment anda untuk diri saya?
Boleh ke ?
assalamualaikum boleh sy tanya, pada waktu solat subuh, sy pada waktu itu tngh sujud. tetapi sy rasa posisi kaki sy tidak betul kerana sy rasa jari jari kaki sy tidak ditekan menghadap kiblat. jdi sy pun membetulkannya tetapi saat itu satu badan sy bergoyang kerana kaki saya bergerak. soalannya adakah batal solat saya walaupun gerakan itu tidak berturut turut?
Wassalam. Badan bergoyang tidak membatalkan solat kerana ia dikira pergerakan kecil.
terima kasih kerana jawab soalan saya ^^
Sama-sama ?
Assalamualaikum ustaz
Nk tnya
Kalau ketika sujud kita nk bela baju dekat belakng kita tu sebab risau aurat terbuka dikira solat batal atau tidak sebab tidak sengaja
Wassalam. Bela baju tu apa ye?
Assalamualaikum,
Kalau bergerak 3 kali berturut-turut untuk betulkan kaki semasa duduk di antara dua sujud, batalkah solat?
Assalamualaikum, jika 2 anggota bergerak serentak adakah dianggap 1 kali gerakan atau 2 kali gerakan?
hal ini dijelaskan di ceramah Buya Yahya, anda bisa menemukannya di YouTube
jawabannya adalah dihitung 2 kali gerakan
kalau badan kita bergoyang? walau sedikit dan cuba untuk mengawalnya adakah batal solat?
Pergerakan kecil atau tidak sengaja tidak akan membatalkan solat
assalamualaikum , saya nak tanya kalau jari kaki kita bergerak lebih dari 3 kali dengan tak sengaja sah ke solat ?
Wassalam.
Pergerakan jari sama ada kaki atau tangan tidak membatalkan solat walaupun bergerak banyak kali.
Kalau nak sujud pada rakaat kedua Tapi terlupa doa qunut Pastu bangun balik?batal ke solat?
Ya batal solat.
Yang perlu buat adalah sujud sahwi sahaja.
Assalamualaikum ustaz,
Kalau gerakkan tangan tujuan untuk tutup aurat kaki ketika sujud. Adakah batal solatnya?
kalau kita gerakkan sedikit bahu
Tidak batal
assalam ustaz, ketika solat anak kecil sy berdiri d hadapn saya dan pda yg sama memenegang kaca mata sy.. sy mengambil kaca mata sy dan buang ke atas katil kerana takut dipatahkan oleh nya. pergerakan saya hanya adalah tangan dan sedikit tunduk. adakah batal?
Wassalam.
Jika pergerakan tangan tidak melebihi 3 kali dan tidak berturut-turut, maka tidak batal solat.
Adakah mengalihkan badan Kita me Arah kanan/Kiri untuk membetulkan keudukan Kita batal
Wassalam. Tidak batal.
Saya solat asar qadha semasa nak bangun daripada sujud tu telapak tangan saya di sejadah tapi kaki Saya terlompat batalkah?
Jika sedikit dan tidak sengaja, tidak apa.
Assalamualaikum nak tanya mcm mana kalau badan kita bergerak atau bergoyang sedikit adakah membatalkan solat?
Wassalam.
Kalau bergoyang sikit tidak apa, tidak membatalkan solat.
Kalau 4 kali pergerakan adakah membatalkan solat?
Kalau 4 kali pergerakan yang BERTURUT-TURUT, maka batal solat.
Jika tidak berturut, tidak apa, tidak batal solat.
kalau badan bergoyang sendiri dan susah untuk kawal dan pergerakan itu berturut² adakah batal solat
Wassalam.
Tidak batal. Pergerakan yang tidak sengaja tidak akan membatalkan solat.
kalau 5 kali tapi tidak berturut turut kerana masalah ternampak aurat dan gatal hidung?
Kalau pergerakan tidak berturut-turut tidak apa. Banyak kali pun tak mengapa.
Asalkan tidak berlaku secara berturutan.