Sembunyikan aib orang, Allah sembunyikan aib kita.

aib
aib orang

Memang seronok kalau kita tahu sesuatu yang memalukan orang lain, kan?

Boleh jadi bahan cerita panas dengan kawan-kawan.

Dan kalau-kalau terdesak, boleh dibuat bahan nak melawan semula orang tu bila bertengkar atau tak sefahaman di kemudian hari.

Jika dilihat budaya di Malaysia, orang ramai mungkin lebih kenal perkataan gossip daripada aib.

Sebabnya gossip sudah ada tempat tersendiri dalam dunia media.

Sudah diangkat jadi rancangan TV, ada blog tersendiri, disediakan kolum khas di surat khabar dan majalah.

Sedangkan aib?

Jarang-jarang telinga kita boleh dengar.

Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun tak mustahil ada yang tak tahu maksudnya.

Melainkan kalau perkataan ni diguna pakai oleh cikgu-cikgu dekat sekolah.

By the way, aib ni apa sebenarnya?

Aib secara umumnya bolehlah diertikan sebagai malu, atau untuk lebih mudah difahami, aib itu sesuatu yang kita ceritakan kemudian jika didengar atau diketahui oleh si pelaku, menjadikan si pelaku berasa malu atau tak selesa.

Seperti A menceritakan tentang aib B kepada C.

Jika B mendengarnya, akan menyebabkan jatuh rasa malu dalam diri B.

Begitulah secara ringkasnya.

 Dalam islam, kita dilarang membuka keaiban orang.

…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; …(Al-Hujuraat 49:12)

 

(Status FB Mohd Fadli Yusof: March 25 at 8:09am

 

 

Firman Allah SWT

وَلَا تَجَسَّسُواْ

 

Ayat ini berisi larangan umum untuk mencari-cari keburukan orang lain, mencakupi berbagai macam jenis tajassus (mencari-cari kesalahan, mengintai, mencuri dengar, mencuri pandang dan yang seumpamanya)

 

Menurut ulama tafsir, tajassus adalah mencari-cari aib dan aurah kaum muslimin. Bererti kita dilarang mencari-cari aib saudara sesama muslim, malah diperintah menutupinya.

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat”. (HR. Bukhari & Muslim).

Baru-baru ini, seorang hamba Allah terserempak anak jirannya masuk ke kawasan belakang rumahnya dan sedang elok mengutip buah mangga yang gugur sejak tengah hari.

Memang kalau diikutkan, rasa tak sabar hendak masuk ke rumah dan bercerita pada rakan-rakan sebab jirannya jenis suka mencari kesalahan mereka selama ini.

Jadi bila berlaku kejadian begini, serasa macam, yes, ada point aku nak malukan kau pula.

Mujurlah, masih ada Allah swt dalam hati hamba Allah swt seorang ini. Lalu dibatalkan sajalah niatnya hendak menceritakan aib si anak jiran.

Dan janji Allah swt itu pasti.

Keesokan harinya, dia terlepas daripada satu konflik di tempat kerja yang sememangnya akan membuka aib beliau. Lihat?

Dalam isu berleluasanya budaya gossip di negara kita, mungkin agak payah untuk kita selaku individu yang bukan siapa-siapa hendak membanteras apalagi menghentikan terus budaya tersebut.

Tetapi apa yang mungkin boleh kita usahakan, janganlah menyokong budaya gossip lagi. Tak kisah melalui TV, internet dan sebagainya.

Ingat prinsip dalam perniagaan, tiada permintaan maka tiada penawaran?

Insyaallah usaha yang nampak kecil ini boleh membawa impak yang besar sebenarnya.

Jika jumlah penonton rancangan berunsur gossip berkurangan, tak mustahil untuk pihak penerbit mengurangkan siarannya.

Wallahualam.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba allah
Hamba allah
7 tahun yang lalu

Sy sedih n malu cgt.. Klu nk kluar rmh pon mlu.. Sampai nk jmp sy.. Sy bkn xnk jmp .. Suami sy kate jgn die layan.. Die add fb n wechat hanya semata bg sy sedih n malu.. Bila orang mcm die nk brbh.. Mcm mne berenti org mcm tue.. Selagi sy diam selagi tue die hina, n cerita aib sy.. Sy xkuat

iskandar zulkarnain
iskandar zulkarnain
8 tahun yang lalu

Betul tu..tapi ada seorang kawan saya ni suka malu kan saya depan kawan2 lain..saya pun rasa sakit hati dan sedih juga..mau juga saya membalas balik perbuatan nya tu dgn saya..tapi saya rasa tak payah lah..so lama kelamaan ..makin menjadi jadi perangai nya.suka bocor kan aib orang..nasib lah saya ni boleh bersabar..apapun sabar je lah.

torik
torik
9 tahun yang lalu

Dimana-mana yang namanya mengetahui aib orang memang sungguh terasa senang, namun tidak pernah terfikir andai aib sendiri yang diketahui oleh orang.

Ady
Ady
9 tahun yang lalu

Sifat manusia pada dasarnya memang suka bergosip apalagi tentang keburukan orang lain, tapi jarang melihat aibnya sendiri..

Sajadah Muslim
Sajadah Muslim
9 tahun yang lalu

Seorang Muslim yang baik tidaklah suka membicarakan kejelekan saudaranya, mengumpat sesama, menyombongkan diri, serta suka jika aib saudaranya tersebar luas. Allah SWT telah berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari puba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujuraat : 12).

nana
nana
10 tahun yang lalu

btul sgt2…di mane2 sje dan di mne2 tempat pun mmg ada manusia yg suka bercerita tntag aib ni…dan dri dlm diri sy ni,sy cuba utk mengelakkan bercerita aib org lain mahupun diri sendiri…semoga kita semua sentiasa di lindungan Allah s.w.t…amin..