bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.
Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu.
Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar.
Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.
Seni memberi teguran adalah satu kemahiran yang baik untuk diketahui
Bagaimana cara terbaik untuk memberi teguran kepada seseorang?
Secara asasnya, dalam kehidupan ini, memberi teguran dan menerima teguran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Tidak dapat tidak, kita semua pasti akan terlibat di dalam proses ini.
Bermula sejak kecil sehingga meniti ke hari tua.
Memberi teguran adakalanya membawa kesan positif.
Tetapi sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai, maka ia bakal membawa ke arah negatif dan secara tidak langsung ia membentuk sikap defensif bagi pihak yang ditegur.
Oleh itu, mari kita lihat teknik teguran yang sesuai.