Jenis Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.

Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.


JAWAPAN:

Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.

Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.”

Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.

Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.

Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.

Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.”

Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.

Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.

Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.

Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.

Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

237 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Que
Que
20 hari yang lalu

Assalamualaikum tuan
Saya sangat suka bermain game free fire dan telah menjadi gane favourite saya, tapi game tersebut telah mengeluarkan skin tung³ sahur yg tngh viral skrg ni.
Soalan saya, apakah ia seperti ada unsur menghina agama? Jika ianya ad, bolehkah saya bermain game tersebut hanya untuk keseronakan?

Terima kasih banyak²

Que
Que
Reply to  Muhamad Naim
4 hari yang lalu

Alhamdulillah, terima kasih banyak² tuan.
Semoga ALLAH membalas jasa tuan.

Mi
Mi
20 hari yang lalu

Salam ustaz, saya ingin bertanya. Dimana ketika rukuk, kekadang tangan jadi licin dan mengelungsur sedikit disebabkan oleh kain telekung Dan kita naikkan untuk betulkan balik kedudukan tangan td, adakah pergerakan tersebut dikira pergerakan sedikit?

Mi
Mi
Reply to  Muhamad Naim
19 hari yang lalu

terima kasih ustaz, ada 1 lagi pertanyaan. satu ketika tgh solat, saya dapat merasakan ada sisa makanan didalam hujung lidah(bahagian dalam), saya gerakan dagu sedikit utk menghasilkan air liur supaya boleh mengerakan sisa tersebut lalu mengunakan tangan utk buang sisa. adakah pergerakan tersebut masih dikira pergerakan kecil atau besar?

Mi
Mi
Reply to  Mi
19 hari yang lalu

gerakan dagu tu seperti gerakan rahang sedikit(lebih kurang 2 kali gerakan kecil)

Hazeem
Hazeem
28 hari yang lalu

Assalamualaikum, ustaz sy keliru, apakah kedudukan yg betul semasa membaca Al-Fatihah, semasa membaca iyyaa apakh lidah menyentuh langit atau tidak, dan ketika membaca huruh ain, apakh mengenai bahagian atas tekak?…

Terima kasih bnyk²

Last edited 28 hari yang lalu by Hazeem
Hazeem
Hazeem
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz,

Sah atau tidak solat seseorang sekiranya rukuknya tidak terlalu sempurna(belakang badan terankat sikit, seperti melengkung sedikit)?

Terima kasih:)

Sha
Sha
2 bulan yang lalu

salam ustaz, saya ingin bertanya. jikalau ketika solat, tiba terfikir sesuatu (tidak khusyuk), selepas itu geleng kepala sedikit untuk buang fikiran tersebut, adakah pergerakan gelengan tersebut dikira pergerakan besar?

Hazeem
Hazeem
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz.
Contoh:apakah berkata seperti “matilah aku”ketika tidak menyiapkan kerja sekolah dianggah syirik kecil?
Sy risau sbb ramai kawan2 sy yg ckp mcm tu…

Hazeem
Hazeem
Reply to  Hazeem
2 bulan yang lalu

Dianggap*

Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
2 bulan yang lalu

Terima kasih ustaz

Hazeem
Hazeem
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, sekiranya ada sisa ikan di celah gigi, dan sisa ikan itu tidak ditelan dan diludah semasa solat, sah ka solat tersebut?

Terima kasih.

Hazeem
Hazeem
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, apakah najis burung yg sudg kering pd jalan dimaafkan jika dipijak menggunakan tayar motor yg sdg dlm keadaan basah kerana susah dielakkan?

Last edited 2 bulan yang lalu by Hazeem
Hazeem
Hazeem
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, semasa saya hendak solat saya sedar ad bangkai semut pada kaki saya, jadi saya pun hny membuangnya menggunakan tangan sahaja tanpa basuhan, dan terus solat seperti biasa.

Jadi sahka solat sy itu ustaz?

Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz,
Tk silap sy pada masa itu kulit saya dlm keadaan lembab, tetapi bangkai semut tersebut dlm keadaan kering dan tidak meninggalkan kesan

Last edited 2 bulan yang lalu by Hazeem
Hazeem
Hazeem
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, apa hukum letak nama MUHD dekt dlm game perang, bila musuh kalahkan kita, nnti keluar tulisan musuh kill MUHD.

Boleh ka ustaz?

Last edited 2 bulan yang lalu by Hazeem