NIAT & CARA SOLAT SUNAT MUTLAK (Panduan Lengkap)

solat sunat mutlak

Bagaimana niat & cara mengerjakan Solat Sunat Mutlak?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Mutlak secara langkah demi langkah dengan mudah.

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Maksud Solat Sunat Mutlak

solat dhuha

Solat sunat mutlak ialah solat sunat semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT. Antara solat sunat yang tidak terikat dengan masa, waktu ataupun sebab tertentu adalah Solat Sunat Mutlak.

Solat sunat mutlak ini tidak terbatas jumlah rakaatnya dan tidak ditentukan jumlah rakaatnya. Justeru itu, solat sunat ini boleh dikerjakan dengan satu rakaat atau seratus rakaat sekalipun.

Solat sunat mutlak merupakan semata-mata ibadat untuk mengingati Allah dengan solat dan doa yang sunat bahkan amat digalakkan untuk memperbanyakkan solat sunat Mutlak ini lantaran masa dan waktu yang tidak terbatas kecuali pada waktu-waktu yang ditegah untuk solat.

Rasulullah ﷺ  pernah bersabda kepada Abu Dzar RA berkenaan dengan solat, sabda Baginda:

Solat adalah sebaik-baik perkara sama ada banyak dilakukan ataupun sedikit.

(Hadis riwayat al Tabrani)

Justeru itu, solat merupakan ibadat yang paling afdal untuk dikerjakan, maka pelaksanaan solat sunat mutlak tidak ada batasannya sama ada dilakukan dengan bilangan rakaat yang sedikit ataupun banyak dan boleh dilakukan sepanjang hari kecuali pada waktu larangan solat.

Oleh sebab itulah Rasulullah ﷺ tidak pernah lekang dengan solat-solat sunat sama ada solat sunat dengan sebab yang khusus atau tanpa sebab sebab sebagai tanda bersyukur seorang hamba kepada penciptanya.

Dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Bahawasanya ‘Itban bin Malik seorang sahabat Rasulullah ﷺ.

Beliau juga seorang sahabat Ansar yang bersama dalam peperangan Badar, beliau datang menemui Rasulullah ﷺ lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Aku sudah tidak berapa nampak, aku menjadi imam bagi kaumku, apabila hujan maka mengalirlah air di lembah yang terletak di antaraku dengan kaumku, aku tidak dapat datang ke masjid untuk menjadi imam kepada mereka, aku bercita-cita, wahai Rasulullah, engkau datang kepadaku dan solat di rumahku untuk aku jadikannya sebagai tempat solatku.” 

Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “InsyaaAllah. Aku akan lakukan.”

Kata ‘Itban, “Rasulullah SAW datang bersama Abu Bakar ketika matahari naik, maka Rasulullah SAW meminta izin, lalu aku memberi izin kepada Baginda.”. Tanpa duduk, Baginda masuk ke dalam rumah, kemudian Baginda bertanya, “Di mana tempat yang engkau suka aku solat di rumahmu ini?” Kata ‘Itban, maka aku menunjukkan kepada Baginda satu tempat di rumahku. Rasulullah SAW pun berdiri dan solat dengan memulakan takbiratulihram, maka kami pun berdiri membuat saf solat. Baginda solat dua rakaat kemudian memberi salam”

— Riwayat Bukhari

Justeru itu, apa yang boleh difahami adalah selain solat fardu lima waktu, solat sunat rawatib dan solat sunat yang khusus, kita juga boleh melakukan solat sunat mutlak sebagai solat sunat tambahan sebagaimana saranan Rasulullah » tersebut.

Firman Allah SWT yang menyebut:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat.

(Surah al-Bagarah ayat 45)

Ayat ini memberi pengajaran kepada kita bahawa pertolongan Allah & itu hanya boleh dicapai melalui kesabaran dan solat.

Justeru itu, lafaz solat dalam ayat ini adalah umum merangkumi solat fardu, solat sunat dan termasuk juga solat sunat mutlak.

Apabila kita berada dalam keadaan suka, duka, senang, sempit atau ditimpa dengan pelbagai ujian dan cabaran, kerjakanlan solat sebagai tanda kita bersyukur jika mendapat nikmat dan sebagai jalan keluar bagi segala permasalahan jika kita diuji dengan kesusahan.

Hudzaifah bin al-Yaman & berkata:

Rasulullah ﷺ, apabila Baginda mengalami sesuatu perkara, Baginda akan terus mengerjakan solat.

(Riwayat Ahmad)

Inilah contoh dan solusi terbaik yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepada kita dalam menghadapi sesuatu situasi iaitu dengan melazimi solat, baik kita mendapat kesenangan atau sebaliknya.

Dirikanlah solat sunat mutlak sebagai tada kita mengingati Allah setiap masa sama ada di waktu senang mahupun susah.

Niat Solat Sunat Mutlak

Niat solat sunat Mutlak adalah seperti berikut:

niat solat sunat mutlak

Usolli Solatal Sunnati Rak’ataini Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala

Cara Solat Sunat Mutlak

Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Sunat Mutlak

  1. Mulakan solat dengan niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala” sambil mengangkat takbir.
  2. Bacalah Surah Al-Fatihah, diikuti dengan surah pendek seperti Surah Al-Kafirun.
  3. Lakukan rukuk dan dua kali sujud, dengan menjaga ketenangan dalam setiap gerakan.
  4. Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir, al-Fatihah, dan Surah Al-Ikhlas atau surah pendek yang lain. Lakukan rukuk dan sujud seperti rakaat pertama.
  5. Setelah rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.
  6. Jika ingin menambah rakaat, teruskan dengan bangun untuk dua rakaat seterusnya.
  7. Setelah solat, berdoalah dengan hati yang ikhlas, meminta kepada Allah agar dipenuhi segala hajat, diampuni dosa, dan mendapatkan keberkatan serta rezeki yang halal.

Solat sunat mutlak juga tidak terbatas jumlah rakaatnya bahkan boleh dikerjakan dengan satu rakaat sahaja. Oleh sebab itu, sah niat solat sunat mutlak tanpa menyebutkan jumlah rakaatnya.

Justeru, apabila seseorang itu berniat untuk melakukan solat sunat mutlak tanpa menetapkan jumlah rakaatnya, maka dia boleh memberi salam selepas satu rakaat ataupun menambah rakaat yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya tanpa batasan.

Meskipun begitu, jika ingin melakukan solat sunat Mutlak lebih dari satu rakaat, sunat mengerjakannya dua rakaat dua rakaat dan memberi salam pada setiap dua rakaat. Hal ini lebih menepati sunnah Rasulullah ﷺ

Sekiranya ingin menambah lagi solat sunat Mutlak, boleh meneruskan lagi dua rakaat dua rakaat selepas memberi salam.

Setelah memberi salam, berdoalah dengan memohon keampunan daripada dosa-dosa, memohon keafiatan, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan but diri dan keluarga serta mat Islam.

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Mutlak secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Mutlak dalam hati.

Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:

niat solat sunat mutlak

 Usolli Solatal Sunnati Rak’ataini Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al-Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


12. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

tahiyat akhir

20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Doa Selepas Solat Sunat Mutlak

Antara doa yang boleh dibaca adalah Doa Penghulu Istighfar:

penghulu istighfar

 Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

Rujukan

Doa-doa lain yang boleh dibacakan selepas Solat Sunat Mutlak boleh dirujuk pada panduan ini: DOA MEMINTA KEAMPUNAN

Penutup

Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara sukarela.

Solat sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih kasih sayangNya.

Orang yang mengerjakan solat sunat dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata.

Kelebihan solat sunat adalah:

  1. Menambah kesempurnaan solat fardu
  2. Meningkatkan iman
  3. Mendekatkan dirinya dengan Allah.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Fairos
Mohd Fairos
5 tahun yang lalu

Assalammualikum encik/tuan, maaf urutan surah untuk setiap raakat pun kena diperbetulkan sebab di dalam Al Quran susah al Ikhlas mendahului surah annas, maaf ye , semoga bermanfaat…Apa-apapun terima kasih di atas feedback dan kerterbuaan tuan dan respon tuan.. terima kasih

Mohd Fairos Bin Mohd Yunus
Mohd Fairos Bin Mohd Yunus
5 tahun yang lalu

Assalammualikum wbt, terima kasih atas panduan yg di berikan. Sangat bermaanfaat dan senag di fahami. Cuma pada tatacara melaksankn solat mutlaq encik/ tuan ada menyatakan ada terdapat ketersalah taipan surah Al Quran yg dibaca pada rakaat pertama dan kedua( al ikhlas rakaat pertama dan annas raakat kedua). Mohan encik/tuan semak semula.
Apa-apa pun terima kasih atas artikl tuan/encik sebab membzrikan maanfat dan informasi yang berguna.
Terima kasih