Hukum Perempuan Baca Kuat Dalam Solat

Perempuan Baca Kuat

Apakah hukum perempuan baca kuat dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah dibolehkan kaum wanita membaca dengan kuat suaranya pada sembahyang yang disunatkan baca kuat?


JAWAPAN

Jika perempuan sembahyang pada tempat yang tidak ada di situ lelaki yang ajnabi maka harus hukumnya dia membaca kuat pada sembahyang yang disunatkan baca kuat.

Berkata Imam Nawawi:

Dan ada pun kaum wanita maka telah berkata kebanyakkan ashab kami sungguhnya jika ada ia sembahyang ditempat sunyi dari lelaki ajnabi atau hanya ada jemaah wanita atau hanya ada lelaki mahramnya maka harus ia kuatkan dengan bacaan samada sembahyang ia bersama jemaah wanita atau sendirian.

Dan jika sembahyang ia dengan kehadiran lelaki ajnabi maka hendaklah perlahankan bacaan.

(Kitab Al-Majmu’)

Dan berkata Syeikh Said Al-Hadhrami:

Dan disunatkan menguatkan bacaan pada sembahyang jahriah bagi selain makmum kerana makruh baca kuat pada selain yang telah lalu atasnya dan juga bagi selain perempuan dan khunsa perempuan yang mana hadir di situ lelaki ajnabi kerana makruh menguatkan bacaan bagi keduanya pada ketika itu kerana ditakuti fitnah.

Dan disunatkan bagi keduanya itu ketika di tempat sunyi dan ketika bersama lelaki mahram dan kaum wanita akan tetapi bukan kuat seperti kuatnya bacaan lelaki.”

(Kitab Busyral Karim)

Kesimpulan

Harus orang perempuan menguatkan bacaannya pada sembahyang yang baca kuat dengan syarat tidak ada di situ orang lelaki yang bukan mahram.

Begitu juga harus orang perempuan menguatkan bacaan jika ada di situ lelaki yang mahram atau jemaah perempuan tetapi yang dimaksudkan kuat itu tidaklah menyamai seperti kuatnya bacaan kaum lelaki tetapi sekadar didengar oleh orang yang berdekatannya sahaja.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Nina
1 tahun yang lalu

Maaf masih keliru. Sah ke tidak jika solat dengan suara perlahan (sekadar saya dapat dengar) untuk kesemua 5 waktu solat fardhu. Dan adakah dari mula surah fatihah hingga beri salam akhir atau fatihah sahaja? Saya solat sendirian selalunya.