
Ini adalah panduan Surah Al Falaq Rumi (transliterasi)
Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga akan disediakan.
Semoga membantu..
Pengenalan
Surah Al-Falaq terdiri atas 5 ayat.
Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Al-Fil.
Nama Al-Falaq diambil dari kata “Al-Falaq” yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang ertinya waktu subuh.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasa’i dari ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa Rasulullah ๏ทบ melakukan solat dengan membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas dalam perjalanan.
Dalam surah ini, terdapat perintah agar kita berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan.
Bacaan Surah Al Falaq Rumi (Transliterasi)

qul aโลซลผu birabbil-falaq
Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

min syarri mฤ khalaq
Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan,

wa min syarri gฤsiqin iลผฤ waqab
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk,

wa min syarrin-naffฤแนกฤti fil-โuqad
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan),

wa min syarri แธฅฤsidin iลผฤ แธฅasad
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.
Asbabun Nuzul (Sebab Turunnya Ayat)
Al-Baihaqi meriwayatkan dalam โDala`il An-Nubuwwahโ dari riwayat Al-Kalbi dari Abu Salih dari Ibnu Abbas, ia mengatakan; Rasulullah sakit parah.
Kemudian datanglah dua malaikat kepada Baginda. Salah satu di antara keduanya duduk di sisi kepada Baginda dan yang satunya lagi duduk di dekat kedua kaki Baginda.
Malaikat yang ada di kaki berkata kepada malaikat yang ada di kepala, โBagaimana menurutmu?โ Malaikat di kepala menjawab, โGuna-guna.โ Malaikat di kaki berkata, โApa itu guna-guna?โ
Malaikat dikepala menjawab, โSihir.โ
Malaikat di kaki berkata, โSiapa yang menyihir Baginda?โ
Malaikat di kepala menjawab, โLabid bin Al-Aโsham orang Yahudi, sihirnya berupa gulungan.โ
Malaikat di kaki bertanya, โDi mana ia sekarang?โ
Malaikat di kepala menjawab, โDi perigi milik keluarga Fulan yang ada di bawah batu besar di dalam gulungan. Carilah gulungan tersebut. Keringkanlah air periginya dan angkatlah batu besar itu kemudian ambil gulungan tersebut lalu bakarlah.
Ketika masuk pagi hari, Rasulullah mengutus Ammar bin Yasir bersama sekelompok orang. Mereka lalu mencari gulungan tersebut. Ternyata airnya seperti air hena. Mereka lalu mengeringkan air perigi itu.
Setelah itu mereka mengangka batu besar dan mengeluarkan gulungan tersebut. Selanjutnya mereka membakar gulungan itu.
Ternyata di sana ada sembilan belas simpul. Akhirnya turunlah dua surat tersebut. Ketika Baginda membaca ayat, maka satu simpul terlepas. Dua surat itu adalah Al Falaq dan An-Nas [1]
Hadits ini memiliki penguat dalam kitab sahih tanpa menyebutkan turunnya kedua surat itu, ada pula penguat atas turunnya kedua surat tersebut. [2]
Abu Nuโaim meriwayatkan dalam Ad-Dala`il dari riwayat Abu Jaโfar Ar Razi dari Ar-Rabiโ bin Anas dari Anas bin Malik, ia mengatakan; Orang orang Yahudi melakukan sesuatu terhadap Rasulullah sehingga Baginda merasakan sakit yang sangat.
Para sahabat kemudian masuk menemui Baginda kerana mereka menyangka ada sesuatu yang terjadi pada Baginda.
Jibril kemudian mendatangi Baginda dengan membawa Al-Muโawwidzatain (dua surat untuk meminta perlindungan Allah). Kemudian Baginda membaca keduanya lalu dapat keluar menemui para sahabatnya dalam keadaan sihat.[3]
[1] Al-Baihaqi (6/248) meriwayatkan dalam Ad-Dala`il.
[2] Asalnya diriwayatkan Al-Bukhari (5766) dalam Bab fi Ath-Thibb dan Muslim, 2186 dalam Bab fi As-Salam.
[3] Lihat Ibnu Katsir (6/419) dan seterusnya, serta Al-Qurthubi (10/7720 dan seterusnya.
Kelebihan Surah Al Falaq
- Nabi Muhammad ๏ทบ, bersabda: โApakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah โQul Aโuzdu Birabbil Falaqโ (Al-Falaq) dan โQul Aโudzu Birabbin Naasโ (An-Nas).โ (HR Muslim r.a.)
- Rasulullah ๏ทบ bersabda: โBacalah โQul Aโuzdu Birabbil Falaqโ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.โ
- Disebut pada riwayat lain, Rasulullah ๏ทบ bersabda: โKamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti โQul Aโudzu Birabbil Falaqโ (Al-Falaq).โ
Transliterasi Surah-Surah lain
Antara surah lain yang sudah ditambah tranliterasi untuk membantu anda:
Nota Penutup
Semoga Transliterasi Rumi ini dapat membantu anda yang sukar membaca / sedang belajar mengenal al-Quran.
Sememangnya penggunaan transliterasi rumi adalah kurang tepat dari segi sebutan, namun saya berharap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudari sekalian yang memerlukan bantuan sebegini.
Saya berdoa agar Allah memudahkan urusan kita semua belajar membaca al-Quran dan memperoleh barakah daripadanya.
Semoga Allah melapangkan hati kita dan dibukakan hati kita kepada ilmu.
Tinggalkan Komen Anda..