Jangan Sampai Tersalah Memilih Pasangan Hidup

Memilih perahu untuk berlayar itu sangat penting.

Kalau tersalah pilih, boleh sahaja bocor di tengah lautan.

Sedangkan lautan itu luas, pasti tidak cukup hanya berenang dan mendayung beberapa meter kemudian berhenti.

memilih
Kematangan kita akan diuji. Mampukah kita untuk tetap cerdas saat dibuai oleh dahsyatnya pesona? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? |
New vision by ~MinkichanxD (deviantart)

Pasti memerlukan banyak tenaga untuk sampai ke pulau.

Maka mendayung perahu, mengemudikannya sedemikian rupa memerlukan kepakaran agar tidak tersesat atau tersalah memilih pulau yang dituju atau tenggelam karam di tengah lautan.

Begitulah ibaratnya dalam memilih cinta.

Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta.

Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Cara Belajar Mengawal Otak?

otak

Adakah kita menguasai otak fikiran kita atau sebaliknya?

Belajar lah mengawal otak kita.

Jika kita membiarkan otak kita merayau, fikiran kita akan menjadi liar dan menguasai kita. 

Ia akan membuka kembali benda-benda silam bagaikan satu katalog.

Ia akan mengingatkan kita tentang kesedihan, ketidakpuasan hati kita bermula daripada hari kita dilahirkan.

Baca Sepenuhnya

Cara Mengawal Marah: Konsep Pause

pause

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan.

Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik.

Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.

Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Baca Sepenuhnya

Hidup Ini Bukan Telenovela

Hidup

Hidup Kita ini Bukan Siri Telenovela

bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.

Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu.

Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar.

Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.

Baca Sepenuhnya

NIAT PUASA ENAM SYAWAL (Dan Puasa Qadha)

niat puasa enam

Bagaimana niat Puasa Enam Syawal?

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun mengenai topik Puasa Sunat Enam Syawal dan hukum berkaitan dengannya.

Apa yang menarik:

Terjemahan bahasa Melayu dan ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah puasa sunat enam syawal dengan sempurna.

Baca Sepenuhnya

Walaupun Hati Ini Masih Lagi Sakit, Masih Lagi Dalam Kesedihan

hati remuk

Seorang insan yang bergelar gadis, yang dulu dikenali dengan gadis yang lincah, periang, lasak, manja, yang suka bersosial bersama rakannya, mula berubah menjadi gadis yang impikan gelaran wanita solehah selepas mengenali seorang insan yang bergelar jejaka.

Kini tutur bicaranya di susun lembut, semakin pemalu dan amalannya juga dijaga. Yang wajib didahulukan, yang sunat diperbanyakkan, yang haram dijauhkan, yang mudarat dielakkan.

Baca Sepenuhnya

Sering Ragu-Ragu Membuat Keputusan?

pilihan
All of us has a choice. To go as all or go on Your own way, don’t follow the crowd! Make the right decision =)

Hidup adalah pilihan. Setiap pilihan pasti ada risikonya.

Kekuatan kita adalah pada pertimbangan yang matang.

Jangan menjadikan diri sebagai seorang yang bersikap ragu-ragu, kerana mereka yang bersikap ragu-ragu hanya akan membuahkan rasa bingung.

Dan semua orang juga akan sepakat bahawa menjadi bingung itu tidak baik dalam kehidupan.

Baca Sepenuhnya