Mari Belajar Mengucapkan Selamat Tinggal Masa Lalu

Masa lalu
Selamat tinggal masa lalu | The Chair Project by *uglybug

Ramai yang berkata, dunia adalah satu pentas teater.

Ya, Satu pentas teater yang pengarah tungal untuk pentas teater itu adalah tidak lain tidak bukan Allah SWT.

Dalam pentas teater ini, setiap orang memainkan peranan masing-masing.

Ada yang memainkan peranan sebagai orang kaya, miskin, jahat, baik gembira dan sedih.

Jalan cerita yang sudah diatur lengkap dan kemas dalam kitab mulia Al-Quran.

 

Apa Hubungannya Dengan Kehidupan Kita?

Semua kejadian yang menimpa kita, seperti kegagalan bercinta ataupun kepahitan yang kita alami, secara dasarnya sudah tertulis alur ceritanya.

Masalah akan menjadi ringan sekiranya kita selalu menganggap dunia hanyalah pentas teater, tempat orang memainkan peranan masing-masing, bersesuaian dengan jalan ceritanya.

Baca Sepenuhnya

Membaca Bukan Kerana Ingin Bijak, Tetapi..

membaca
Membaca | reading by ~ravenngo

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Di rumah, atau di kediaman kita, mahupun di bilik peribadi kita, adakah terdapatnya bahan-bahan bacaan?

Tidak kisah ianya jenis yang bagaimana, rupa yang bagaimana, isi yang bagaimana, tajuk yang bagaimana, rupa yang bagaimana. Umumnya, bahan-bahan seperti ini ada. Wujud.

Dan sekalipun ianya tidaklah banyak berbondong-bondong seperti sebuah gedung, mahupun sebuah kilang besi buruk, adalah memadai walau ianya sedikit, ataupun kecil.

Untuk mewujudkan satu situasi yang membolehkan kita membaca, bahan-bahan bacaan tidak seharusnya kita mengabaikannya, meminggirkannya dalam kehidupan harian kita.

Bukan kerana kita kanak-kanak.

Bukan kerana pelajar.

Dan bukan kerana tidak matang.

Setiap individu harus ada rasa tanggungjawab dalam membaca.

Membaca bukan kerana ingin bijak. Tetapi, membaca itu mengajak diri kita supaya keluar, dan tinggalkan alam kejahilan, dunia hitam.

Baca Sepenuhnya

Membudayakan Pemakaian Tudung Sejak Dari Usia Kanak-kanak

tudung kanak-kanak online
tudung kanak-kanak online | umbrella girl
by ~semuwasayangthia

Setuju tak kalau saya katakan bahawa wanita kelihatan lebih anggun apabila bertudung?

Benar, sememangnya wanita yang mengenakan tudung akan kelihatan sangat cantik dan sopan. Walaupun seseorang wanita itu tidak memakai tudung, keayuan wajahnya akan lebih terserlah bila bertudung.

tudung kanak-kanak online.Pernah lihat gambar pengecara popular, Wardina Saffiyah sebelum dan selepas bertudung? Jujur, dia kelihatan lebih anggun apabila bertudung. Kelihatan lebih tenang. Itu cuma salah satu contoh..

Mungkin kita boleh melihat contoh selebriti lain yang sudah bertudung seperti Irma Hasmie dan Abby Abadi. – mereka kelihatan lebih matang, ayu, tenang dan anggun.

Pastinya wanita yang bertudung lebih “dihormati” dan disegani oleh kaum lelaki mahupun oleh wanita sendiri.

Baca Sepenuhnya

Mari Memulakan Hari Tanpa Perasaan Tidak Tenang

Perasaan Tidak Tenang
Perasaan Tidak Tenang | Stress by ~CMCricket

Kicauan burung mengajarkan kita cara memulai hari, dengan kicauan merdunya tanda mereka memulai hari dengan syukur dan memuji kebesaran Allah swt.

Antara kita dan burung, bukan siapa yang lebih hebat untuk terbang, ini juga bukan urusan tentang siapa yang lebih pintar, dan juga bukan siapa yang lebih sempurna.

Tetapi, siapa yang lebih bersyukur atas nikmat yang diberikan Sang Pencipta kepada dua makhluk ini.

 “Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” 

– QS. Annur: 41

Bersyukur dan bersyukur, memulai hari dengan memuji kebesaran Allah, insya Allah hari-hari kita akan dipenuhi kebahagiaan dan ketenangan. Jauh dari yang namanya perasaan tidak tenang.

Baca Sepenuhnya

Usah Bersedih Jika Anda Belum Berpunya

 berpunya
Sudah berpunya ke belum?

 

Ketika ramai rakan di sekeliling anda mempunyai teman di sisi, anda masih sendiri meniti hari yang mendatang.

Tipulah jika tiada rasa cemburu kan?

Kerana fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai.

Jika anda masih bersendirian, jangan bersedih.

 

Kadang-kadang terlintas di fikiran kita:

“Bahagianya dicintai dan mencintai. Bilalah aku nak rasa macam tu”

“Kenapalah orang lain dah berteman? Aku seorang je yang single”

“Aku ni tak cantik/kacak ke sampai tak ada orang pun nak jatuh cinta dengan aku”

“Tuhan tak sayang aku agaknya. Sebab tu dia tak bagi aku pakwe / makwe macam kawan-kawan aku tu”

Bila kita bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang kita.

Sebab Allah sayang kitalah, dia beri kita masa untuk bersendirian.

Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian.

Baca Sepenuhnya