11 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT (Panduan Lengkap)

perkara membatalkan solat

Apakah perkara yang membatalkan solat?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap dan jelas kepada anda mengenai perkara-perkara yang membatalkan solat dalam Mazhab Syafi’e.

Sekiranya anda terbuat perkara-perkara ini semasa solat, maka solat itu batal dan wajib diulangi semula solat tersebut.

Semoga panduan ini memberi manfaat.

Perkara yang membatalkan solat adalah tindakan atau keadaan yang menyebabkan solat seseorang itu menjadi tidak sah atau batal. Ini bermakna, jika seseorang itu melakukan salah satu daripada perkara ini ketika solat, maka solatnya tidak lagi diterima dan perlu diulang semula.

Solat adalah ibadat yang merangkumi perbuatan dan bacaan yang khusus. Ia wajib dilakukan dengan memenuhi semua syarat dan rukunnya untuk menjadikannya sebagai ibadat yang sah dan diterima Allah SWT.

Apabila seseorang itu melakukan perkara yang bercanggah atau tidak mengikut peraturan yang ditetapkan syarak dan diajarkan Rasulullah SAW, solatnya akan dikira rosak atau batal.

Fuqaha sepakat menyatakan bahawa rosak dan batal solat itu adalah perkara yang sama. Rosak atau batal ibadat adalah disebabkan kekurangan mana-mana perkara yang wajib dilakukan.

Apabila rosak atau batal mana-mana ibadat, ia tidak lagi dinamakan ibadat. Solat yang terbatal hendaklah dilakukan semula.

Ringkasan perkara-perkara yang membatalkan solat adalah

  1. Berhadas
  2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan
  3. Berkata-kata dengan sengaja
  4. Terbuka aurat
  5. Mengubah niat solat
  6. Makan dan minum walaupun sedikit
  7. Bergerak tiga kali berturut-turut
  8. Berpaling dari arah kiblat
  9. Menambah rukun solat dengan sengaja
  10. Ketawa terbahak-bahak
  11. Mendahului imam melebihi dua rukun dalam solat berjemaah

Fuqaha berbeza pendapat dalam menetapkan perkara-perkara yang membatalkan solat.

Mazhab Hanafi menetapkan 68 perkara yang membatalkankan solat. Maliki menetapkan 30 perkara dan Hanbali menggariskan 36 perkara.

Bagaimana pun, Mazhab Syafi’e memperincikan 27 perkara yang membatalkan solat.

Berlaku Hadas Kecil Dan Hadas Besar

Hadas kecil adalah perkara yang menyebabkan batalnya wuduk. Contoh hadas kecil adalah seperti keluar sesuatu daripada qubul atau dubur, seperti:

  • Kentut
  • Air kencing
  • Tahi
  • Mazi
  • Keputihan
  • Wadi

Hadas besar adalah berlakunya perkara yang menyebabkan perlu mandi wajib. Antara contoh hadas besar adalah:

Batal solat seseorang yang berhadas sama ada hadas kecil seperti terkentut, atau hadas besar, seperti haid. Sekiranya dia berhadas selepas memberikan salam yang pertama, sah solatnya kerana telah selesai solatnya dengan salam itu.

Begitu juga jika seorang yang sentiasa berhadas, seperti wanita istihadah atau seorang lelaki yang tidak boleh mengawal kencingnya, berhadas dengan hadas yang lain, seperti keluar angin, batal solatnya.

Disunatkan orang yang batal solatnya kerana berhadas ketika solat jemaah agar menutup hidungnya seolah-olah terdapat darah yang mengalir, ketika dia meninggalkan jemaah tersebut.

Was-Was Dalam Solat

Batal solat orang yang berasa waswas sama ada dia telah berniat pada permulaan solat atau dia sedang bersolat Asar tetapi tidak pasti sama ada dia telah berniat Asar atau Zuhur.

Begitu juga sekiranya dia tidak pasti sama ada telah melakukan takbiratulihram atau tidak.

Jarak Masa Waswas

Sekiranya perasaan waswas ini berlanjutan ketika dia sedang bersolat dalam tempoh kira-kira tamakninah, batal solatnya.

Tetapi sekiranya dia keliru sebentar tetapi kemudian teringat semula yang dia memang telah berniat dengan betul atau telah bertakbiratulihram, solatnya tidak batal.

Jika selepas selesai solat, seseorang itu waswas sama ada dia telah berniat atau telah takbiratulihram dan dia tidak dapat mengingat melakukannya, wajib dia mengulangi solatnya semula.

Makan Dan Minum Dalam Solat

Orang yang makan atau minum dengan sengaja dalam solat, maka solatnya dianggap batal sama ada kadarnya banyak atau sedikit.

Jika dia termakan dengan tidak sengaja atau tidak tahu bahawa tidak boleh makan ketika solat, tidak batal solat nya kalau makanan itu sedikit.

Ulama fiqh menyatakan kadar banyak itu ialah jika dikumpulkan semuanya ia menjadi sebesar kacang.

Jika dalam mulutnya ada gula atau coklat yang cair di dalam mulutnya dan dia menelannya bersama dengan air liur, batal solatnya.

Oleh itu, sebelum solat disunatkan bersugi, berus gigi atau sekurang kurangnya berkumur.

Bercakap-Cakap Dengan Sengaja

Percakapan yang dianggap membatalkan solat ialah percakapan yang mengeluarkan perkataan yang lebih dua huruf walaupun tidak mempunyai makna atau perkataan satu huruf yang mempunyai makna.

Jika perkataan itu diucapkan secara tidak sengaja atau terlupa bahawa dia sedang solat, ia dimaafkan sekiranya percakapannya itu sedikit, tidak melebihi enam perkataan dan tidak lama.

Sekiranya seseorang itu membaca ayat al-Quran dengan niat memberikan arahan kepada orang lain, batal solatnya walaupun apa yang diucapkan nya adalah ayat al-Quran.

Misalnya, jika seorang itu membaca ayat 12 surah Maryam untuk menyuruh seseorang bernama Yahya mengambil kitab, batal solatnya.

Surah maryam ayat 12

Maksudnya:

Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh!

(Surah Maryam 19: 12)

Ketawa, Menangis & Berdehem Dalam Solat

Jika perbuatan ini dilakukan dengan sengaja, maka batal solat.

Ini berdasarkan dalil yang mengharamkan bercakap dalam solat. Berdehem mengeluarkan bunyi dengan 3 huruf membatalkan solat.

Bergerak-gerak Dalam Solat

Pergerakan lain daripada perbuatan solat boleh membatalkan solat jika dilakukan dengan anggota utama dan dilakukan banyak kali serta berturut turut.

Tidak batal jika sekadar menggerakkan jari-jemari, lidah atau kening, walaupun dilakukan berulang ulang kali.

Ini kerana perbuatan yang sedikit seperti ini tidak mengganggu kekhusyukan solat.

Menurut Dr. Wahbah Al Zuhaily dalam bukunya al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, sebab mengapa pertuturan yang sedikit membatalkan solat sedangkan pergerakan yang sedikit tidak pula membatalkannya, adalah kerana pergerakan yang sedikit tidak mungkin boleh dikawal, sedangkan pertuturan boleh.

Terkena Najis Yang Tidak Dimaafkan

Baju Atau Badan Atau Tempat Solat Yang Terkena Najis Yang Tidak Dimaafkan

TIDAK SEGERA MEMBUANG NAJIS

Jika tubuh, pakaian atau tempat solat seseorang terkena atau ditimpa najis yang tidak dimaafkan dan dia tidak segera membuangnya, maka batal solatnya.

Ini adalah kerana kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat solat merupakan syarat sah solat.

SEGERA MEMBUANG NAJIS

Jika najis haiwan yang kering terjatuh di atas bahu orang yang sedang solat, dan dia segera membuangnya, solatnya tidak batal.

Tetapi jika dibiarkan atau najis itu basah hingga meninggalkan kesan pada tubuh, pakaian atau tempat, batal solatnya.

Terbuka Aurat Dalam Solat

Aurat dalam solat

Batal solat sesiapa yang membuka auratnya dengan sengaja ketika dalam solat.

Tetapi jika auratnya ternampak secara tidak sengaja seperti kainnya ditiup angin, solatnya tidak batal jika dia menutupnya dengan segera. Jika dibiarkan auratnya terbuka, solatnya batal.

Jumhur ulama berpendapat bahawa wajib orang yang bersolat itu menutup aurat sama ada dia bersolat di tengah khalayak ramai atau seorang diri di dalam bilik atau di tempat yang gelap.

Tidak sah seorang itu bersolat seorang diri di dalam tempat yang tertutup dalam keadaan tanpa pakaian atau tidak menutup aurat, sedangkan dia mempunyai pakaian yang bersih.

Berazam Untuk Menamatkan Solat

Jika seorang bersolat dengan azam untuk berhenti solat atau mengaitkan jika suatu peristiwa berlaku dia akan menghentikan solatnya.

  • Seorang yang sedang solat, tiba-tiba ada panggi lan telefon, lalu dia berniat untuk membatalkan solatnya untuk menjawab telefon, batal solatnya.
  • Sekiranya seseorang yang menanti kedatangan seorang rakan bersolat terlebih dahulu kerana terlalu lama menunggu dan berniat jika rakannya tiba, dia akan membatalkan solatnya.

Dalam keadaan ini solatnya telah rosak sejak awal lagi. Solat seperti ini tidak sah kerana niat solatnya tidak jazim iaitu tidak putus dan muktamad.

Mengubah Niat Dalam Solat

Batal solat orang yang mengubah niat asal solatnya ketika berada dalam solat.

Sama ada dia mengubah daripada fardu kepada sunat, atau tunai kepada qada. Begitu juga jika dia mengubah satu solat ke solat yang lain.

Misalnya, seorang bersolat Maghrib, tiba-tiba mengubah niatnya untuk solat Isyak.

Atau, seorang yang sedang menunaikan solat Subuh mengubah niat nya untuk bersolat sunat Subuh.

Melainkan sekiranya seorang itu sedang menunai kan solat fardu sendirian, mengubah solat fardu ini kepada solat sunat mutlak apabila ada sekumpu lan jemaah melakukan solat berjemaah.

Dengan tujuan untuk mendapatkan kelebihan berjemaah, dia mengubah solat fardu kepada solat sunat su paya dia dapat mengerjakan solat fardu berjemaah.

Berpaling Dari Arah Kiblat

Berpaling daripada arah kiblat mem batalkan solat kerana ia adalah syarat sah solat.

Tidak kira sama ada dia dipalingkan oleh orang lain atau dengan perbuatannya sendiri, solat tetap batal..

Tetapi dalam keadaan dia dipalingkan dengan paksaan, jika tempoh berpaling itu lama mengikut uruf, batal solatnya.

Apa yang dimaksudkan dengan berpaling dari arah kiblat ialah memalingkan dada ke arah lain daripada kiblat.

Hilang Ingatan Kerana Gila, Pitam, Tertidur Atau Mabuk Ketika Solat

Apabila seorang yang bersolat tidak sedar apa yang dilakukan kerana tertidur atau pitam misalnya, solatnya batal.

Ini kerana sedar adalah syarat harusnya melakukan solat.

Demikian juga tidak sah solat orang yang mabuk, walaupun dia melakukannya dengan betul dan tertib.

Murtad Ketika Solat

Dalam konteks solat, seorang yang telah berniat atau berikrar untuk keluar daripada Islam atau melakukan perbuatan yang menunjukkan bahawa dia telah keluar agama, solatnya tidak sah.

Seseorang boleh murtad sama ada dengan niat, pengakuan lisan atau perbuatan.

Contohnya jika seorang itu berniat akan keluar daripada Islam jika gagal dalam temuduga yang dihadirinya, dia telah pun murtad serta-merta tanpa menunggu keputusan temu duga tersebut.

Sekiranya dia murtad ketika bersolat, batal solatnya.

Syarat-Syarat Seseorang Itu Dihukum Murtad

  • Baligh dan berakal.
  • Tidak dipaksa, sebaliknya murtad dengan pilihan sendiri.
  • Mengetahui hal dan hukum murtad serta membuatkan dirinya menjadi murtad.
  • Apabila terkumpul syarat-syarat ini pada dirinya, maka tiadalah lagi perselisihan ulama bahawa seseorang itu telah pun menjadi murtad daripada Islam.

Penutup

Saya berharap panduan ini memberi pencerahan mengenai perkara yang membatalkan solat. Semoga ia dapat memberi kemudahan kepada anda dalam mempelajari fardu ain solat.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila nyatakan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaAllah saya akan menjawab secepat yang mungkin.

Rujukan

  • Al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaily, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1418H/ 1997M, hal. 1047-1050
  • 1157 Persoalan Solat, Ustaz Muhadir Haji Joll, ms. 361
  • Hasyiah al-Jamal, 1/425
  • Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah, 2/307
  • Formula Solat Sempurna, Dr Zaharuddin Abd Rahman
  • Bimbingan Solat, Dr Rohaily Al-Jawhary
  • 195 Perkara Asas Solat, Haji Mohd Shukri Haji Ali
Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

301 thoughts on “11 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT (Panduan Lengkap)”

  1. Assalamualaikum ustaz. Ketika solat maghrib, tgh duduk tahiyyat akhir, ada rasa macam lendir keluar, sy rasa mungkin lembapan faraj. mula-mula lintasan hati kata dah keluar, tapi saya x peduli dgn lintasan hati tu. Saya teruskan solat smpi salam. Bila saya selesai solat, saya rasa lembapan faraj masih ada dalam faraj, saya check kt celah paha xde yg keluar lendir, cuma ada rasa lembap. Mungkin air basuhan istinjak. Check kt baju pun xde kesan lendir or bau. N sy teruskan dgn solat isyak. Adakah wuduk sy dh terbatal ustaz or masih sah? Sah ke kedua-dua solat saya ustaz?

    Reply
    • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Lembapan faraj yang keluar secara semula jadi tidak membatalkan wuduk, selagi ia tidak bercampur dengan najis dan tidak keluar melepasi faraj. Perasaan was-was seperti yang puan alami juga tidak membatalkan wuduk, kerana keyakinan mengatasi keraguan.

      Oleh itu, wuduk puan masih sah, dan kedua-dua solat (Maghrib dan Isyak) juga sah. Abaikan lintasan hati seperti ini dan teruskan ibadah dengan tenang.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  2. Assalamualaikum ustaz , saya ada soalan . Apakah hukum kita solat pakai telekung yang ada rambut kita sendiri yg melekat pada telekung ? Adakah dikira aurat dan boleh membatalkan solat ?
    Dan sekiranya rambut kita jatuh di atas sejadah dan kita sujud , rambut tersebut melekat pula pada bahagian muka ataupun mulut semasa sedang solat . Solat tetap sah ? Mohon penjelasan dari ustaz atas kekeliruan dalam diri ini . TERIMA KASIH .

    Reply
    • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Berikut adalah penjelasan berkaitan situasi yang ditanya:

      1/ Rambut Melekat pada Telekung

      Rambut yang melekat pada telekung (contohnya, sehelai dua) tidak dianggap sebagai aurat yang terbuka dan tidak membatalkan solat. Dalam mazhab Syafie, perkara kecil seperti ini dianggap sebagai ‘uruf’ atau perkara biasa yang dimaafkan (ma’fu anhu). Oleh itu, solat yang dilakukan tetap sah.

      2/ Rambut Jatuh di Atas Sejadah dan Melekat pada Muka atau Mulut

      Jika rambut jatuh di atas sejadah lalu melekat pada bahagian muka atau mulut semasa sujud, ia tidak membatalkan solat. Ini kerana rambut tersebut adalah sebahagian daripada tubuh badan sendiri, dan ia tidak termasuk perkara yang boleh membatalkan solat.

      Walau bagaimanapun, jika rambut tersebut mengganggu konsentrasi solat, adalah lebih baik mengalihkannya secara perlahan-lahan tanpa melakukan pergerakan yang berlebihan.

      Semoga penjelasan ini membantu menghilangkan kekeliruan dan memberikan ketenangan hati.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  3. Assalamualaikum ustaz. Apa maksud keluar sesuatu dr qubul? Maksudnya klu ada cecair or lendir dkt bibir faraj tu dikira dh keluar ke? Ke dia keluar dari dalam kemaluan. Sbb ketika solat sy rasa mcm ada cecair or lendir mengalir dalam kemaluan, tp dia x kuar smpi ke bibir faraj. Sy x pasti tu cecair or lendir apa. Batal ke solat dgn wuduk sy ustaz?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Keluar sesuatu dari qubul hanya dianggap membatalkan wuduk jika cecair atau lendir itu benar-benar keluar hingga ke permukaan luar, iaitu di bibir faraj.

      Jika puan hanya merasakan cecair atau lendir mengalir di bahagian dalam tetapi tidak keluar ke permukaan luar, wuduk dan solat puan tetap sah.

      Jangan terlalu bimbang dengan rasa was-was, kerana ia tidak membatalkan solat selagi tiada kepastian bahawa cecair tersebut telah keluar.

      Semoga puan dapat solat dengan tenang.

      Wallahu a’lam.

      Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Solat tetap sah jika telekung terkena debu, habuk, atau sabun selagi perkara tersebut bukan najis. Dalam Islam, syarat sah solat berkaitan pakaian adalah pakaian tersebut bersih daripada najis yang jelas.

      • Debu dan habuk: Ia bukan najis, jadi tidak menjejaskan sahnya solat walaupun tidak dibersihkan.
      • Sabun: Sabun juga bukan najis, dan jika ia terkena telekung, solat tetap sah.

      Walau bagaimanapun, untuk menjaga kekhusyukan dan kebersihan solat, puan boleh membersihkan pakaian dari debu atau habuk sebelum solat, tetapi ia tidak wajib.

      Semoga Allah menerima ibadah puan dan mempermudahkan urusan puan.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  4. Assalamualaikum ustaz. Jika lintasan hati nak menghentikan solat secara tak sengaja, tapi saya tetap teruskan solat, solat tetap sah kan ustaz? Sbb sy mmg x berniat nk hentikan solat.

    Reply
    • Jika dia terfikir nk hentikan solat, tapi dia tak berniat pun nk hentikan solat, dan dia teruskan solat mcm biasa, solat tetap sah kan ustaz?

      Reply
      • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

        Ya, solat tetap sah dalam situasi ini. Lintasan hati yang muncul secara tidak sengaja atau terfikir untuk menghentikan solat tidak membatalkan solat, selagi tiada niat yang jelas untuk membatalkan solat dan perbuatan yang menunjukkan penghentian solat (seperti bercakap atau keluar dari rukun solat).

        Dalam Islam, lintasan hati yang tidak disengajakan dianggap sebagai bisikan syaitan dan tidak diambil kira. Oleh itu, jika puan teruskan solat dengan yakin tanpa membatalkannya, solat tersebut adalah sah.

        Semoga Allah mempermudahkan ibadah puan dan memberi kekuatan untuk melawan was-was.

        Wallahu a’lam.

        Reply
        • Assalamualaikum ustaz. Jika sblm solat isyak, lintasan hati kata x pyh solat skrg, n minta solat esk paginya, tp sy yakinkan diri sy sy nk solat awal waktu jgk. Ketika solat isyak, tgh tahiyyat akhir, tiba2 terlintas dalam hati nk batalkan solat, tp sy yakinkan diri teruskan solat, pastu muncul blk srh batalkan solat, tp sy lawan lintasan hati tu, kata dlm hati x nk batalkan solat n tetap teruskan solat, adakah situasi cmni dh membatalkan solat ustaz?

          Reply
          • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

            Lintasan hati seperti yang awak alami itu tidak membatalkan solat, selagi mana ia hanya lintasan dalam hati dan tidak disertai dengan niat putus solat secara pasti. Dalam fiqh, niat membatalkan solat hanya berlaku apabila seseorang bertekad dengan yakin untuk membatalkan solat, bukan sekadar rasa ragu-ragu atau lintasan yang datang dan pergi.

            Dalam kes awak, jelas tuan menolak lintasan itu dan memilih untuk teruskan solat hingga selesai, maka solat itu sah, insyaAllah. Apa yang berlaku adalah sejenis ujian lintasan waswas yang biasa mengganggu sebahagian orang yang menjaga solatnya.

            Awak telah lakukan perkara betul dengan melawan lintasan itu dan kekal fokus untuk menunaikan solat. Jangan risau, Allah Maha Mengetahui kesungguhan hati kita.

            Wallahu a’lam

            Reply
  5. Assalamualaikum ustaz. Jika terbaca salam dalam hati tanpa sengaja ketika baca doa selepas tahiyyat akhir batal x solat?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Tidak, solat tidak batal jika terbaca salam dalam hati secara tidak sengaja semasa membaca doa selepas tahiyat akhir. Salam yang membatalkan solat adalah **salam yang dilafazkan dengan niat untuk keluar dari solat**. Membaca sesuatu dalam hati, termasuk salam, tanpa niat keluar dari solat, tidak membatalkan solat.

      Puan boleh teruskan solat seperti biasa tanpa rasa was-was. Semoga Allah SWT menerima ibadah puan.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  6. Assalamualaikum ustaz.

    1. Jika kita terbaca bismillah selepas bacaan al fatihah ketika rakaat ketiga tanpa sengaja adakah sah solat?
    2. Jika sedang solat isyak, muncul ragu-ragu dh tahiyyat awal ke blm, maka sy pun teruskan solat sbb tahiyyat awal hanyalah sunat. Bila nk masuk rakaat terakhir, sy jadi ragu-ragu rakaat. Mula2 mcm yakin dh 4 rakaat, pastu muncul ragu-ragu. Maka sy jadikan rakaat terakhir tu rakaat ketiga dan lps tu sy tmbh satu rakaat. Adakah solat sy sah ustaz? Adakah sy kena ulang or qada blk solat?
    Reply
      • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

        1. Membaca “Bismillah” selepas Al-Fatihah pada rakaat ketiga: Bacaan ini tidak membatalkan solat kerana ia berlaku tanpa sengaja dan bukan rukun solat. Solat tetap sah.

        2. Ragu-ragu tahiyat awal: Tahiyat awal adalah sunat, jadi meninggalkannya tidak membatalkan solat. Solat tetap sah.

        3. Ragu-ragu bilangan rakaat: Mengambil bilangan yang yakin (rakaat paling sedikit) dan menambah satu rakaat seperti yang puan lakukan adalah betul. Sujud sahwi yang dilakukan juga melengkapkan solat. Oleh itu, solat puan sah dan tidak perlu diulang atau qada.

        Semoga ibadah puan diterima Allah SWT.

        Wallahu a’lam.

        Reply
        • Assalamualaikum ustaz. Jika yakin dah 4 rakaat, pastu muncul keraguan samada 3 ke 4 rakaat, dan sy ambil yg yakin yg sy dh 4 rakaat, sah tak solat sy ustaz?

          Reply
          • Jika puan yakin telah selesai 4 rakaat, kemudian muncul keraguan selepas itu (sama ada 3 atau 4 rakaat), maka pegangan adalah pada keyakinan, iaitu puan telah melengkapkan 4 rakaat. Dalam hal ini, solat puan adalah sah.

            Keraguan yang muncul selepas yakin tidak perlu dilayan kerana ia dianggap sebagai bisikan syaitan atau was-was. Teruskan solat dengan tenang dan jangan ulangi solat tersebut.

            Semoga Allah SWT menerima ibadah puan dan mempermudahkan urusan puan.

            Wallahu a’lam.

            Reply
            • Assalamualaikum ustaz. Ketika solat, jika kita yakin dah 4 rakaat, pastu lintasan hati kata 3 rakaat ketika duduk tahiyyat akhir, dan terfikir sekejap sama ada 3 atau 4 rakaat, dan sy fikir dan yakin dah 4 rakaat blh ke kita abaikan lintasan hati tu dan amik bilangan 4 rakaat?

              Reply
              • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

                1. Hukum Menghadapi Was-was dalam Solat

                Jika puan yakin telah menunaikan 4 rakaat dan lintasan hati yang datang adalah was-was (keraguan tanpa bukti yang jelas), maka lintasan tersebut boleh diabaikan. Dalam hal ibadah, keyakinan lebih diutamakan daripada keraguan, seperti kaedah fiqh: “Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan.”

                2. Cara Mengatasi Was-was

                • Jika puan sudah yakin dengan bilangan rakaat, teruskan solat dan abaikan lintasan hati.
                • Namun, jika puan betul-betul ragu dan tidak dapat memastikan bilangan rakaat, puan perlu mengambil bilangan yang paling sedikit (contohnya, 3 rakaat) dan menyempurnakan solat berdasarkan bilangan tersebut.
                • Setelah itu, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam untuk menampung kekurangan.

                3. Kesimpulan dalam Situasi Puan

                • Jika puan yakin telah melengkapkan 4 rakaat, abaikan lintasan hati yang meragukan itu. Solat tetap sah dan tidak perlu sujud sahwi.
                • Jika benar-benar ragu dan tidak yakin (contohnya sama ada 3 atau 4 rakaat), ambil bilangan yang lebih sedikit (3 rakaat) dan tambah rakaat yang kurang, kemudian lakukan sujud sahwi sebelum salam.

                Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadah puan dan memberi ketenangan hati dalam solat.

                Jika ada pertanyaan lain, sila ajukan. 😊

                Reply
  7. Assalamualaikum wbt ustaz . Ketika sedang solat , tiba2 datang dalam hati “Betul dah niat solat zohor tadi” @ “niat zohor dah” . Adakah itu dikira niat yang baru ustaz ? Ianya pula selalu datang ketika sedang solat sejak kelmarin tapi saya abaikan sahaja . Adakah sah solat saya ? Adakah itu dikira lintasan hati dari bisikan syaitan ? mohon penjelasan dari ustaz terima kasih .

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Terima kasih atas soalan yang baik ini.

      Apabila seseorang sudah berniat di awal solat, maka niat tersebut sudah sah dan tidak perlu diperbaharui lagi sepanjang solat. Jika dalam solat, timbul keraguan atau lintasan hati seperti, “Betul dah niat solat Zohor tadi” atau “niat Zohor dah,” lintasan ini tidak membatalkan solat. Ia biasanya adalah bentuk was-was atau gangguan dari syaitan untuk mengganggu kekhusyukan.

      Dalam Mazhab Syafi’i, niat adalah rukun yang dilakukan di awal solat. Sekali niat telah dipastikan, lintasan atau was-was yang datang selepas itu tidak dianggap sebagai niat baru, selagi seseorang tidak berniat dengan sengaja untuk menukar niat. Oleh itu, solat awak tetap sah dan tidak batal.

      Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengatasi was-was ini:

      1. Abaikan Was-was: Teruskan solat dan abaikan lintasan tersebut. Keyakinan bahawa awak sudah berniat di awal solat adalah cukup.

      2. Berdoa Memohon Perlindungan dari Syaitan: Sebelum solat, baca doa memohon perlindungan daripada syaitan seperti “A’uzubillahi minash shaytanir rajim” (Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk).

      3. Fokus kepada Rukun Solat: Cuba tumpukan perhatian kepada rukun-rukun dalam solat seperti bacaan Al-Fatihah, rukuk, sujud, dan tasyahud. Ini boleh membantu mengurangkan gangguan was-was.

      Solat awak sah, dan lintasan hati seperti itu hanya was-was yang tidak perlu dilayan. Teruskan solat dengan yakin, dan berdoalah agar Allah SWT memberikan kekhusyukan dalam ibadah.

      Semoga Allah SWT mempermudahkan ibadah awak dan melindungi daripada segala gangguan.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  8. Assalamualaikum ustaz. Jika sudah selesai baca surah al fatihah dengan lisan, kemudian terbaca surah al fatihah dalam hati utk pastikan tidak ada ayat yg tertinggal dalam surah al fatihah, adakah solat blh jd batal dan tidak sah ustaz?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Dalam solat, membaca surah Al-Fatihah adalah rukun yang wajib dilakukan dengan lisan (bacaan yang didengar oleh diri sendiri, walaupun perlahan). Sekiranya seseorang sudah membaca surah Al-Fatihah dengan lisan dan kemudiannya membaca dalam hati untuk memastikan tidak ada ayat yang tertinggal, tindakan tersebut tidak membatalkan solat. Bacaan dalam hati itu dianggap sebagai lintasan atau semakan tambahan yang tidak mengganggu kesahihan solat.

      Perkara utama yang perlu dijaga adalah memastikan bacaan Al-Fatihah dilakukan dengan lisan secara sempurna pada kali pertama. Bacaan tambahan dalam hati selepas itu tidak menjejaskan sahnya solat selagi bacaan Al-Fatihah sudah dilakukan dengan betul dan lengkap.

      Jadi, solat awak tetap sah, dan tidak perlu was-was jika melakukan semakan dalam hati selepas selesai membaca dengan lisan.

      Semoga penjelasan ini memberi ketenangan.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  9. Assalamualaikum ustaz. Jika tgh solat sendiri, tiba-tiba terbayang jd imam tanpa niat jd imam, solat tetap sah kan ustaz?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Jika seseorang sedang solat bersendirian dan tiba-tiba terbayang seolah-olah menjadi imam tanpa niat atau tujuan untuk benar-benar menjadi imam, solat tersebut tetap sah. Bayangan atau lintasan hati tanpa niat sebenar tidak membatalkan solat. Dalam fiqh Mazhab Syafi’i, perubahan niat hanya berlaku jika seseorang itu benar-benar berniat untuk berpindah menjadi imam atau untuk menukar status solatnya, dan ini perlu dilakukan dengan sengaja dan jelas.

      Oleh itu, sekiranya bayangan atau lintasan hati tersebut berlaku tanpa niat, ia dianggap sebagai was-was atau lintasan yang tidak mempengaruhi sahnya solat.

      Semoga penjelasan ini membantu dan memberikan ketenangan.

      Wallahu a’lam.

      Reply

Leave a Comment