Hukum Tersalah Bangun Dari Sujud Pertama Dan Terus Berdiri

Tersalah Bangun Dari Sujud

Apakah hukum tersalah bangun dari sujud pertama dan terus berdiri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Kalau kita sedang sujud kemudian kita terkejut lalu terangkat kepala kita dari sujud padahal kita masih mahu sujud kerana baru membaca tasbih sekali sahaja adakah kita kena sujud semula atau tidak perlu lagi boleh kena teruskan berdiri?


JAWAPAN:

Siapa yang mengangkat kepala dari sujud sebab terkejut akan suatu maka wajib dia sujud semula kerana dia mengangkat kepala yang pertama tadi bukan dengan sengaja tapi sebab terkejut.

Berkata Syeikh Ibu Hajar :

Dan jangan ada angkat kepala dari sujud itu kerana qasad yang lain.

Maka jikalau seorang mengangkat kepalanya terkejut dari suatu nescaya tidak memadai angkatnya itu sama seperti masalah yang telah lalu iaitu seorang yang yang sedang rukuk tersalah angkat maka hendaklah ia ulangi rukuk kemudian barulah bangun semula.

Dan keluar dengan kata terkejut itu masalah jikalau seorang itu syak di dalam rukuk akan baca fatihah atau belum maka berdiri ia semula untuk membacanya lalu teringat ia bahawa dia sudah membacanya maka berdirinya itu memadai bagi iktidal sebagimana telah lalu sebutnya.”

(Kitab Tuhfah Al-Muhtaj)

Kesimpulan

Siapa yang sedang sujud lalu dia mengangkat kepalanya sebab terkejutkan sesuatu bukan ia sengaja mahu angkat kepala dari sujudnya maka wajib dia ulangi sujud kerana angkat kepala dari sujud sebab terkejut itu tidak sah kemudian baru angkat kepalanya semula.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments