SURAH Al-MULK RUMI (Audio, Terjemahan & Kelebihannya)

surah al-mulk

Ini adalah panduan Surah al-Mulk rumi (transliterasi)

Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga disediakan.

Terjemahan setiap ayat turut disertakan.

Semoga membantu..

Pengenalan

Surah al-Mulk merupakan surah ke-67 dalam al-Quran.

Ia terdiri daripada 30 ayat, termasuk golongan surah-surah makkiyyah, diturunkan selepas Surah ath-Thur.

Nama al-Mulk diambil dari perkataan “al-Mulk” yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang ertinya kerajaan atau kekuasaan.

Dinamakan pula surah ini dengan Tabaarak yang bermaksud Maha Suci

Ia adalah surah yang membawa keamanan dan keselamatan kerana ia akan melindungi kita dari seksa kubur sekiranya diamalkan setiap kali sebelum tidur.

Intipati Dalam Surah Ini

  • Hidup dan mati adalah ujian bagi manusia.
  • Allah menciptakan langit berlapis-lapis dan semua ciptaan-Nya mempunyai keseimbangan.
  • Perintah Allah untuk memperhatikan isi alam semesta.
  • Azab yang diancamkan kepada orang-orang kafir dan janji Allah kepada orang-orang mukmin.
  • Allah menjadikan bumi sedemikian rupa hingga mudah bagi manusia untuk mencari rezeki.
  • Peringatan Allah kepada manusia tentang sedikitnya mereka yang bersyukur kepada nikmat Allah.

Bacaan Surah Al-Mulk Rumi (Transliterasi)

1.
surah al mulk ayat 1

tabฤrakallaลผฤซ biyadihil-mulku wa huwa โ€˜alฤ kulli syai’in qadฤซr

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;


2.
surah al mulk ayat 2

allaลผฤซ khalaqal-mauta wal-แธฅayฤta liyabluwakum ayyukum aแธฅsanu โ€˜amalฤ, wa huwal-โ€˜azฤซzul-gafลซr

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);


3.
surah al-mulk rumi ayat 3

allaลผฤซ khalaqa sabโ€˜a samฤwฤtin แนญibฤqฤ, mฤ tarฤ fฤซ khalqir-raแธฅmฤni min tafฤwut, farjiโ€˜il-baแนฃara hal tarฤ min fuแนญลซr

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?


4.
surah al-mulk rumi ayat 4

แนกummarjiโ€˜il-baแนฃara karrataini yanqalib ilaikal-baแนฃaru khฤsi’aw wa huwa แธฅasฤซr

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).


5.
surah al-mulk rumi ayat 5

wa laqad zayyannas-samฤ’ad-dun-yฤ bimaแนฃฤbฤซแธฅa wa jaโ€˜alnฤhฤ rujลซmal lisy-syayฤแนญฤซni wa aโ€˜tadnฤ lahum โ€˜aลผฤbas-saโ€˜ฤซr

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.


6.
surah al-mulk rumi ayat 6

wa lillaลผฤซna kafarลซ birabbihim โ€˜aลผฤbu jahannam, wa bi’sal-maแนฃฤซr

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.


7.
surah al-mulk rumi ayat 7

iลผฤ ulqลซ fฤซhฤ samiโ€˜ลซ lahฤ syahฤซqaw wa hiya tafลซr

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.


8.
surah al-mulk rumi ayat 8

takฤdu tamayyazu minal-gaฤซแบ“, kullamฤ ulqiya fฤซhฤ faujun sa’alahum khazanatuhฤ alam ya’tikum naลผฤซr

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”


9.
surah al-mulk rumi ayat 9

qฤlลซ balฤ qad jฤ’anฤ naลผฤซrun fa kaลผลผabnฤ wa qulnฤ mฤ nazzalallฤhu min syai’in in antum illฤ fฤซ แธalฤlin kabฤซr

Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “


10.
surah al-mulk rumi ayat 10

wa qฤlลซ lau kunnฤ nasmaโ€˜u au naโ€˜qilu mฤ kunnฤ fฤซ aแนฃแธฅฤbis-saโ€˜ฤซr

Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.


11.

faโ€˜tarafลซ biลผambihim, fa suแธฅqal li’aแนฃแธฅฤbis-saโ€˜ฤซr

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.


12.

innallaลผฤซna yakhsyauna rabbahum bil-gaibi lahum magfiratuw wa ajrun kabฤซr

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.


13.

wa asirrลซ qaulakum awijharลซ bih, innahลซ โ€˜alฤซmum biลผฤtiแนฃ-แนฃudลซr

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.


14.

alฤ yaโ€˜lamu man khalaq, wa huwal-laแนญฤซful-khabฤซr

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!


15.

huwallaลผฤซ jaโ€˜ala lakumul-arแธa ลผalลซlan famsyลซ fฤซ manฤkibihฤ wa kulลซ mir rizqih, wa ilaihin-nusyลซr

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).


16.

a’amintum man fis-samฤ’i ay yakhsifa bikumul-arแธa fa iลผฤ hiya tamลซr

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?


17.

am amintum man fis-samฤ’i ay yursila โ€˜alaikum แธฅฤแนฃibฤ, fa sataโ€˜lamลซna kaifa naลผฤซr

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?


18.

wa laqad kaลผลผaballaลผฤซna min qablihim fa kaifa kฤna nakฤซr

Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.


19.

awalam yarau ilaแนญ-แนญairi fauqahum แนฃฤffฤtiw wa yaqbiแธn, mฤ yumsikuhunna illar-raแธฅmฤn, innahลซ bikulli syai’im baแนฃฤซr

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


20.
surah al-mulk rumi ayat 20

am man hฤลผallaลผฤซ huwa jundul lakum yanแนฃurukum min dลซnir-raแธฅmฤn, inil-kฤfirลซna illฤ fฤซ gurลซr

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.


21.
surah al-mulk rumi ayat 21

am man hฤลผallaลผฤซ yarzuqukum in amsaka rizqah, bal lajjลซ fฤซ โ€˜utuwwiw wa nufลซr

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).


22.
surah al-mulk rumi ayat 22

afamay yamsyฤซ mukibban โ€˜alฤ wajhihฤซ ahdฤ am may yamsyฤซ sawiyyan โ€˜alฤ แนฃirฤแนญim mustaqฤซm

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?


23.
surah al-mulk rumi ayat 24

qul huwallaลผฤซ ansya’akum wa jaโ€˜ala lakumus-samโ€˜a wal-abแนฃฤra wal-af’idah, qalฤซlam mฤ tasykurลซn

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.


24.
surah al-mulk rumi ayat 24

qul huwallaลผฤซ ลผara’akum fil-arแธi wa ilaihi tuแธฅsyarลซn

Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.


25.
surah al-mulk rumi ayat 25

wa yaqลซlลซna matฤ hฤลผal-waโ€˜du in kuntum แนฃฤdiqฤซn

Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”


26.
surah al-mulk rumi ayat 26

qul innamal-โ€˜ilmu โ€˜indallฤhi wa innamฤ ana naลผฤซrum mubฤซn

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.


27.
surah al-mulk rumi ayat 27

fa lammฤ ra’auhu zulfatan sฤซ’at wujลซhullaลผฤซna kafarลซ wa qฤซla hฤลผallaลผฤซ kuntum bihฤซ taddaโ€˜ลซn

Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.


28.
surah al-mulk rumi ayat 28

qul ara’aitum in ahlakaniyallฤhu wa mam maโ€˜iya au raแธฅimanฤ fa may yujฤซrul-kฤfirฤซna min โ€˜aลผฤbin alฤซm

Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.


29.
surah al-mulk rumi ayat 29

qul huwar-raแธฅmฤnu ฤmannฤ bihฤซ wa โ€˜alaihi tawakkalnฤ, fa sataโ€˜lamลซna man huwa fฤซ แธalฤlim mubฤซn

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.


30.
surah al-mulk rumi ayat 30

qul ara’aitum in aแนฃbaแธฅa mฤ’ukum gauran fa may ya’tฤซkum bimฤ’im maโ€˜ฤซn

Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Kelebihan Surah Al Mulk

kelebihan mengamalkan surah al mulk

Apakah kelebihan mengamalkan al-Mulk?

Antara kelebihan mengamalkan surah ini adalah:

1. Selamat Dari Azab Kubur

Kelebihan yang pertama adalah pembaca akan terhindar dari azab kubur. Ini boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

โ€œSurah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.โ€


2. Mudah Masuk Syurga

Selain dari melindungi pembaca dari terkena seksa azab kubur, surah ini juga akan membantu kita untuk memasuki syurga.

Rasulullah SAW:

โ€œSesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.


3. Pembaca Akan Dikeluarkan Dari Neraka Dan Dimasukkan Ke Dalam Syurga

Ini juga merupakan satu kelebihan yang tidak diketahui oleh ramai umat Islam.

Sekiranya anda mengamalkan surah ini, anda akan dimasukkan ke dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.โ€


4. Salah Satu Sunnah Nabi Muhammad SAW

Kita diajar untuk sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.

Sekiranya anda membaca surah ini sebelum tidur, anda sudah mengikuti sunnah Baginda.

Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan Surah Al Mulkโ€


5. Menjadi Peguamcara Semasa Soal Jawab Dengan Munkar Nakir

Jika kita selalu mengamalkan surah ini pada waktu malam, maka ia akan menjadi penguam cara apabila ia sudah waktu soal jawab dengan Munkar Nakir.

Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Dicerahkan Wajah Pada Hari Kiamat

Jika anda selalu membaca surah ini dalam kehidupan seharian anda, maka Allah akan mencerahkan wajah anda seperti Nabi Yusuf pada hari kiamat.

Ini boleh lihat di mana Saiyidina โ€˜Ali berkata:

Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.โ€


7. Diampunkan Dosa

Selain dari memberi pahala apabila kita membaca surah ini, Allah SWT juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa mengamalkan membaca sehingga akhir surah.

Sebahagian daripada al-Qurโ€™an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah โ€œal-Mulkโ€.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan

8. Hati Beriman

Rasulullah SAW juga berkata bahawa hati kita akan beriman sekiranya kita mempelajari dan membaca surah ini dengan penuh istiqamah.

Baginda bersabda: 

โ€œHatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.โ€

โ€œAku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.โ€


9. Disayangi Dan Dikasihi Oleh Orang Sekeliling

Kita juga akan berasa disayangi dan dikasihi oleh orang di sekililing kita jika kita selalu mengamalkan surah mulia ini. Ia boleh dilihat di mana Ulama berkata:

Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.โ€


10. Melindungi Kita Dari Seksa

Apabila malaikat Munkar dan Nakir datang untuk soal kita, manusia akan pengsan apabila melihat wajah mailaikat azab. 

Tetapi bagi mereka yang mengamalkan Surah Al-Mulk, ia akan menjadi penghalang daripada diseksa.

Ini boleh dilihat di mana:

Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.

— Hadith Riwayat Al-Tirmidzi: 2890

Transliterasi Surah-Surah lain

Antara surah lain yang sudah ditambah tranliterasi untuk membantu anda:

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

89 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nazli
Nazli
24 hari yang lalu

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ aamiin ya rabbal ๐Ÿคฒ

Fa***
Fa***
1 bulan yang lalu

Asalamualaikum,ustaz saya ada dengar bacaan al mulk di dalam youtube dri dua thun lpas awalnya tu sya cuma dengar and ikut slow2 ja lps tu saya stat tiru bacaan and buat semakan surah dlm quran slepas 3 4 mnggu mcm tu alhamdulinllah sya dh lancar bacaan smpai ke hri ni .sya nk tnya stu prkara. Klau org x reti baca dlm jawi dia baca dlm trjemahan rumi mcm dlm ni xapa kn ustaz?

Harija
Harija
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum wbt ustaz saya ingin bertanya betul kh klau solat subuh surah yang perlu d baca surah yang panjang sahaja selepas surah Al-Fatihah dan boleh kh klau saya baca surah yang saya suka seperti al iqra atau surah al falaq..tolong saya ustaz betul kekeliruan saya…saya dari Sabah dn trima kasih ustaz semoga ALLAH membalas kebaikan ustaz sbb ilmu manafaat ni

Last edited 10 bulan yang lalu by Harija
Jariah
Jariah
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Usaha ustaz sangat bermanfaat kepada saya utk belajar membaca surah2 yang terpapar. Terima kasih banyak Ustaz.Hanya Allah s.w.t saja yang dapat membalas kebaikan ustaz yang telah memanfaatkan kelebihan ustaz buat semua.

Faiz Epadee
Faiz Epadee
1 tahun yang lalu

Terima kasih setinggi tinggi penghargaan buat saudara Muhamad Naim kerana memudahkan untuk membaca, menghayati dan mengamalkan surah Al Mulk ini dgn cara lebih senang.. disertai dgn rumi memudahkan untuk membacanya.. Allah sajalah yg mampu membalas segalanya utk saudara Naim, insyaAllah ๐Ÿคฒ

farahani
farahani
1 tahun yang lalu

alhamdulillah..terima kasih..semoga Allah membalasmu dengan kebaikan..byk sgt membantu sy dlm pelajari surah dgn lebih mendalam..byk yg sy belajar..utk org yg x reti baca jawi mmg sy suggestkan blog tuan ni..terima kasih sgt ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

Harija
Harija
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum wbt ustaz
Boleh kh serta kan
Surah Al Alaq
Surah Al Iqra
Surah Al syamsi tapi dlm tulisan rumi sbb saya tdk boleh membaca klau tulisan jawi dan ustaz
Trima kasih saya boleh sudah membaca surah Al mulk dn surah
Al Ad duha..semoga Allah membalas nya sbb saya hnya dapat mengucap trima kasih ustaz saya dari sabah

Last edited 1 tahun yang lalu by Harija
Mohd Saffie suratin
Mohd Saffie suratin
1 tahun yang lalu

Terimakasih atas perkongsian surah2 ini

Ekin
Ekin
1 tahun yang lalu

Ade ke di playstore?

Harija
Harija
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum wbt ustaz saya ingin bertanya tdk berdosa kh saya membaca surah-surah dalam telefon saja

Harija
Harija
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Trima kasih ustaz atas pencerahan nya..