Belajar Memendamkan Rasa Tersinggung

Salah satu perkara yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita. Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain. Ketika tersinggung, paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan akan memikirkan kejelekan orang yang membuat kita tersinggung itu. Perkara yang paling membahayakan dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa merendahkan …

Baca Sepenuhnya

Berubah: Step By Step atau Secara Mendadak?

berubah
Meniti tangga untuk berubah

Bagaimana berubah ke arah lebih baik?

Ramai yang ingin berubah dan mengajak orang lain untuk berubah.

Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari sebelumnya. 

Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah.

Dulu buka aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.

Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah.

Hati kita masih peka dan lembut  untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan.

Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur?

Baca Sepenuhnya

13 Alasan Tidak Masuk Akal Wanita Tentang Aurat

aurat
aurat

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ”pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

Baca Sepenuhnya

Allah Janjikan Rahmat Dalam Ujian

Ujian
Ujian

Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidakan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu.

Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (QS. 8: 65).

Baca Sepenuhnya

18 Kesalahan Bertudung Yang SERIUS!

kesalahan bertudung
Mari kita membaiki kesalahan bertudung

Apakah Kesalahan Bertudung Yang Selalu Berlaku?

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Baca Sepenuhnya

Nilai Mahar Yang Terbaik

Sebaik-baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

Tepat sekali jika kamu berfikiran bahawa wanita yang  yang paling baik adalah wanita yang maharnya paling murah.

Saudari,

Seharusnya kamu sedar ketika kamu meminta mahar mahal sedangkan lelaki yang melamar kamu tidak memiliki sesuatu yang kau pinta.

Maka kau telah kehilangan keberkatan perkahwinan itu, kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik bagimu iaitu sebuah pernikahan.

Baca Sepenuhnya

Kepuasan Dalam Kesederhanaan

Rasa puas itu adalah relatif  bagi setiap orang. Ada yang sudah puas dalam satu sudut dan ada yang masih mencari kepuasan dari sudut lain. Kerana tiada satu parameter yang dapat digunakan untuk mengukur kadar kepuasan dalam setiap diri manusia. Ketidakpuasan sesungguhnya akan memacu motivasi seseorang untuk berjuang, dan meningkatkan taraf hidup serta prestasi dirinya. Tetapi bukan bererti ketidakpuasan itu sendiri harus membelenggu …

Baca Sepenuhnya