SELAWAT SOLAT TARAWIH 20 RAKAAT (Bacaan Bilal, Imam & Makmum)

Susunan penuh bacaan bilal selawat Solat Tarawih 20 rakaat, dari pembukaan hingga Witir, dengan Arab, rumi dan maksud. Termasuk Doa Kamilin dan PDF percuma.

Muhamad Naim Abd ManafDikemas kini 5 November 2026
Bacaan bilal selawat Solat Tarawih 20 rakaat

Ini susunan penuh bacaan bilal dan selawat Solat Tarawih 20 rakaat, dari pembukaan hingga Witir, mengikut amalan yang lazim di masjid dan surau di Malaysia.

Setiap bacaan dilabel untuk Bilal, Makmum atau Imam, dan disertakan rumi, tulisan Arab serta audio. Maksud setiap lafaz dipaparkan pada kali pertama ia muncul. Untuk Tarawih 8 rakaat, rujuk panduan bacaan bilal Tarawih 8 rakaat.

Ringkasan Susunan 20 Rakaat

Tarawih 20 rakaat ialah 10 kali solat dua rakaat, iaitu lima pusingan empat rakaat. Bacaan bilal berulang mengikut corak yang sama:

  • Selepas rakaat 2, 6, 10, 14 dan 18: Fadhlan minallahi wa ni’mah, dua selawat dan Al-badrul munir.
  • Selepas rakaat 4, 8, 12 dan 16: Subhanal malikil ma’bud, tiga selawat, doa, dan taradhi untuk empat khalifah mengikut giliran.
  • Selepas rakaat 20: Imam membaca Doa Kamilin, kemudian bilal menyeru solat Witir.

Selawat ini zikir untuk mengisi waktu rehat. Ia bukan sebahagian daripada solat, dan Tarawih tetap sah tanpanya.1

Mahu salinan untuk dibawa ke masjid? Dapatkan PDF panduan ini secara percuma melalui emel.

Rujukan Pantas: Bacaan Selepas Setiap Salam

Selepas rakaatBilal memulakan denganPenutup pusingan
2Fadhlan minallahi wa ni’mahAl-badrul munir
4Subhanal malikil ma’budDoa, khalifah pertama (Abu Bakar)
6Fadhlan minallahi wa ni’mahAl-badrul munir
8Subhanal malikil ma’budDoa, khalifah kedua (Umar)
10Fadhlan minallahi wa ni’mahAl-badrul munir
12Subhanal malikil ma’budDoa, khalifah ketiga (Uthman)
14Fadhlan minallahi wa ni’mahAl-badrul munir
16Subhanal malikil ma’budDoa, khalifah keempat (Ali)
18Fadhlan minallahi wa ni’mahAl-badrul munir
20Doa Kamilin oleh imamSeruan Witir

Di antara kedua-duanya, bilal berselawat dan makmum menjawab Sollallahu wa sallama ‘alaih.

Perhatian

Susunan berbeza mengikut masjid. Ada masjid yang meletakkan taradhi selepas setiap dua rakaat, memendekkan selawat atau menambah bacaan lain. Ikut sahaja bilal di tempat anda.

Kira pusingan dengan betul. Seruan yang berselang-seli antara Fadhlan minallahi dan Subhanal malikil ma’bud membantu jemaah mengetahui sudah berapa rakaat dikerjakan.

Hukum Selawat Solat Tarawih

Hukum selawat Solat Tarawih

Selawat, zikir dan taradhi yang dibaca bilal di antara rakaat Tarawih hukumnya harus. Ia mengisi waktu rehat (tarwihah) dengan zikir, dan Tarawih tetap sah walaupun tanpanya.

Yang perlu dielakkan ialah beriktikad bahawa susunan tertentu itu sunnah khusus yang diajarkan Nabi ﷺ. Dalil seruan bilal, hukum menyebut rahimakumullah dan hukum taradhi diterangkan dalam panduan bacaan bilal Tarawih.

Susunan Bacaan Bilal Tarawih 20 Rakaat

Tekan butang audio untuk mendengar sebutan setiap lafaz. Rumi ditulis mengikut sistem transliterasi AkuIslam: huruf bergaris atas seperti ā, ī, ū dibaca panjang, dan tanda ‘ mewakili huruf ain. Lafaz yang berulang dipaparkan dalam bentuk ringkas, tanpa maksud.

Bahagian 1

1

Bilal

Untuk memulakan Solat Tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subḥānallāhi wal-ḥamdu lillāhi wa lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhil-‘aliyyil-‘aẓīm

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

2

Bilal

Seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

3

Makmum

Kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

4

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

5

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

6

Bilal

Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

7

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

8

Bilal

Bilal menyeru jemaah untuk mendirikan Solat Sunat Tarawih dengan lafaz:

صَلَاةُ التَّرَاوِيحِ مِنْ قِيَامِ شَهْرِ رَمَضَانَ، أَثَابَكُمُ اللّٰهُ

Ṣalātut-tarāwīḥi min qiyāmi syahri Ramaḍāna aṡābakumullāh

(Inilah) solat Tarawih, sebahagian daripada qiyam bulan Ramadan. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada kamu.

9

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

اَلصَّلَاةَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ

Aṣ-ṣalāh, lā ilāha illallāh

(Marilah) solat. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maka bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih yang pertama sebanyak 2 rakaat.

Bahagian 2

10

Bilal

Sesudah salam solat 2 rakaat yang pertama, bilal akan melafazkan:

فَضْلًا مِنَ اللّٰهِ وَنِعْمَةً

Faḍlam minallāhi wa ni‘mah

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

11

Makmum

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wa maghfirataw wa raḥmah, lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu yuḥyī wa yumītu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

12

Bilal

Bilal berselawat lagi:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

13

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

14

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

15

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

16

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

اَلْبَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ، صَلُّوا عَلَيْهِ

Al-badrul-munīru Muḥammad, ṣallū ‘alaih

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad, selawat ke atasnya.

17

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 3 – 4)

Bahagian 3

18

Bilal

Sesudah salam solat kedua (Rakaat ke-4), bilal akan menyebut lafaz:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودِ

Subḥānal-malikil-ma‘būd

Maha Suci (Allah), Raja yang disembah.

19

Makmum

Para jemaah beramai-ramai menjawab:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ، سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subḥānal-malikil-maujūd, subḥānal-malikil-ḥayyil-lażī lā yanāmu wa lā yamūtu wa lā yafūtu abadā, subbūḥun quddūsur rabbunā wa rabbul-malā’ikati war-rūḥi, subḥānallāhi wal-ḥamdu lillāhi wa lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhil-‘aliyyil-‘aẓīm

Maha Suci Raja Yang Maha Wujud. Maha Suci Raja Yang Maha Hidup, yang tidak tidur, tidak mati dan tidak luput selama-lamanya. Maha Suci lagi Maha Qudus Tuhan kami, Tuhan para malaikat dan al-Ruh (Jibril). Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.2

20

Bilal

Seterusnya bilal berselawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

21

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

22

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

23

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

24

Bilal

Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

25

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

26

Imam

Selepas setiap kali selesai solat 4 rakaat tarawih, imam atau bilal akan membacakan doa ini.3

Doa Antara Tarawih (Selepas Rakaat 4)

اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، وَعَنْ وَالِدِينَا، وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

Allāhumma innā nas’aluka riḍāka wal-jannah, wa na‘ūżu bika min sakhaṭika wan-nār. Allāhumma innaka ‘afuwwun karīmun tuḥibbul-‘afwa fa‘fu ‘annā wa ‘aw wālidīnā wa ‘an jamī‘il-muslimīna wal-muslimāt, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan-Mu dan syurga, dan kami berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Pemurah, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda.

27

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz taradhi:

اَلْخَلِيفَةُ الْأَوَّلُ بَعْدَ رَسُولِ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ سَيِّدُنَا أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ

Al-khalīfatul-awwalu ba‘da rasūlillāhi ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama amīrul-mu’minīna sayyidunā Abū Bakriniṣ-ṣiddīq

Khalifah pertama selepas Rasulullah ﷺ, Amirul Mukminin, Saidina Abu Bakar al-Siddiq.

28

Makmum

Para jemaah menjawab:

رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ

Raḍiyallāhu ‘anh

Semoga Allah meredainya.

Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya (Rakaat 5 – 6)

Bahagian 4

29

Bilal

Sesudah salam solat ketiga (Rakaat ke-6), bilal akan melafazkan:

فَضْلًا مِنَ اللّٰهِ وَنِعْمَةً

Faḍlam minallāhi wa ni‘mah

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

30

Makmum

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wa maghfirataw wa raḥmah, lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu yuḥyī wa yumītu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

31

Bilal

Bilal berselawat lagi:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

32

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

33

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

34

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

35

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

اَلْبَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ، صَلُّوا عَلَيْهِ

Al-badrul-munīru Muḥammad, ṣallū ‘alaih

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad, selawat ke atasnya.

36

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 7 – 8)

Bahagian 5

37

Bilal

Sesudah salam solat keempat (Rakaat ke-8), bilal akan menyebut lafaz:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودِ

Subḥānal-malikil-ma‘būd

Maha Suci (Allah), Raja yang disembah.

38

Makmum

Para jemaah beramai-ramai menjawab:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ، سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subḥānal-malikil-maujūd, subḥānal-malikil-ḥayyil-lażī lā yanāmu wa lā yamūtu wa lā yafūtu abadā, subbūḥun quddūsur rabbunā wa rabbul-malā’ikati war-rūḥi, subḥānallāhi wal-ḥamdu lillāhi wa lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhil-‘aliyyil-‘aẓīm

Maha Suci Raja Yang Maha Wujud. Maha Suci Raja Yang Maha Hidup, yang tidak tidur, tidak mati dan tidak luput selama-lamanya. Maha Suci lagi Maha Qudus Tuhan kami, Tuhan para malaikat dan al-Ruh (Jibril). Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

39

Bilal

Seterusnya bilal berselawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

40

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

41

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

42

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

43

Bilal

Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

44

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

45

Imam

Selepas setiap kali selesai solat 8 rakaat tarawih, imam atau bilal akan membacakan doa ini.

Doa Antara Tarawih (Selepas Rakaat 8)

اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، وَعَنْ وَالِدِينَا، وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

Allāhumma innā nas’aluka riḍāka wal-jannah, wa na‘ūżu bika min sakhaṭika wan-nār. Allāhumma innaka ‘afuwwun karīmun tuḥibbul-‘afwa fa‘fu ‘annā wa ‘aw wālidīnā wa ‘an jamī‘il-muslimīna wal-muslimāt, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan-Mu dan syurga, dan kami berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Pemurah, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda.

46

Bilal

Sesudah doa, bilal menyebut lafaz taradhi:

اَلْخَلِيفَةُ الثَّانِي بَعْدَ رَسُولِ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ سَيِّدُنَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ

Al-khalīfatuṡ-ṡānī ba‘da rasūlillāhi ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama amīrul-mu’minīna sayyidunā ‘Umarubnul-Khaṭṭābi raḍiyallāhu ‘anh

Khalifah kedua selepas Rasulullah ﷺ, Amirul Mukminin, Saidina Umar bin al-Khattab. Semoga Allah meredainya.

47

Makmum

Para jemaah menjawab:

رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ

Raḍiyallāhu ‘anh

Semoga Allah meredainya.

Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya (Rakaat 9 – 10)

Bahagian 6

48

Bilal

Sesudah salam solat kelima (Rakaat ke-10), bilal akan melafazkan:

فَضْلًا مِنَ اللّٰهِ وَنِعْمَةً

Faḍlam minallāhi wa ni‘mah

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

49

Makmum

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wa maghfirataw wa raḥmah, lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu yuḥyī wa yumītu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

50

Bilal

Bilal berselawat lagi:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

51

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

52

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

53

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

54

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

اَلْبَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ، صَلُّوا عَلَيْهِ

Al-badrul-munīru Muḥammad, ṣallū ‘alaih

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad, selawat ke atasnya.

55

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 11 – 12)

Bahagian 7

56

Bilal

Sesudah salam solat keenam (Rakaat ke-12), bilal akan menyebut lafaz:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودِ

Subḥānal-malikil-ma‘būd

Maha Suci (Allah), Raja yang disembah.

57

Makmum

Para jemaah beramai-ramai menjawab:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ، سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subḥānal-malikil-maujūd, subḥānal-malikil-ḥayyil-lażī lā yanāmu wa lā yamūtu wa lā yafūtu abadā, subbūḥun quddūsur rabbunā wa rabbul-malā’ikati war-rūḥi, subḥānallāhi wal-ḥamdu lillāhi wa lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhil-‘aliyyil-‘aẓīm

Maha Suci Raja Yang Maha Wujud. Maha Suci Raja Yang Maha Hidup, yang tidak tidur, tidak mati dan tidak luput selama-lamanya. Maha Suci lagi Maha Qudus Tuhan kami, Tuhan para malaikat dan al-Ruh (Jibril). Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

58

Bilal

Seterusnya bilal berselawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

59

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

60

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

61

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

62

Bilal

Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

63

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

64

Imam

Selepas setiap kali selesai solat 12 rakaat tarawih, imam atau bilal akan membacakan doa ini.

Doa Antara Tarawih (Selepas Rakaat 12)

اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، وَعَنْ وَالِدِينَا، وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

Allāhumma innā nas’aluka riḍāka wal-jannah, wa na‘ūżu bika min sakhaṭika wan-nār. Allāhumma innaka ‘afuwwun karīmun tuḥibbul-‘afwa fa‘fu ‘annā wa ‘aw wālidīnā wa ‘an jamī‘il-muslimīna wal-muslimāt, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan-Mu dan syurga, dan kami berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Pemurah, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda.

65

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz taradhi:

اَلْخَلِيفَةُ الثَّالِثُ بَعْدَ رَسُولِ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ سَيِّدُنَا عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ

Al-khalīfatuṡ-ṡāliṡu ba‘da rasūlillāhi ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama amīrul-mu’minīna sayyidunā ‘Uṡmānubnu ‘Affāna raḍiyallāhu ‘anh

Khalifah ketiga selepas Rasulullah ﷺ, Amirul Mukminin, Saidina Uthman bin Affan. Semoga Allah meredainya.

66

Makmum

Para jemaah menjawab:

رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ

Raḍiyallāhu ‘anh

Semoga Allah meredainya.

Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya (Rakaat 13 – 14)

Bahagian 8

67

Bilal

Sesudah salam solat 7 (rakaat yang ke-14), bilal akan melafazkan:

فَضْلًا مِنَ اللّٰهِ وَنِعْمَةً

Faḍlam minallāhi wa ni‘mah

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

68

Makmum

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wa maghfirataw wa raḥmah, lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu yuḥyī wa yumītu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

69

Bilal

Bilal berselawat lagi:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

70

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

71

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

72

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

73

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

اَلْبَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ، صَلُّوا عَلَيْهِ

Al-badrul-munīru Muḥammad, ṣallū ‘alaih

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad, selawat ke atasnya.

74

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 15 – 16)

Bahagian 9

75

Bilal

Sesudah salam solat kelapan (Rakaat ke-16), bilal akan menyebut lafaz:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودِ

Subḥānal-malikil-ma‘būd

Maha Suci (Allah), Raja yang disembah.

76

Makmum

Para jemaah beramai-ramai menjawab:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ، سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subḥānal-malikil-maujūd, subḥānal-malikil-ḥayyil-lażī lā yanāmu wa lā yamūtu wa lā yafūtu abadā, subbūḥun quddūsur rabbunā wa rabbul-malā’ikati war-rūḥi, subḥānallāhi wal-ḥamdu lillāhi wa lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhil-‘aliyyil-‘aẓīm

Maha Suci Raja Yang Maha Wujud. Maha Suci Raja Yang Maha Hidup, yang tidak tidur, tidak mati dan tidak luput selama-lamanya. Maha Suci lagi Maha Qudus Tuhan kami, Tuhan para malaikat dan al-Ruh (Jibril). Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

77

Bilal

Seterusnya bilal berselawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

78

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

79

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

80

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

81

Bilal

Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

82

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

83

Imam

Selepas setiap kali selesai solat 16 rakaat tarawih, imam atau bilal akan membacakan doa ini.

Doa Antara Tarawih (Selepas Rakaat 16)

اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، وَعَنْ وَالِدِينَا، وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

Allāhumma innā nas’aluka riḍāka wal-jannah, wa na‘ūżu bika min sakhaṭika wan-nār. Allāhumma innaka ‘afuwwun karīmun tuḥibbul-‘afwa fa‘fu ‘annā wa ‘aw wālidīnā wa ‘an jamī‘il-muslimīna wal-muslimāt, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan-Mu dan syurga, dan kami berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Pemurah, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda.

84

Bilal

Sesudah doa, bilal menyebut lafaz taradhi:

اَلْخَلِيفَةُ الرَّابِعُ بَعْدَ رَسُولِ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ سَيِّدُنَا عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ كَرَّمَ اللّٰهُ وَجْهَهُ

Al-khalīfatur-rābi‘u ba‘da rasūlillāhi ṣallallāhu ‘alaihi wa sallam, amīrul-mu’minīna sayyidunā ‘Aliyyubnu Abī Ṭālibin karramallāhu wajhah

Khalifah keempat selepas Rasulullah ﷺ, Amirul Mukminin, Saidina Ali bin Abi Talib. Semoga Allah memuliakan wajahnya.

85

Makmum

Para jemaah menjawab:

رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ

Raḍiyallāhu ‘anh

Semoga Allah meredainya.

Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya (Rakaat 17 – 18)

Bahagian 10

86

Bilal

Sesudah salam solat 9 (rakaat yang ke-18), bilal akan melafazkan:

فَضْلًا مِنَ اللّٰهِ وَنِعْمَةً

Faḍlam minallāhi wa ni‘mah

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

87

Makmum

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wa maghfirataw wa raḥmah, lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu yuḥyī wa yumītu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

88

Bilal

Bilal berselawat lagi:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

89

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

90

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

91

Makmum

Makmum menjawab selawat:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

92

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

اَلْبَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ، صَلُّوا عَلَيْهِ

Al-badrul-munīru Muḥammad, ṣallū ‘alaih

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad, selawat ke atasnya.

93

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 19 – 20)

Bahagian 11

Setelah selesai tarawih 20 Rakaat, maka bacalah Doa Tarawih seperti yang ditunjukkan dibawah ini

Bahagian 12

Doa Kamilin ialah doa pilihan yang disusun ulama Nusantara, bukan lafaz hadis. Isinya permohonan kebaikan yang umum.4

94

Imam

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn, waṣ-ṣalātu was-salāmu ‘alā asyrafil-anbiyā’i wal-mursalīn, sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī ajma‘īn.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi dan rasul yang paling mulia, junjungan kami Nabi Muhammad, serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.

اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا بِالْإِيمَانِ كَامِلِينَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّينَ، وَلِلصَّلَاةِ حَافِظِينَ، وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِينَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِينَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِينَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِينَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِينَ، وَفِي الدُّنْيَا زَاهِدِينَ، وَفِي الْآخِرَةِ رَاغِبِينَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِينَ، وَبِالنَّعْمَاءِ شَاكِرِينَ، وَعَلَى الْبَلَايَا صَابِرِينَ

Allāhummaj‘alnā bil-īmāni kāmilīn, wa lifarā’iḍika mu’addīn, wa liṣ-ṣalāti ḥāfiẓīn, wa liz-zakāti fā‘ilīn, wa limā ‘indaka ṭālibīn, wa li‘afwika rājīn, wa bil-hudā mutamassikīn, wa ‘anil-laghwi mu‘riḍīn, wa fid-dunyā zāhidīn, wa fil-ākhirati rāghibīn, wa bil-qaḍā’i rāḍīn, wa bin-na‘mā’i syākirīn, wa ‘alal-balāyā ṣābirīn.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sempurna imannya, yang menunaikan segala fardu-Mu, yang memelihara solat, yang menunaikan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan keampunan-Mu, yang berpegang teguh dengan petunjuk, yang berpaling daripada perkara sia-sia, yang zuhud terhadap dunia, yang cinta akan akhirat, yang reda dengan ketentuan-Mu, yang bersyukur atas nikmat-Mu, dan yang sabar menghadapi segala ujian.

وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِينَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِينَ، وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِينَ، وَعَلَى سَرِيرِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِينَ، وَبِحُورٍ عِينٍ مُتَزَوِّجِينَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ وَدِيبَاجٍ مُتَلَبِّسِينَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِينَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيْنِ شَارِبِينَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينٍ، مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Wa taḥta liwā’i sayyidinā Muḥammadin ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama yaumal-qiyāmati sā’irīn, wa ilal-ḥauḍi wāridīn, wa fil-jannati dākhilīn, wa ‘alā sarīril-karāmati qā‘idīn, wa biḥūrin ‘īnim mutazawwijīn, wa min sundusiw wa istabraqiw wa dībājim mutalabbisīn, wa min ṭa‘āmil-jannati ākilīn, wa mil labaniw wa ‘asalim muṣaffaini syāribīn, bi’akwābiw wa abārīqa wa ka’sim mim ma‘īn, ma‘al-lażīna an‘amta ‘alaihim minan-nabiyyīna waṣ-ṣiddīqīna wasy-syuhadā’i waṣ-ṣāliḥīn.

(Jadikanlah kami) orang yang berjalan di bawah panji junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ pada hari kiamat, yang sampai ke telaga baginda, yang masuk ke dalam syurga, yang duduk di atas takhta kemuliaan, yang berkahwin dengan bidadari, yang memakai pakaian daripada sutera halus, sutera tebal dan sutera bersulam, yang menikmati makanan syurga, dan yang meminum susu dan madu yang jernih dengan gelas, cerek dan piala berisi minuman dari mata air yang mengalir, bersama orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, iaitu para nabi, para siddiqin, para syuhada dan orang-orang soleh.

اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا فِي هٰذِهِ لَيْلَةِ الشَّهْرِ الشَّرِيفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُولِينَ، وَلَا تَجْعَلْنَا اللّٰهُمَّ مِنَ الْأَشْقِيَاءِ الْمَرْدُودِينَ. إِلٰهَنَا عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا، وَاغْفِرِ اللّٰهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِإِخْوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزْوَاجِنَا وَلِأَهْلِ بَيْتِنَا وَلِأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا، وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ

Allāhummaj‘alnā fī hāżihī lailatisy-syahrisy-syarīfatil-mubārakati minas-su‘adā’il-maqbūlīn, wa lā taj‘alnallāhumma minal-asyqiyā’il-mardūdīn. Ilāhanā ‘āfinā wa‘fu ‘annā, waghfirillāhumma lanā wa liwālidīnā wa li’ummahātinā wa li’ikhwāninā wa li’akhawātinā wa li’azwājinā wa li’ahli baitinā wa li’ajdādinā wa lijaddātinā wa limasyāyikhinā wa limu‘allimīnā, wa lijamī‘il-muslimīna wal-muslimāti wal-mu’minīna wal-mu’mināt, al-aḥyā’i minhum wal-amwāt.

Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia lagi diberkati dalam bulan ini, dalam golongan orang yang berbahagia dan diterima amalannya, dan janganlah Engkau jadikan kami, ya Allah, dalam golongan orang yang celaka dan ditolak amalannya. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kesejahteraan kepada kami dan maafkanlah kami. Ampunilah kami, ya Allah, ibu bapa kami, ibu-ibu kami, saudara lelaki dan saudara perempuan kami, pasangan kami, ahli keluarga kami, datuk dan nenek kami, para guru dan pengajar kami, serta seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

وَاكْتُبِ اللّٰهُمَّ السَّلَامَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِينَ وَالْمُقِيمِينَ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ، وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ، وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ، يَا مُجِيبَ السَّائِلِينَ. وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Waktubillāhummas-salāmata wal-‘āfiyata ‘alainā wa ‘alā ‘abīdikal-ḥujjāji wal-ghuzāti waz-zuwwāri wal-musāfirīna wal-muqīmīna fil-barri wal-baḥri minal-muslimīn, wa qinā syarraẓ-ẓālimīn, wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn, yā mujības-sā’ilīn. Wakhtim lanā yā rabbanā minka bikhairiy yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā khairi khalqihī Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa sallam, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn.

Tetapkanlah, ya Allah, keselamatan dan kesejahteraan ke atas kami dan ke atas hamba-hamba-Mu yang menunaikan haji, yang berjuang di jalan-Mu, yang berziarah, yang bermusafir dan yang bermukim, di darat dan di laut, dalam kalangan orang Islam. Peliharalah kami daripada kejahatan orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi kaum yang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan permintaan orang yang meminta. Akhirilah hidup kami dengan kebaikan daripada-Mu, wahai Tuhan kami, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk-Nya, Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Bahagian 13

95

Bilal

Untuk memulakan Solat Sunat Witir, bilal menyeru:

1 Lafaz bilal untuk awal Ramadan sehingga malam 15 Ramadan

أَوْتِرُوا وَمَجِّدُوا وَعَظِّمُوا شَهْرَكُمْ شَهْرَ الصِّيَامِ، رَحِمَكُمُ اللّٰهُ

Autirū wa majjidū wa ‘aẓẓimū syahrakum syahraṣ-ṣiyāmi raḥimakumullāh

Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.

2 Lafaz bilal untuk malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan (ada doa qunut):

أَوْتِرُوا وَمَجِّدُوا وَعَظِّمُوا وَاقْنُتُوا شَهْرَكُمْ شَهْرَ الصِّيَامِ، رَحِمَكُمُ اللّٰهُ

Autirū wa majjidū wa ‘aẓẓimū waqnutū syahrakum syahraṣ-ṣiyāmi raḥimakumullāh

Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah serta berqunutlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.

96

Makmum

Makmum menjawab beramai-ramai:

اَلصَّلَاةَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ

Aṣ-ṣalāh, lā ilāha illallāh

(Marilah) solat. Tiada Tuhan melainkan Allah.

97

Bilal

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.

98

Makmum

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

99

Bilal

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

100

Makmum

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

101

Bilal

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.

102

Makmum

صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.

Lakukan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.

Mulai malam ke-16 hingga akhir Ramadan, sunat membaca doa qunut pada rakaat terakhir witir. Lafaznya sama seperti doa qunut Subuh.5

Bahagian 14

103

Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek

Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:

يَا لَطِيفُ يَا كَافِي، يَا حَفِيظُ يَا شَافِي

Yā laṭīfu yā kāfī, yā ḥafīẓu yā syāfī

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.

104

Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.

يَا لَطِيفُ يَا وَافِي، يَا كَرِيمُ أَنْتَ اللّٰهُ

Yā laṭīfu yā wāfī, yā karīmu antallāh

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.

105

Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ

Lā ilāha illallāh

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

106

Imam

Selesai wirid, maka tutuplah solat pada malam tersebut dengan Doa Penutup ini:

اَللّٰهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَضَرُّعَنَا، وَتَمِّمْ تَقْصِيرَنَا يَا اَللّٰهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Allāhumma rabbanā taqabbal minnā ṣalātanā wa ṣiyāmanā wa qiyāmanā wa rukū‘anā wa sujūdanā wa takhasysyu‘anā wa ta‘abbudanā wa taḍarru‘anā, wa tammim taqṣīranā yā Allāh, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn, yā rabbal-‘ālamīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn

Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, qiyam (ibadah malam) kami, rukuk kami, sujud kami, kekhusyukan kami, pengabdian kami dan rintihan doa kami. Sempurnakanlah segala kekurangan kami, ya Allah, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani, wahai Tuhan sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

107

Sebelum bangun, baca niat puasa untuk esok hari supaya tidak terlupa6

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هٰذِهِ السَّنَةِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Nawaitu ṣauma ghadin ‘an adā’i farḍi syahri Ramaḍāni hāżihis-sanati lillāhi ta‘ālā

“Aku berniat untuk berpuasa esok hari bagi menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

Soalan Lazim Tarawih 20 Rakaat

Berapa kali bilal membaca taradhi dalam Tarawih 20 rakaat?

Empat kali, iaitu selepas rakaat 4, 8, 12 dan 16. Bilal menyebut khalifah pertama hingga keempat mengikut giliran: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, dan makmum menjawab Radhiyallahu ‘anh.

Apakah bacaan bilal selepas rakaat kedua dalam Tarawih 20 rakaat?

Bilal memulakan dengan Fadhlan minallahi wa ni’mah, dan makmum menyambung Wa maghfiratan wa rahmah, la ilaha illallahu wahdahu…. Kemudian bilal berselawat dua kali dan menutup dengan Al-badrul munir Muhammad, sollu ‘alaih. Bacaan yang sama diulang selepas rakaat 6, 10, 14 dan 18.

Apakah yang dibaca selepas rakaat ke-20?

Selepas salam rakaat ke-20, imam membaca Doa Kamilin dan makmum mengaminkannya. Kemudian bilal menyeru solat Witir.

Sahkah Tarawih 20 rakaat tanpa selawat bilal?

Sah. Selawat dan seruan bilal bukan sebahagian daripada solat. Ia zikir yang harus untuk mengisi waktu rehat di antara rakaat, dan susunannya boleh berbeza mengikut masjid.

Bagaimana jemaah tahu sudah berapa rakaat dikerjakan?

Perhatikan seruan bilal. Fadhlan minallahi wa ni’mah dibaca selepas rakaat 2, 6, 10, 14 dan 18, manakala Subhanal malikil ma’bud serta taradhi dibaca selepas rakaat 4, 8, 12 dan 16. Nama khalifah yang disebut menunjukkan pusingan keberapa.

Kulit PDF Selawat Tarawih 20 Rakaat, Edisi Ramadan 1448H

Edisi Ramadan 1448H

Muat Turun Panduan Bacaan Bilal Tarawih (PDF)

Percuma. Masukkan nama dan emel anda, dan PDF akan dihantar terus ke peti masuk anda.

  • Arab, rumi dan maksud bagi setiap bacaan bilal, makmum dan imam
  • Susunan penuh 20 rakaat, berserta Doa Kamilin, seruan Witir dan doa penutup
  • Saiz A5 dan A4, siap dengan kad rujukan pantas untuk dibawa ke masjid






Privasi anda menjadi keutamaan kami. Kami tidak bertoleransi dengan sebarang spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Penutup

Dua puluh rakaat terasa panjang, tetapi seruan bilal di antara rakaat menjadikannya teratur dan hidup dengan zikir. Ikutilah bacaan ini bersama jemaah, dan bacalah apa yang anda mampu.

Semoga Ramadan kita diisi dengan qiyam yang diterima.

Panduan berkaitanSelawat Solat Tarawih: Bacaan Bilal, Imam & MakmumSusunan 8 rakaat, maksud setiap lafaz, dalil dan hukum seruan bilal

Panduan berkaitanSolat Tarawih: Niat, Cara dan DoaCara solat Tarawih di rumah dan di masjid, langkah demi langkah

Nota Kaki & Rujukan

  1. Jabatan Mufti Negeri Perak menyatakan: “Harus hukumnya perbuatan berselawat di antara dua rakaat solat Tarawikh namun diingatkan agar tidak menganggap amalan tersebut sebagai sunnah”, dengan menukilkan Ibn Ḥajar al-Haitamī (al-Fatāwā al-Fiqhiyyah al-Kubrā, 1/266) bahawa ia menjadi bid‘ah jika dilakukan dengan iktikad ia sunnah khusus pada tempat itu. Panduan Sembahyang Sunat Tarawih terbitan JAKIM turut memuatkan susunan bacaan bilal dan jawapan jemaah. Sebahagian ulama, antaranya Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, berpandangan tiada bacaan khusus yang disyariatkan di antara rakaat Tarawih. Rujuk: Kemusykilan Berkenaan Isu-Isu Dalam Bulan Ramadan, Jabatan Mufti Negeri Perak. [Pautan 1] [Pautan 2] [Pautan 3] ↩︎
  2. Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ membaca dalam rukuk dan sujud baginda: «سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ». Riwayat Muslim (no. 487). Perkataan rabbunā dalam bacaan makmum ialah tambahan dalam lafaz yang diamalkan di Nusantara. [Pautan] ↩︎
  3. Sebahagian lafaz doa ini diambil daripada doa yang diajarkan Nabi ﷺ kepada Aisyah RA untuk malam al-Qadr: «اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي». Riwayat al-Tirmizi (no. 3513) dan Ibn Majah (no. 3850). Perkataan karīm tidak terdapat dalam riwayat yang sahih; ia sebahagian daripada lafaz doa yang diamalkan, bukan lafaz hadis. [Pautan] ↩︎
  4. Doa Kamilin bukan lafaz hadis Nabi ﷺ. Ia ialah doa pilihan yang disusun dan diamalkan oleh ulama Nusantara selepas solat Tarawih, dan dinamakan “Kamilin” sempena permulaannya yang memohon agar kita dijadikan orang yang sempurna iman. Doa ini dimuatkan antara lain dalam kitab Maslak al-Akhyār karya Sayyid ‘Uṡmān bin Yaḥyā dan kitab Majmū‘ah Maqrū’āt Yaumiyyah wa Usbū‘iyyah susunan KH Muhammad bin Abdullah Faqih (Langitan). Isinya ialah permohonan kebaikan yang umum, maka ia baik dibaca selepas Tarawih, sama ada berjemaah atau bersendirian. [Pautan] ↩︎
  5. Imam al-Nawawī menyebut bahawa menurut nas al-Syafi’e dan pendapat yang masyhur dalam mazhab, qunut dibaca pada rakaat terakhir Witir dalam separuh akhir bulan Ramadan: «يقنت في الركعة الآخرة من صلاة الوتر في النصف الأخير من شهر رمضان». Panduan JAKIM menetapkannya mulai malam ke-16 Ramadan. Rujuk: al-Nawawī, al-Majmū‘ Syarḥ al-Muhażżab (4/15). [Pautan] ↩︎
  6. Rasulullah ﷺ bersabda: «مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ» (Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya). Riwayat Abu Daud (no. 2454) dan al-Tirmizi (no. 730). Dalam mazhab Syafi’e, niat puasa Ramadan diperbaharui pada setiap malam. [Pautan] ↩︎
KongsiWhatsAppTelegramFacebook

Ditulis oleh

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam. Menulis panduan ibadah sejak 2010, dengan bahasa yang mudah dan rujukan yang disemak.

اِقْرَأْ أَيْضًا

Bacaan Berkaitan

Dipilih berdasarkan isi artikel ini

تَزْكِيَةُ النَّفْسِ

Siri Tazkiyah

Peringatan ringkas untuk hati, terus ke e-mel anda. Percuma, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Tiada spam. Maklumat anda tidak dikongsi.

37 Komen

    • Waalaikumussalam Dani 😊

      Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana sudi berkongsi salam dari Sumatera. Saya gembira bila tahu panduan ini membantu Dani.

      Semoga Allah permudahkan urusan ibadah Dani, beri kefahaman yang baik, dan kurniakan istiqamah dalam solat. Kalau ada mana-mana bahagian bacaan/tertib yang masih keliru, tulis saja di sini—insya-Allah saya cuba bantu setakat yang termampu.

      Wallahu a’lam.

      Balas
  1. Wassalam.

    Isikan nama dan emel tuan pada kekotak di atas.
    Sistem kami akan hantar terus ke inbox secara automatik

    Balas
    • Wassalam.

      Isikan nama dan emel tuan pada kekotak di atas.
      Sistem kami akan hantar terus ke inbox secara automatik

      Balas
  2. Terima Kasih atas ilmunya… Sangat bermanafaat..semoga tuan dan keluarga sentiasa dalam rahmat dan redha kasih Allah swt..

    Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih atas kata-kata yang begitu menyentuh hati dan penuh doa kebaikan.

      Saya amat menghargainya dan turut mendoakan agar puan serta keluarga sentiasa dalam limpahan rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT. Semoga ilmu yang dikongsi terus memberi manfaat berpanjangan.

      Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

      Balas
      • Assalammualaikum wbt , saya nak tanya tadi saya dah beri email berserta apa yang di minta untuk dowload pdf ini , dan alhamdulillah link pdf tersebut sampai di email saya , lalu soalan saya macam mana nak dowload pdf ini sebab yang saya dapat di email cuma link pdf tapi tak ada tulisan dowload ? maaf ustaz saya kurang tahu boleh bagi langkah cara cara dowload ?

        Balas
        • Waalaikumussalam wbt.

          Alhamdulillah, mudah sahaja 😊
          Tuan klik sahaja link PDF yang ada dalam emel itu (biasanya akan terbuka di browser).

          Lepas PDF terbuka, tuan boleh download dengan salah satu cara berikut:

          1. Cari ikon Download (biasanya gambar anak panah ⬇️) di bahagian atas kanan paparan PDF, kemudian tekan.
          2. Jika tak nampak ikon, tekan menu “⋮” (tiga titik) di penjuru kanan (atau menu browser), kemudian pilih Download.
          3. Alternatif: klik kanan pada PDF → pilih Save as.

          Kalau tuan beritahu tuan buka guna telefon (Android/iPhone) atau laptop/PC, saya boleh tuliskan langkah yang paling tepat ikut peranti tuan. 🙂

          Balas
    • Sama-sama! Semoga Allah memberkati dan membalas kebaikan tuan juga. 😊✨

      Balas
  3. Sangat bermanafaat..semoga tuan dan keluarga sentiasa dalam rahmat dan redha kasih Allah swt

    Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih atas doa yang baik. Semoga tuan dan keluarga juga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. 🤲😊

      Balas
  4. Terbaik terima kasih banyak sebab membantu saya menunaikan solat tarawih seorang diri dirumah semoga Allah saja yang dapat membalas semua kebaikan awak dan dipermudahkan segala urusan awak sekeluarga amin ya robal alamin

    Balas
    • Alhamdulillah sama-sama. Gembira saya mengetahuinya.

      Terima kasih juga atas maklumbalas yang diberikan dan doa yang dititipkan tersebut ツ

      Balas
  5. Alhamdulliah ya allah terima kasih tuan.. Hnya Allah dpt balas jasa baik tuan. Dh bertahun2 sy berpandukan info tuan setiap kali solat terawih di rumah. Semoga Allah makbulkan doa dan impian tuan.

    Balas
    • Subhanallah, terasa sangat mengharukan mendengar ucapan terima kasih dan doa dari puan. Sungguh, hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan. Saya sangat bersyukur mengetahui informasi yang saya sampaikan selama ini dapat membantu puan, terutamanya dalam melaksanakan solat Terawih di rumah. Ini semua mengingatkan saya tentang kepentingan berkongsi ilmu dan kebaikan dengan sesama kita.

      Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita, membuka hati kita kepada segala kebaikan, dan menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang selalu bersyukur serta sabar menghadapi segala dugaan. Aamiin.

      Balas
  6. T.kasih..Alhamdulillah…seigt saya dh 3 thn berpandukan info dari Tuan. Semoga bertemu lgi Ramadhan akn2 dtg. T.kasih sedare.

    Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih atas kata-kata yang baik dan sokongan anda selama ini. Saya juga berharap kita dapat bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang dan terus berkongsi ilmu serta informasi yang bermanfaat.

      Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan memberkati usaha kita semua. ツ

      Balas
  7. Alhamdulillah. Terima kasih tuan atas perkongsian. Mohon izin digunakan sepanjang Ramadhan.

    Balas
    • Ya silakan. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat. Semoga Ramadhan ini menjadi bulan yang penuh berkah, keampunan, dan peningkatan iman bagi kita semua. ツ

      Balas
  8. Jazakallah Khairan Katsiira
    Semoga Allah SWT mengurniakan kebaikan yg byk dunia & akhirat pd Tuan Penulis (dan kita semua)
    Hampir setiap tahun ambo guna utk refresh.

    Balas
    • Amin, terima kasih atas kata-kata doa baik tuan.

      Semoga Allah SWT juga mengurniakan kepada tuan dan semua pembaca kebaikan yang melimpah ruah di dunia dan akhirat, serta memberikan kita kekuatan, kesabaran, dan keistiqamahan dalam mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya.

      Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dan semoga Ramadhan yang akan datang menjadi momen untuk kita semua meningkatkan taqwa kepada-Nya. Amin. ツ

      Balas
  9. assalammualaikum tuan.. izinkan sy print utk di letakan di surau kg sy

    Balas
  10. Alhamdulillah terima kasih..sangat membantu ☺️

    Balas

Kongsi pandangan atau soalan anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.