
Dalam fasa dua puluh ini, perkahwinan itu menjadi tajuk penting dalam apa-apa topik perbualan.
Kekadang, apabila kita sibuk bercakap soal itu ini.. di akhir topik nanti, kita diuji bab soal kahwin pula. Bila mahu kahwin? Sudah berkahwin atau belum?
Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang berkembar dengannya.
Begitulah kehidupan.
Mungkin, apabila buah sudah masak… sudah masanya untuk disabit.
Akil baligh, selalunya disinonimkan dengan perkahwinan.
Katanya, sudah sampai masa. Sampai seru! Tetapi, usah kita lupa perihal akil baligh ini. Ia bukanlah soal kita sudah boleh berkahwin ataupun tidak. Ia adalah soal tanggungjawab.
Ya. Tanggungjawab yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata menjaga anak orang sahaja.