Aku yang dulu terlalu leka dengan dunia. Seiring dengan usiaku yang bergelar remaja. Semuanya aku nak cuba.
Ber’couple’.
Ya, aku tidak terkecuali. Aku tahu ianya salah. Tapi sebab pengaruh rakan, juga melayani perasaan serta nafsu, aku turut sama terjebak ke kancah percintaan yang sia-sia.
Ya Allah, jahilnya aku dulu.
Tapi sebenarnya perasaan ingin berubah, ingin meninggalkan perbuatan maksiat dah lama terbuku.
Cuma aku tak tahu bagaimana harus aku mulakan. Kerana aku lihat manusia sekelilingku juga melakukan hal yang sama. Tiada yang mampu membawa aku ke arah yang lebih baik.
Pengurusan masa haruslah cemerlang | Time management by dinabelenko
Masa itu emas
Ungkapan melayu dahulu kala sering mengaitkan masa dengan emas. Masa itu emas. Mungkin pada masa dahulu, emas ini tampak berharga dari segalanya.
Benarkah sampai begitu sekali?
Ada juga yang mengatakan masa ini lebih berharga daripada emas. Logiknya, emas yang hilang mungkin boleh dicari dan diganti semula akan tetapi, bagaimana pula dengan masa?
Sedetik yang berlalu belum tentu boleh diganti dan dicari semula.
Itulah asbabnya masa ini terlalu berharga untuk dibuang dan dibazirkan begitu sahaja.
As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.