Bagaimana Untuk Cemerlang Di Bulan Ramadhan

  Jika kita belum cukup bersedia untuk Ramadhan, ini adalah 10 Tip untuk mencapai kecemerlangan dalam ramadhan 1. Laparkan Kejayaan apa-apa pun target anda pada diri sendiri, pastikan anda akan mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada target anda itu. Jangan jadikan kegagalan sebagai pilihan anda pada Ramadhan kali ini, tanamkan keinginan dan laparkan kejayaan. 2. Tetapkan Matlamat  Apabila kita menetapakan matlamat kita …

Baca Sepenuhnya

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan

Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.

 Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya.

Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.

Baca Sepenuhnya

Mengapa Susahnya Menolak Cinta?

menolak cinta
mengapa terlalu sukar untuk menolak cinta?

Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam.

Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.

Mari kita membincangkan tentang bagaimana menolak cinta

Memang susah untuk menolak cinta seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu.

Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.

Baca Sepenuhnya

Hidup kita Ini Bukan Untuk Menjadi Loser

Meniupkan harapan didalam jiwa agar cita-cita terus hidup memerlukan keazaman yang tinggi..

Hidup adalah bukan suatu perjalanan yang mendatar atau bergerak linear.

Ada lika-likunya. Ada suka dan duka. Ada kejayaan pada satu waktu, kadangkala kegagalan di waktu lainnya.

Bahkan iman kita, “yazidu wa yanqus” pada suatu saat naik, suatu ketika ia menurun.

Maka mempertahankan azam dan cita-cita adalah kekuatan yang membuatkan manusia mampu bertahan dalam hidup.

Memiliki harapan yang akan digapai adalah bahan bakar yang membuatkan kehidupan kita tetap menyala. Walaupun cita-cita itu telah tercapai, buatlah cita yang lebih tinggi lagi.

Walaupun harapanmu telah kau gapai, buatlah harapan yang lebih besar hendak kau gapai.

Baca Sepenuhnya

Memasak Untuk Suami di Dapur, Jalan ke Syurga Termudah Untuk Wanita!

dapur

Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.

Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.

Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya.

Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah–olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.

Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan   perjuangan dan matlamat seorang wanita muslimah.

Baca Sepenuhnya