Menyelusuri Hidup Seorang Muallaf

muallaf
Muallaf | A Muslim Egg by Nayzak

 

Menyelusuri Hidup seorang muallaf

Kadang-kadang kenangan masa silam akan membuatkan kita merasa rendah diri, apatah lagi kenangan itu pahit untuk dikenang perit untuk ditelan. Adakalanya, terlintas jua difikiran, mengapa aku yang perlu mengalaminya?

Di saat minda sukar untuk mencerna segala inti yang terkandung disebalik kesakitan yang dialami, hinggakan tanpa kita sedari kita merungut tentang takdir yang Allah telah berikan.

Saya pernah merungut dan berkeluh kesah dengan takdir yang Allah,saya hidup bahagia namun apakah makna bahagia itu tanpa mengenal Tuhan yang Esa.

Saya seorang muallaf, Dilahirkan dalam keluarga yang baru mengenal Islam merupakan cabaran besar lagi hebat. Namun saya tidak pernah menyalahkan keluarga jikalau mereka terlepas pandang dalam membimbing kami cara Islam.

Mereka juga masih mencari arah dan hala tuju setelah memeluk Islam. Mereka juga baru belajar tentang agama yang baru dianuti ini, yang pastinya agam ALLAH.

Bertahun-tahun hidup statusnya sebagai seorang Islam, namun saya tidak pernah tahu, Islam itu agama yang bagaimana sebenarnya?

Baca Sepenuhnya

4 Cara Menghadapi Manusia Yang Iri Hati Dengan Kita

Iri Hati
Iri Hati | Envy by eXcer

Mempunyai kelebihan merupakan suatu kurniaan Allah yang patut di syukuri.

Namun itu, tidaklah menjamin membuatkan orang atau sahabat disekeliling kita menjadi suka akan kelebihan kita itu.

Kadangkala kelebihan yang dimiliki seseorang menjadi sasaran kedengkian dan iri hati orang di sekitar hidup kita.

Sifat buruk ini boleh terjadi pada setiap manusia dalam pelbagai perkara.

Antara lain, perasaan Iri hati kepada jiran setaman yang mempunyai kereta baru, iri hati kepada rakan sepejabat yang lebih berjaya, teman yang lebih bijak, bergaya, rupa yang cantik atau kacak.

Dan lain perkara lagi.

Pada artikel ini, Insyaallah saya ada beberapa tips yang boleh dilakukan dalam menghadapi manusia-manusia  yang iri hati kepada kita.

Baca Sepenuhnya

11 Cara Berkesan Untuk Menjaga Hati Ibu Bapa

Menjaga Hati Ibu Bapa
Menjaga Hati Ibu Bapa | When we were young by BlackJack0919

Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?

Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka?

Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.

Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.

Kita mesti mengetahui cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mempraktikkannya daripada awal.

Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan dibawa sehingga bila-bila nanti.

Pada kali ini marilah kita membicarakan bagaimana cara untuk menjaga hati bapa kita secara berkesan, seterusnya mewujukan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Baca Sepenuhnya

Memohon pertolongan Allah Apabila Kita Belum Mendapat Pengganti

Pertolongan Allah
Bersabar Menunggu Pertolongan Allah | Lantern of Hope by AndreeaArsene

Tertekan kerana belum mendapat pengganti?

— Rasanya tidak perlu.

Mengapa perlu tertekan hanya kerana ditolak oleh si dia yang pernah kita minati?

Hadapilah perkara ini dengan wajar dan mohonlah pertolongan daripada Allah s.w.t.

Adakalanya tekanan wujud bukan kerana masalah, tetapi kerana kita belum bersedia menerima kenyataan.

Seorang muslim yang beriman, tidak perlu berasa tertekan.

Apatah lagi menjadi seakan gila disebabkan masalah seperti ini. Seolah-olah dunia menjadi sempit.

Padahal, dunia ini masih luas terbentang. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan.

Bukan mahu memperkecilkan masalah.

Tetapi sering kali yang membuatkan masalah menjadi berat bukan kerana masalah itu sendiri, tetapi kerana kesilapan kita dalam menguruskan masalah itu.

 

Oleh itu, cukup-cukuplah kita semua dimainkan oleh perasaan sendiri.

Walaupun sudah dirawat dengan pelbagai nasihat, apabila tiada kemahuan bagi menghilangkan tekanan itu, ia tidak hilang.

Walaupun sudah membaca buku-buku berkenaan cara menguruskan stress, apabila tiada kemahuan bagi mengatasinya, tekanan pasti bertambah.

Oleh itu, semuanya terserah kepada diri masing-masing.

Baca Sepenuhnya

Penyakit Susah Hati Dengan Kesenangan Orang Lain

susah hati
Susah Hati | ketchup by ~mervan

Apakah saudara dan rakan-rakan kita  terselamat daripada prasangka, perkataan dan perbuatan kita?

Dalam kitab Risalah al-Qusyairiah diceritakan bahawa Sufyan bin al-Husayn pernah suatu ketika duduk bersama Iyas bin Muawiyyah. Pada suatu ketika, Sufyan menyebut keburukan seseorang yang tidak ada di situ bersama mereka.

Maka Iyas bertanya kepadanya, “Apakah kamu mengambil bahagian dalam jihad melawan orang Turki ( yang ketika itu belum memeluk Islam dan memerangi kaum Muslimin) dan orang-orang Bizantin pada tahun ini?”

“Tidak, saya tidak melakukannya,” jawabnya

“Kalau begitu, orang Turki dan Bizantin (musuhmu) aman daripada mu, manakala saudaramu yang muslim ini tidak,”

Baca Sepenuhnya