
Masalah memang boleh menyebabkan kita semua berubah.
Daripada berubah riak muka, berubah mood sehinggalah menyebabkan kita boleh berubah karekter.
Lebih teruk lagi jika menyebabkan kita terus murung, diam membisu tanpa ingin berhubung dengan mana – mana orang.
Hanya memendam masalah seorang diri.
Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah.
Oleh hal itu, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalahnya.
Memang sesetengah orang dapat menghadapi & menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu.
Sesetengah orang kurang berkemampuan untuk menguruskan emosi dan perasaan mereka sendiri.
Ini adalah normal kerana manusia diciptakan bukanlah sebagai makhluk Allah yang kuat.
Adakalanya kita akan merasa “Down”
Mungkin kita ni beri kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain.
Mungkin dengan ini, kita pula boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah.