Hukum Makmum Takbiratul Ihram Bersama Imam

Takbiratul Ihram Bersama Imam

Apakah hukum makmum takbiratul ihram bersama imam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Betulkah makmum kena tunggu imam selesai takbiratul ihram baru makmum boleh angkat takbir?


JAWAPAN

Di antara syarat sah solat berjemaah ialah makmum hendaklah memulakan takbiratul ihram setelah imam selesai mengangkat takbir.

Jika makmum takbiratul ihram bersama-sama imamnya atau imam belum selesai dari takbiratul ihram dan makmum sudah mula melafazkan takbir nescaya takbir makmum itu tidak sah.

Telah menyebut oleh Syeikh Nawawi:

Wajib atas orang yang solat berjemaah pada solat jumaat atau lainnya bahawa tidak ia ke hadapan dari imamnya pada tempat berdiri dan pada takbiratul ihram bahkan jika makmum takbiratul ihram bersama imam nescaya batal solat makmum.

Dan dimakruhkan bersamaan dengan imam pada selain takbiratul ihram melainkan pada ketika mengucap amin kerana menyamai imam pada mengucap amin itu disunatkan.”

(Kitab Mirqatus Su’ud At-Tasdiq)

Kesimpulan

Ketika solat berjemaah makmum hendaklah mula bertakbiratul ihram selepas imamnya selesai bertakbir.

Jika makmum sudah mula mengucap takbir sebelum imamnya selesai dari bertakbir atau makmum bertakbir bersamaan dengan imam nescaya takbir makmum itu tidak sah maka wajib makmum tersebut mengulangi takbiratul ihram.

Selain dari takbiratul ihram iaitu rukuk dan iktidal dan sujud dan duduk antara dua sujud dan berdiri ke rakaat yang lain dan duduk tahiyat dan salam maka disunatkan makmum melakukannya selepas imam selesai melakukannya.

Contohnya apabila imam sudah sempurna rukuk disunatkan makmum mula rukuk dan apabila imam sudah sujud kesemua anggotanya di lantai maka disunatkan makmum baru mula turun kepada sujud.

Tetapi jika imam belum sempurna rukuk atau belum sempurna sujud lalu makmum turun rukuk dan sujud maka solat makmum tidak batal.

Hanya ucapan amin sahaja disunatkan makmum menyamakan dengan imam.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments