Kepentingan Menulis Diari & Catatan Harian Dalam Kehidupan

kepentingan menulis diari
kepentingan menulis diari

Simpanlah kenangan masa lalu kita, temukan kompas untuk hari esok

Adakah ketika ini kita masih mengingati apa yang telah terjadi pada satu tahun yang lepas? Masih ingat?

Tentulah kita dan kebanyakkan orang akan menjawab: TIDAK

Pada beberapa hari yang lepas, saya telah terlihat catatan dalam sebuah diari lama dan membaca satu catatan pada Ogos tahun lepas yang tertulis: “Dua ekor anak kucing kesejukan di depan pintu rumah dan saya mengambilnya, membersihkannya dan memberinya makan.”

Sememangnya ramai diantara kita yang tidak mempedulikan diari catatan harian, sehinggalah kita ingin mengetahui peristiwa silam yang tidak pernah kita ingati.

Saya berasa bertuah kerana telah mencatat semua peristiwa hidup dalam diari dan telah banyak manfaat  telah saya perolehi dari perbuatan ini.

Saya mendapat motivasi  untuk menulis diari ini kerana galakkan daripada sahabat saya yang menerangkan betapa pentingnya catatan harian untuk masa yang akan datang.

Sahabat saya itu berkata: “Mudah-mudahan perkara ini akan membantu kita untuk mengingati kejadian atau hal yang istimewa.” Tulislah catatan hidup kita pada setiap hari.

Catatkan peristiwa – peristiwa yang penting dan kosongkan ruangan terakhir untuk kenangan yang paling indah.

 

Tiada Masa Menulis Diari?

Pada mulanya, seperti kebanyakkan orang, saya mula menulisnya tetapi lama-kelamaan saya tidak mempunyai waktu atau motivasi untuk meneruskannya.

Peristiwa ini terjadi empat tahun yang lepas, kerana sehingga hampir semua peristiwa saya catatkan.

Oleh itu, untuk meneruskan aktiviti ini, saya telah menggariskan tiga panduan untuk menulis diari, iaitu :

  •  Jangan pernah memasukkan perkara yang memalukan saya jika orang lain membacanya
  •  Tulislah dengan jelas
  •  Gunakan kata – kata kunci untuk untuk menjimatkan ruang

 

Kepentingan Menulis Diari

Catatan harian (diari) saya akhirnya telah menjadi teman yang amat berharga, yang memperkaya hidup saya dalam banyak cara. Inilah perkara yang saya lakukan dan mungkin juga dapat memberi manfaat kepada anda.

Sebenarnya catatan harian kita merupakan rujukan yang paling berharga.

Sebuah diari dapat membawa kita untuk menemukan diri kita.

Biasanya saya akan mencatatkan peristiwa-peristiwa yang menyenangkan sahaja, tetapi kerana hidup saya ini bukanlah sentiasa berjalan lancar, maka adakalanya saya sering mencatatkan perkara-perkara yang bersifat emosi seperti kesedihan, rasa cemburu dan kemarahan

Sekadar menulis perkara – perkara tersebut dapat membuatkan hati saya sedikit tenteram.

Membaca kembali peristiwa-peristiwa itu kemudian akan membuatkan saya merefleksi diri dan memutuskan untuk lebih bijaksana lagi dalam menangani perkara seperti itu di kemudian hari.

Kita sebagai hambaNya yang biasa memang tidak akan dapat menduga hidup, namun dengan memelihara catatan harian beberapa minggu akan dapat menolong kita memahami apa yang memberikan kegembiraan dan apa yang membawa kesedihan.

 Perkara ini dapat memelihara perasaan kita ketika itu yang mungkin akan terluput daripada pandangan kita.

Diari atau catatan harian ini banyak menolong saya menerima penderitaan-penderitaan dengan perasaan sedih sebagai rencah kehidupan. Menjadikan hidup saya tenang dan tenteram.

Kepentingan menulis diari dan catatan harian ini dapat memperbaiki iman kita.

Dapatkah kita mengingati perkara yang tidak baik kita buat dua atau tiga tahun yang lalu? Setahun yang lalu? Sudahkan kita insaf dan memperbaiki diri dari perkara tersebut?

Barangkali tidak, namun catatan harian amat membantu.

Dengan membalik – balikkan halaman catatan harian, kita mungkin rasa tercenggang betapa banyak hari yang menggembirakan telah diselimuti oleh tragedi-tragedi atau kesedihan yang tidak pernah disangkakan.

Tentu sahaja kesedihan akan menimpa setiap orang.

Ketika saat – saat seperti ini, sebuah catatan harian dapat menjanjikan kepada kita bahawa di balik kesedihan itu terdapat kegembiraan atau hikmah yang ingin ditunjukkan oleh Allah.

Ya, kita akan nampak HIKMAH disebalik semua yang berlaku sebelum ini

Beberapa waktu yang lalu, salah seorang sahabat yang amat saya sayangi telah meninggal dunia.

Dalam diari tercatat: “Jasad dia telah selamat dikebumikan. Semoga Allah mencucuri rahmat.” – Hati saya menjadi sedih ketika membaca catatan ini.

Barulah saya sedar tiada apa yang kekal didunia ini, dan Allah berhak mengambil kembali nyawa kita pada bila – bila masa sahaja.

Diari harian dapat meningkatkan kesedaran kita tentang sesuatu.

Oleh kerana itu, diari amatlah berguna untuk membangkitkan kesedaran kita terhadap sesuatu perkara yang selama ini telah kita lupakan.

kepentingan menulis diari
kepentingan menulis diari

Ini adalah beberapa kepentingan menulis diari yang dapat saya kongsikan kepada sahabat semua.

Jika ada pendapat atau perkongsian lain mengenai kepentingan menulis diari, saya berharap dapat dikongsikan bersama saya pada ruangan komen :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

13 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Jamilah
Jamilah
2 tahun yang lalu

Tq soo much 👍👍

trackback
Bahasa Inggeris 7 Tips Kanak-Kanak Pandai Dengan Mudah – Akal Cerdas
5 tahun yang lalu

[…] Menulis jurnal atau diari dalam  setiap […]

Syaidatul
Syaidatul
6 tahun yang lalu

Betul ke menulis diari dapat kemblikan semangat kita?

trackback
Kebahagiaan akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Dengan hidup Orang Lain # tenwu – tenwuAzhar
7 tahun yang lalu

[…] kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi […]

Nae
Nae
8 tahun yang lalu

sangat menarik. saya kadang2 ada membuat catatan tapi sedikit.. seepas membaca artikel ini, saya ingin mula menulis dalam diari.. insha Allah esok nak beli satu buku catatan yg tebal. doakan saya dapat menulis diari setiap hari.. amiiiinnnn..

Tasnim
Tasnim
8 tahun yang lalu

I like this article.. tq..

riky perdana
riky perdana
9 tahun yang lalu

betul, saya suka sekali menulis, apa pun terjadi dalam satu hari, cuma ada yang saya publikasikan ada juga yang saya simpan sendiri, sedikit rahasia di dalamnya soalnya…salam dari indonesia..

sue myy
sue myy
10 tahun yang lalu

tahniah tuan..ilmu yang bermanafaat..setelah membaca artikel ini saya akan mencuba untuk menitipkan setiap memori saya untuk menjadi tatapan anak-anak saya nanti dalam mengharungi kehidupan harian,,,,

umie
umie
10 tahun yang lalu

saya juga tidak pernah lupa menulis catatan pada diari disetiap tahun, mulai tahun ke tiga perkahwinan kerana alam perkahwinan saya tidak seindah seperti pasangan lain, penuh dengan duka dan air mata, tidak tau nak lepaskan sebak didada hanya diari menjadi orang yang mendengar segala rintihan dan tangisan dihati. Dari tahun ke tahun diari lah yang menyimpan seribu kepedihan dalam menghadapi kekalutan hidup berumah tangga,malu untuk meluahkan segalanya pada orang sekeliling yang pastinya tidak dapat membantu diri ini dan itulah jalan penyelesaianya walaupun hanya sekadar meredakan kepedihan hati, sayang sekali catatan itu telah saya bakar dalam tahun 2008 setelah dirasai kehidupan damai seketika dan mulai 2010 saya menulis kembali kerana segala kedamaian hanya seketika dan kini amat perit lagi dibandingkan dengan dulu….saya tidak tau kenapa begitu payah untuk mendapat kebahagian dalam hidup ini, saya di uji dan terus di uji dalam perjalanan hidup berumah tanga yang dah memasuki 32 tahun……daripada rumusan dairi yang pastinya hidup saya adalah penderitaan dan air mata tiada kasih sayang seorang suami, mujurnya anak anak yang ada adalah sinar yang menerangi dan membahagiakan walaupun sentiasa dilinkungi penderaan emosi oleh suami. Hanya saya pohon pada Allah dan sentiasa saya mohon semoga saya akan tenang dan Allah yang akan menentukan arah kehidupan ditahun hadapan ,,,,,saya mahu hidup yang tenang tanpa air mata walaupun tanpa kehadiran suami disisi yang tidak pernah menghargai diri ini sebagai seorang isteri. Diari adalah satu catatan perjalanan hidup yang penuh duka dan gembiranya terlalu sedikit dan tidak dapat melindungi kedukaan yang dihadapi.

Fatin Hannah
Fatin Hannah
10 tahun yang lalu

Saya stuju dgn artikel ni. Saya dulunya tidak suka menulis diari kerana hidup saya sebelum ni saya anggap sgt tidak memberi apa2 makna pada saya..sehinggalah satu hari saya terasa seperti ada sesuatu yang kurang dalam diri saya dan saya telah menemui diri saya yang sebenarnye. Menulis diari merupakan metod yang berkesan untuk saya mengenali diri saya dgn lebih mendalam selain membaca artikel2 sebegini dan buku2 ilmiah. Alhamdulillah. Saya juga amat gemar menulis sajak sebagai ringkasan dari apa yang saya rasa supaya penulisan saya tidaklah begitu ketara ketika saya terlalu sedih atau marah kerana bila saya terlalu tekankan pada perasaan saya sendiri, di masa akan datang apabila saya merujuknya semula, saya akan teringat kembali peristiwa2 yang perit dalam kehidupan. Dengan menulis diari dan sajak, saya dapat mengawal emosi saya yang tidak terluah. Allah Maha mendengar rintihan hamba2nya, jadi ini merupakan salah satu metod untuk saya meluahkan perasaan denganNya walaupun mungkin para pembaca yang mungkin pernah terbaca penulisan saya kadang2 tidak faham akan apa yang saya tuliskan, Sekadar perkongsian dari saya sebagai penulis sajak dan diari tegar :) -cik Fatin Hannah.