NIAT & CARA SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID

solat sunat

Bagaimana melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid?

Panduan ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat ini secara langkah-demi-langkah dan boleh difahami oleh semua orang.

Apa yang terbaik:

Setiap bacaan juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Maksud Solat Tahiyyatul Masjid

YouTube video

Solat Sunat Tahiyatul Masjid adalah solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilaksanakan sebaik sahaja seseorang itu masuk ke kawasan masjid atau surau, sebelum dia duduk.

Ia sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid dan sebagai ucapan salam kepada rumah Allah yang kita masuki (selain Masjidil Haram kerana tanda penghormatannya adalah dengan melakukan tawaf)

Oleh itu, disunatkan kepada orang yang memasuki masjid agar melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid sebanyak dua rakaat pada bila-bila masa dia memasukinya, sama ada pada waktu larangan untuk solat ataupun bukan.

Makruh hukumnya bagi seseorang yang terus duduk di dalam masjid tanpa melaksanakan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu. Sabda Rasulullah SAW:

Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”

— Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim

Doa Masuk Masjid

Sewaktu hendak masuk ke dalam masjid, bacalah doa masuk masjid berikut:

doa masuk masjid

Allahummagfirli Zunubi Waftahli Abwaba Rahmatika

Maksudnya:

Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.

Waktu Mendirikan Solat Ini

Solat sunat ini tiada batasan waktu. Kita boleh mengerjakannya pada bila-bila masa sahaja sebaik memasuki masjid, iaitu sebelum kita duduk.

Niat Solat Tahiyatul Masjid

Sesudah memasuki masjid, maka berdiri lurus menghadap kiblat dan membaca lafaz niat berikut:

niat solat tahiyyatul masjid

 Usolli Sunnata Tahiyyatil Masjidi Rak’ataini Lillahi Taala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid

Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

  • Mulakan solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku Solat Sunat Tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacalah Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah lazim seperti al-Kafirun (untuk rakaat pertama) atau al-Ikhlas (untuk rakaat kedua) dalam setiap rakaat.
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali dengan menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
  • Untuk rakaat kedua, bangun dengan membaca takbir, bacalah Al-Fatihah dan surah lazim yang lain, diikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.

Solat ini dilaksanakan sebagai penghormatan kepada masjid dan sebagai ucapan salam kepada rumah Allah.

Berikut di bawah ini adalah panduan langkah demi langkah cara mengerjakan

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tahiyatul Masjid dalam hati:

 Usolli Sunnata Tahiyyatil Masjidi Rak’ataini Lillahi Taala 

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat Sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca doa iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca[1])

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Bacalah Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-Kafirun


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

  • Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.

13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Niat Iktikaf Di Dalam Masjid

petunjuk jawapan istikharah

Selesai menunaikan solat sunat tersebut, berniatlah beriktikaf di dalam masjid sebagaimana berikut:

niat iktikaf di masjid

  Nawaitul iktikaf fi hazal masjidi sunnatan lillahi taala  

Maksudnya:

Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.

Dalil Mengenai Solat Tahiyyatul Masjid

solat dhuha
1. Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah bin Rib’i al Ansari sesungguhnya Nabi bersabda:

Apabila salah seorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehinggalah dia mendirikan solat dua rakaat.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
2. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah beliau berkata:

Aku menemui Nabi, ketika itu Baginda sedang berada di dalam masjid. Lantas Baginda bersabda: Solatlah kamu dua rakaat.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Dalam hadis yang lain, Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa:

Seorang lelaki telah datang (masuk ke dalam masjid) dan ketika itu Nabi sedang berkhutbah di hadapan orang ramai pada hari Jumaat. Lantas Baginda bertanya kepada lelaki itu: Adakah kamu telah solat wahai fulan? Lelaki itu menjawab: Tidak. Baginda pun bersabda: Bangunlah dan lakukanlah solat dua rakaat.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru itu, salah satu tanda menghormati, memuliakan dan membesarkan rumah Allah yakni masjid atau surau adalah dengan memberi salam kepadanya melalui pelaksanaan solat dua rakaat ketika memasukinya.

Solat sunat Tahiyatul Masjid merupakan cara mendekatkan diri kepada Allah ketika memasuki rumah-Nya.

Isu Berkaitan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Mungkin terdapat beberapa situasi atau masalah yang dihadapi oleh kita semasa ingin mengerjakan solat sunat ini.

Disini saya kumpulkan beberapa situasi yang lazim berlaku:

1. Azan Sedang Berkumandang

Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut terlebih dahulu sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Rujukan lanjut mengenai perkara ini boleh dilihat di laman Mufti Wilayah Persekutuan ni

2. Khatib Sedang Berkhutbah

Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk.

Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja.

3. Sengaja Duduk Dahulu Sebelum Solat

Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.

4. Duduk Kerana Terlupa

Jika duduk itu disebabkan oleh terlupa, maka ada 2 keadaan:

  • Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali — maka dibolehkan bangun dan terus solat.
  • Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat — tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.
5. Tidak Sempat Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid

Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana disebabkan:

  • Sudah dimulakan solat jemaah
  • Dia telah duduk atau
  • Dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan

Maka dianjurkan membaca 3 kali:  

Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’

Maksudnya:

Maha Suci Allah dan segala pujian hanya bagi Allah dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar

6. Imam Mendirikan Solat Fardu Ketika Anda Sedang Solat Tahiyatul Masjid

Bagaimana jika imam mendirikan solat fardhu ketika kita sedang melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid?

Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu.

Ini kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW:

Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” 

— Hadis Riwayat Muslim

Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.

7. Bolehkah Solat Sunat Tahiyatul Di Luar Masjid?

Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima.

8. Mendirikan Solat Sunat Rawatib Tanpa Mengerjakan Tahiyatul Masjid Terlebih Dahulu

Jika seseorang itu meninggalkan solat sunat tahiyatul masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.

9. Waktu Singkat Untuk Mengerjakan Solat Sunat

Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana Solat Sunat Qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.

Kesimpulan

Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan:

“Diantara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid”

Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda!

Nota Rujukan:

  1. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
  2. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  3. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
  4. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
  5. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
  6. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

90 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Oggy Abdullah
Oggy Abdullah
11 bulan yang lalu

Salam ustaz.
Saya ingin penjelasan bab solat sunat masjid.
Adakah kita wajib berkeadaan wudhu sebleum masuk masjid teruskan solat sunat masjid? Kita todak dibolehkan ke tandas ambil wudhu dalam masjid sebelum solat sunat masjid? Maknanya kalau tiada dlm keadaan wudhu. Tak perlu lakukan solat sunat masjid? Tolong jelaskan. Terimakasih ustaz atas pencerahannya.

Hamba Allah

Izzat
Izzat
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz. ingin bertanya, banyak saya lihat niat solat sunat yang dalam tulisan jawi nya tukar2. mana satu yang betul

tahiyyatul atau tahiyyatil atau tahiyyatal?

Izzat
Izzat
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Terimakasih ustaz. Sekarang waswas saya sudah hilang.

Malik
Malik
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz.Boleh tak kita membaca ayat rukuk dan ayat sujud sekalisahaja
(bukan 3 kali dalam solat wajib dan sunnat??

Kita sudah terlambat dalam solat fardhu mengejar sisa waktu fardhu..masih perlu kita solat tahiyat masjid?
Tolong jelaskan..jazakallahu khairaan
Barakallahu fikum

Last edited 1 tahun yang lalu by Malik
Ahmad
Ahmad
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum Tuan,

Seseorang yang keluar ke tandas kemudian masuk semula ke masjid perlu atau tidak dia solat tahiyyatul masjid semula

Hayati
Hayati
2 tahun yang lalu

Salam ustadz,..solat tahiyatul masjid ni perlu ambil wudhu dahulu ker..(makna dlm keadaan berwudhu)?

johari
johari
2 tahun yang lalu

salam … semasa kita solat tahiyul masjid rakaat pertama tiba2 azan kedua ( solat jumaat ) perlu berhenti atau terus solat

johari
johari
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum wr.wb…Ustaz..Azan berkumandang sewaktu kita masok ke masjid untuk solat Suboh , kira kena solat dua2 solat sunat tahiyatul masjid dan sunat qabliyah subuh atau perlu solat salah satu saje.

Muhamad Naim
Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Wassalam. Utamakan solat qabliyyah kerana waktu subuh singkat.

johari
johari
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum wr.wb…Ustaz..Azan berkumandang sewaktu kita masok ke masjid untuk solat Suboh , kira kena solat dua2 solat sunat tahiyatul masjid dan sunat qabliyah subuh atau perlu solat salah satu saje.

Muhamad Naim
Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Wassalam. Utamakan solat qabliyyah kerana waktu subuh singkat.