“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”
– Syed Qutb
Kita semua adalah makhluk Tuhan yang indah didalam dunia ini, yang sedang melalui jalan masing-masing.
Setiap hari, pasti kita akan menemui erti dan makna kehidupan kita satu persatu.
Ramai orang berharap untuk dapat menemui kebahagiaan hati dan ketenangan disepanjang perjalanan kehidupannya.
Perkataan ini selalu menjadi butir-butir sebutan tatkala merasa menyesal bila kita tidak membuat keputusan yang tepat pada waktu yang lalu.
Sebenarnya ada beberapa perkara silap yang kebanyakan orang uat dalam kehidupan, termasuklah anda.
Tetapi anda mungkin tidak sedar akan perkara-perkara ini.
Kesannya?
— Mungkin anda akan merasa menyesal dalam masa 10 tahun akan datang.
Anda akan merasa betapa hidup anda telah tersia-sia dengan tindakan kurang bijak sebelum ini dan terpaksa membayar ‘yuran kebodohan’ seumur hidup anda.
Hidup adalah sekali, dan orang yang bijak akan menjalani kehidupan ini sebaik yang mungkin.
Apakah perkara-perkara yang akan membuatkan kita semua menyesal itu?
Kita melakukan kesilapan. Kita menghabiskan masa pada benda yang salah. Kita terlalu mengejar kekayaan. Kita tidak menghiraukan batas dosa pahala, etika dan moral.
Kita jatuh terlalu dalam ke lembah yang curam, kita mengikut nafsu.
Kita menipu. Kita mencuri. Kita memperdayakan orang lain.
Kita sombong kepada rakan-rakan kita. Kita melihat kesalahan dan jenayah didepan mata tetapi kita hanya lebih memilih mendiamkan diri.
Kita rasa sudah menjadi orang yang baik tetapi masih hidup dengan cara yang tidak betul.
Baik kah kita kalau tidak solat? Tidak menjaga aurat? Selalu membuat dosa?
Pada saat ini anda bukan lagi layak untuk menjadi kawan kepada sahabat, teman kepada orang pasangan anda, anak yang ibubapa anda besarkan, contoh yang kita ingin jadi, dan ibu bapa kepada anak anda yang masih suci.
Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time.
If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.
Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan;
— kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.
Ya, apa yang kita perlukan.
Bukan apa yang kita idamkan.
Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar.