
Adakah boleh melakukan solat tahajjud sebelum tidur?
Apakah hukumnya?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANAdakah kalau kita nak lakukan solat tahajud mesti kena tidur dulu?
Bagaimana kalau kita nak solat juga pada hal belum tidur?
JAWAPAN:
Solat Tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan selepas selepas menunaikan solat fardu isyak dengan syarat tidur dahulu walau pun sekejap dan bukannya dilakukan sebelum tidur.
Waktunya ialah pada waktu malam sampai terbit fajar.
Berkata Syeikh Bujairimi:
Dan katanya selepas tidur itu walau pun sedikit.
Dan sekalipun tidurnya itu sebelum solat isyak akan tetapi mestilah solat tahjjud itu selepas solat isyak sehingga dinamakan dengan demikian itu.
Inilah pendapat yang muktamad.”
(Hasyiah Al-Bujairimi ala Al-Minhaj)
Oleh itu jika tidak tidur dan hendak mengerjakan solat sunat maka tidaklah diniatkan solat sunat tahajjud tetapi diniatkan solat sunat malam atau sunat qiamullail dan seumpamanya.
Kesimpulan
Solat sunat tahhajud ialah solat yang dikerjakan selepas tidur samada tidur itu selepas waktu isyak atau sebelum waktu isyak dan sekalipun tidur yang sekejap sahaja.
Solat tahajjud dikerjakan selepas mengerjakan solat fardu isyak.
Yang afdhal ialah dikerjakan solat tahajjud ini pada waktu tengah malam.
Jika tidak tidur dan ingin menunaikan solat maka boleh ditunaikan solat sunat malam atau qiamullai atau seumpamanya.
Sama ada dikerjakan solat sunat tahajjud selepas tidur atau qiamullail sebelum tidur maka ganjarannya adalah tersangat banyak.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini