
Apakah itu rukun fi’li, qauli dan qalbi?
Rukun-rukun fi’li, qauli dan qalbi amat penting untuk difahami dalam solat.
Oleh itu:
Artikel ini akan menerangkan secara ringkas (tetapi lengkap) mengenai rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbi.
Pembahagian Rukun Solat
Ibadah solat terdiri daripada 13 rukun.
Dalam 13 rukun solat tersebut, rukun-rukun ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu fi’li, qauli dan qalbi.
- Maksud qalbi ialah hati
- Maksud qauli pula ialah perkataan atau bacaan.
- Manakala rukun fi’li ialah pergerakan atau perbuatan.
Baik, mari saya jelaskan melalui infografik di bawah..

Rukun Qalbi
Rukun qalbi (hati) adalah melibatkan perkara yang perlu dilakukan dalam hati.
Antara perkara yang terdapat dalam rukun qalbi ada dua, iaitu:
- Niat
- Tertib
Rukun Qauli
Rukun qauli (perkataan atau bacaan) ialah rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya.
Jika tertinggal satu huruf, maka wajiblah diulangi bacaan itu.

Antara bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah:
- Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
- Al Fatihah
- Tahiyat Akhir
- Selawat atas nabi
- Salam yang pertama
Bacaan sunat yang lain seperti zikir dan rukuk adalah tidak wajib didengari, tetapi jika didengarkan maka akan mendapat pahala bacaan.
Rukun Fi’li
Seperti yang telah diterangkan di atas, rukun fi’li adalah rukun pergerakan atau perbuatan.
Dalam rukun fi’li terdapat enam rukun.
Rukun tersebut adalah:
- Berdiri (qiam).
- Rukuk.
- Iktidal.
- Sujud.
- Duduk antara dua sujud.
- Duduk tahiyat akhir.
Jika terlupa atau tertinggal diantara rukun ini, maka perlu berpatah balik kepada rukun tersebut.
Namun, jika seseorang telah sampai pada rukun sama yang ditinggalkan itu pada rakaat seterusnya, contohnya dia terlupa rukuk di rakaat pertama, tetapi dia tersedar ketika telahpun melakukan rukuk di rakaat ke-2, maka rukuknya ketika itu menjadi rukuk rakaat pertama.
Dan perbuatan sebelumnya itu tidak dikira (menjadi lagha) (Fathul Mu’in)
Dalam solat berjemaah, jika seorang makmum tertinggal rukun fi’li, dia tidak boleh berpatah balik apabila imam sedang sama rukun dengannya.
Ini kerana makmum telah terikat dengan pergerakan imamnya.
Apa yang perlu adalah diteruskan sahaja ikutannya dengan imam.
Kemudian tambah rakaat lepas salam bagi menggantikan rakaat yang ketinggalan rukun itu.
Perkara Diharuskan Dalam Solat
Terdapat beberapa perkara yang diharuskan dalam solat.
Perkara tersebut adalah:
- Apabila salah seorang ahli jemaah meninggalkan saf solat, makmum di belakang atau di sisi boleh bergerak ke tempat yang kosong itu.
- Atau apabila najis cicak tiba-tiba terjatuh ke tempat sujud, maka diharuskan bergerak ke tempat lain untuk mengelakkan terkena najis yang menyebabkan batal solat.
2. Membunuh binatang berbisa yang membahayakan nyawa ketika sedang solat seperti lipan, ular dan kala jengking.
3. Mengingatkan imam yang terlupa ayat yang sedang dibacanya. Makmum boleh mengingatkan dengan membaca bacaan itu.
4. Membetulkan imam dengan niat berzikir apabila imam tersilap seperti tersalah bilangan atau terlupa bacaan al-Fatihah.
Makmum lelaki dibolehkan membetulkan imam dengan bertasbih (subhanallah).
Bagi makmum wanita, perlu memperbetulkan imam dengan menepuk tangan ke atas belakang tapak tangan kiri.
5. Membaca dengan melihat al-Quran. Seseorang yang tidak hafal surah atau ayat al-Quran yang hendak dibaca dalam solat, boleh melihat al-Quran atau lembaran kertas yang bertulis ayat tersebut.
6. Menggerakkan anggota badan seperti menggaru-garu di tempat yang gatal dengan syarat tidak sampai tiga kali berturut-turut.
Sekiranya menggaru menggunakan anggota kecil seperti jari, tidak mengapa apabila melebihi tiga kali.
7. Menangis yang tidak mengeluarkan bunyi dan tidak tersedu-sedu atau hingga bergerak-gerak badan. Menangis di sini adalah kerana takut dan rasa berdosa kepada Allah SWT.
Peringatan Dalam Solat
- Solat batal apabila makmum mendahului imam sebanyak dua rukun fi’li (perbuatan) dengan sengaja.
Apabila makmum mendahului imam secara tidak sengaja seperti ketika bangun dari sujud dan dia mendapati imam masih sujud, dia perlu duduk menunggu imam yang sedang sujud dalam kedudukan itu. - Melangkah dua langkah yang berturut-turut dalam solat, tidak batal solat, tetapi sekiranya melangkah tiga langkah berturut-turut maka solat itu batal.
- Menambah rukun fi’li seperti sujud atau rukuk yang berlebihan maka batal solatnya.
- Sesiapa yang solat menghala ke arah dinding, tiang atau apa-apa yang dibuat sebagai sekatan maka disunatkan dia menolak orang yang melintas di hadapanya jika jarak di antaranya dengan sekatan yang tersebut tidak lebih daripada tiga hasta yang sederhana.
- Melintas ke hadapan orang yang sedang solat itu hukumnya haram.
- Mengangkat muka ke langit hukumnya makruh.
- Makruh menahan buang air kecil atau besar atau angin (kentut)
- Makruh solat sekiranya makanan sudah dihidangkan dan perut terasa lapar.
- Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.
Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.
Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali. Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.
Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.
Penutup
Semoga artikel ini dapat membantu anda.
Jika anda ada sebarang persoalan, boleh tinggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.
InsyaaAllah saya akan cuba membantu.
Tinggalkan Komen Anda..
Adakah sah solat jika bacaan tajwid Dan makraj tidak sempurna kerana sudah terbiasa Dan sulit diperbetulkan
Assalamualaikum ustaz .saya nak tanya cara bacaan rukun qauli yang tahiyat akhir dan selawat tu macam mna..
Sebab dalam tahiyat akhir kan ada selawat kita kena baca kuat dri start attahiyatul tu smpai fila’lamin ke atau
attahiyatul lpas tu kita baca dlm hati smpai part selawat kita kuatkan balik bacaan
Salam saya nak tanya mcm mne pula dgn pergerak mulut ketika bacaan surah bg perempuan..
Wassalam.
Pergerakan mulut tidak membatalkan solat.
Contoh mcm dye membaca al fatihah tapi pergerakan mulut dye mcm terlampau over ad yg sampai terjelir lidah ad yg buka mulut terlalu luas…
Kalau sengaja berbuat demikian, batal solat.
boleh saya tahu rujukan dari kitab mana? boleh tak kalau lepas ni sekalikan rujukan.. terima kasih
Terimakasih banyak banyak pelajaranya pak ustaz..jazakallohu khoiron katsiroo .amiin ya robb
Assalamualaikum ustaz,
Kalau saya baca niat ‘usolli fardhu’ tapi asalnya usolli fardho’ . sahke solat saya
terima kasih
As salam ustaz,
maksud sunat yang lain seperti zikir dan rukuk adalah tidak wajib didengari, tetapi jika didengarkan maka akan mendapat pahala bacaan.
bacaan surah kedua selepas Al-fatihah, bacaan ketika sujud,rukuk dan duduk diantara dua sujud boleh dibaca dalam hati atau bacaan sebutan ya?
Wassalam. Baca sebutannya (ada pergerakan mulut) tetapi tidak wajib kuat sehingga didengari telinga.
Asalamualaikum ustaz..saya ada masalah ustaz..selama ni di tasyahud akhir saya baca asalamualaina min ibadika..baru perasan kena baca asalamualaika ala ibadika???..perlukah saya qadha semua solat² saya yang tersilap itu ustaz
Assalamualaikum ustaz,
3 tahun lepas saya ada masalah tulang belakang sudah beralih (pernah xray dan buat fiseoterapi hospital) sakit memang kurang tapi tidak sembuh sepenuhnya (tidak boleh duduk tanpa bersandar terlalu lama, tidak boleh membongkok terlalu lama, tidak boleh berlari melompat angkat berat) masa tempoh tu saya x boleh sujud. Jadi saya melakukan solat seperti biasa berdiri dan rukuk.
soalan saya patutkah saya duduk atas kerusi atau lantai ketika melakukan rukun lain seperti sujud,duduk antara dua sujud, duduk tahiyat akhir. (Saya boleh duduk atas lantai) tapi saya rasa sudah silap maklumat, saya duduk atas kerusi sepanjang saya sakit. Ada kah solat saya sah selama ni?
sebulan lepas saya macam mampu kembali bersujud tapi sakit tulang belakang kembali ada tanda-tanda sakit balik dan kuathir ia akan memudaratkan saya. (Jiran saya juga ada masalah tulang belakang, solat terawih lepas dia juga banyak melakukan sujud dan raya lepas tu dia langsung x boleh bangun dan berhabis puluhan ribu dan kesana sini berubat). Saya tak mahu jadi macam dia ustaz, tapi saya takut kalau solat saya tidak sah.
Wassalam.
Tuan lakukanlah solat atas kapasiti yang tuan mampu, dan tidak memudaratkan tuan.
Jika melakukan sujud akan menyebabkan sakit dan memberi risiko mudarat terhadap tulang belakang, maka lakukanlah solat di atas kerusi.
Islam itu agama mudah dan tidak membebankan, oleh itu gunakan rukhsah (kemudhan) yang telah diberikan.
InsyaaAllah Allah itu Maha Memahami dan Maha Melihat keikhlasan hamba-hambaNya dalam beribadah.
Assalamualaikum… Bacaan bagi rukun fi’li boleh baca dalam hatikah atau berbisik atau perlu baca sbgaimana kita membaca al-fatihah?
Wassalam.
Bacaan sunat yang lain tidak wajib didengari, tetapi jika didengarkan maka akan mendapat pahala bacaan.