Simpanlah kenangan masa lalu kita, temukan kompas untuk hari esok
Adakah ketika ini kita masih mengingati apa yang telah terjadi pada satu tahun yang lepas? Masih ingat?
Tentulah kita dan kebanyakkan orang akan menjawab: TIDAK
Pada beberapa hari yang lepas, saya telah terlihat catatan dalam sebuah diari lama dan membaca satu catatan pada Ogos tahun lepas yang tertulis: “Dua ekor anak kucing kesejukan di depan pintu rumah dan saya mengambilnya, membersihkannya dan memberinya makan.”
Sememangnya ramai diantara kita yang tidak mempedulikan diari catatan harian, sehinggalah kita ingin mengetahui peristiwa silam yang tidak pernah kita ingati.
Saya berasa bertuah kerana telah mencatat semua peristiwa hidup dalam diari dan telah banyak manfaat telah saya perolehi dari perbuatan ini.
Saya mendapat motivasi untuk menulis diari ini kerana galakkan daripada sahabat saya yang menerangkan betapa pentingnya catatan harian untuk masa yang akan datang.