Apa yang menjadikan sesuatu tudung sekolah itu selesa untuk anak-anak?
Ibu bapa yang serius pasti akan mengambil berat tentang perkara ini. Keselesaan akan mempengaruhi banyak faktor.
Tudung sekolah yang selesa bukan sahaja membantu mendidik anak bertudung, malah menggalakkan mereka untuk rajin ke sekolah.
Bukan semua tudung sekolah yang terdapat dipasaran negara kita ini mampu memberi keselesaan sepenuhnya kepada anak-anak.
Malah sukar dicuci dan mudah rosak.
Oleh itu artikel kali ini saya akan membantu anda menentukan ciri-ciri tudung sekolah yang selesa dipakai oleh murid perempuan sekolah rendah khususnya.






