Memohon pertolongan Allah Apabila Kita Belum Mendapat Pengganti

Pertolongan Allah
Bersabar Menunggu Pertolongan Allah | Lantern of Hope by AndreeaArsene

Tertekan kerana belum mendapat pengganti?

— Rasanya tidak perlu.

Mengapa perlu tertekan hanya kerana ditolak oleh si dia yang pernah kita minati?

Hadapilah perkara ini dengan wajar dan mohonlah pertolongan daripada Allah s.w.t.

Adakalanya tekanan wujud bukan kerana masalah, tetapi kerana kita belum bersedia menerima kenyataan.

Seorang muslim yang beriman, tidak perlu berasa tertekan.

Apatah lagi menjadi seakan gila disebabkan masalah seperti ini. Seolah-olah dunia menjadi sempit.

Padahal, dunia ini masih luas terbentang. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan.

Bukan mahu memperkecilkan masalah.

Tetapi sering kali yang membuatkan masalah menjadi berat bukan kerana masalah itu sendiri, tetapi kerana kesilapan kita dalam menguruskan masalah itu.

 

Oleh itu, cukup-cukuplah kita semua dimainkan oleh perasaan sendiri.

Walaupun sudah dirawat dengan pelbagai nasihat, apabila tiada kemahuan bagi menghilangkan tekanan itu, ia tidak hilang.

Walaupun sudah membaca buku-buku berkenaan cara menguruskan stress, apabila tiada kemahuan bagi mengatasinya, tekanan pasti bertambah.

Oleh itu, semuanya terserah kepada diri masing-masing.

Apa yang perlu disemat dalam hati adalah, Allah tidak memberikan beban kepada seseorang, melebihi batas kemampuannya.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung seksaan daripada kejahatan yang diusahakannya.

– Surah Al Baqarah, ayat 286

Lantas, mengapa ada yang menjadi seakan gila kerana cinta ditolak?

Adakah itu bererti Allah SWT memberikan beban di luar kesanggupan hamba-Nya? Adakah Allah lalai pada janji-Nya?

Beban bagi manusia ada ukuran masing-masing.

Semua masalah dan liku-liku kehidupan ini sesuai dengan kadarnya. Allah tidak pernah lalai kepada hamba-Nya.

Hanya manusia yang kurang sabar menunggu tibanya pertolongan Allah SWT.

Allah menyoal,

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat

– Surah Al-Baqarah, ayat 214

Di sini, unsur keimanan memainkan peranan penting.

Bagi yang masih memiliki iman, jangan berasa tertekan. Yakin pertolongan Allah pasti datang.

 

Cuba Perhatikan Seutas Tali.

Apabila sudah mencapai tahap regangan maksimum, tali itu pasti terputus.

Ini bermakna, serumit dan seberat mana pun masalah yang kita hadapi, apabila sudah mencapai pada hadnya, pertolongan pasti tiba.

Mungkin cepat, mungkin lambat. Mungkin pada waktu itu juga, atau pun mungkin ditunda.

Sama seperti doa yang kita panjatkan, semua pasti didengari Allah.

Jangankan suara kita, suara semut hitam pada tengah malam dan di atas batu hitam pun didengar oleh Allah.

Dia Maha Adil. Ada doa yang dimakbulkan pada waktu yang diminta, ada yang ditunda demi kebaikan. Ada juga doa yang tidak diterima disebabkan kekurangan syarat.

Tiada yang salah dengan perancangan-Nya.

Mulakan dengan berperasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan.

Berusahalah memperbaiki diri setiap hari, teruskan memperbaiki kekurangan yang ada pada diri dan jangan berhenti sehingga keperibadian kita menjadi lebih berkualiti.

 Allah lebih memahami perkara yang menjadi gelojak hati kita, melebihi diri kita sendiri.

Kepahitan bukannya untuk dikemam di dalam mulut, apatah lagi dimuntahkan. Kepahitan perlu ditelan sebagai ubat yang menyihatkan.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
khusyairi
2 tahun yang lalu

saya suka ulasan ni ..”Tetapi sering kali yang membuatkan masalah menjadi berat bukan kerana masalah itu sendiri, tetapi kerana kesilapan kita dalam menguruskan masalah itu.”

Last edited 2 tahun yang lalu by khusyairi
Annisa'
6 tahun yang lalu

Sy baru shja berjinak nak merubah diri..baru mula berhijab sempurna(sblm ni tak ckup syarat)..
Baru aja dua mggu Allah hadirkan seorang lelaki mengetuk pintu hati..5 tahun tak pernah lalai dgn ccinta manusia,sy tewas dgn lelaki itu..
Segala yg dia pinta sy cuba turutkan..
Sampai tahap keluar dating..makan sepinggan..minum secawan..
Macam2 lagi tak terhitung dosa..
Semuanya tak pernah sy lakukan dgn mana2 ajnabi..
Baru seminggu lepas Allah bukak belang si dia..
Rupanya sy hanya simpanan kala bosan dek kerana buah hatinya jauh di tanah air..

Terima kasih atas artikel ini.
Mohon doakan sy kuat..sgguh sy rasa teranat berdosa..sampaikan sy rasa perlu mati.

Azidie Rahim
6 tahun yang lalu

Article nie banyak membanty saya..terima kasih kepada penulisnya..

Audra
8 tahun yang lalu

sesunnguhnya Allah bersama dengan org2 yang sabar dan sentiasa mengadu dgnnya, Ye betul istiqamah lah dengan ibadah yang kita lakukan hanya kerana ALLAH semata. Allah sentiasa ada untuk kita, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH. Dan jangan pernah jauh dengan rahmat ALLAH… :) Love ALLAH Miss Nabi Muhammad.

FindawaytoEscape
8 tahun yang lalu

salam pembaca blog..sye ad p’tnyaan..

kwn sye bru jew putus dgan kekasih dye..dan skrang dye lamar sye as his girlfrenz
sye x bleh trima dye sbab kmi dh lma b’kwn baik….sye syg dye as frenz…

tpi pda msa yg sma sye tkutdye patah hati….
Dan bnda nie mungkin merosakkan p’hubungan pershbatan kmi….

so, sesiapa yg prihatin mengenai msalahh sye nie…kongsilah nsihat dgn sye yeaaa…

yp.assalam
9 tahun yang lalu

Kami dari yayasan assalam, yayasan yang membina dan memberikan pendidikan tanpa biaya kepada anak anak yatim-piatu dan anak anak yang tidak mampu/putus sekolah. Berdiri sejak tahun 2007. Memiliki pondok tempat tinggal siswa yatim-piatu. Dan ruang untuk belajar jenjang SD dan SMP.
Saat ini siswa kami terus bertambah, dan kebutuhan pun semakin meningkat. Kami memiliki 132 anak jenjang SD dan 80 anak jenjang SMP. Telah banyak usaha yang kami lakukan untuk terus meningkatkan pendidikan dan tempat tinggal kepada seluruh siswa kami.
Dengan ini kami memohon bantuan kepada seluruh pembaca, dan pengguna internet di manapun berada. Mohon kiranya dapat turut membantu kami memberikan pendidikan yang layak kepada anak-anak yatim-piatu dan juga anak-anak yang memiliki keluarga tidak mampu. Kami mohon uluran bantuan dari saudara-saudara sekiranya dapat memberikan sumbangan se ikhlasnya. Berapapun jumlah nya walaupun hanya 1000 rupiah. Seberapapun itu niat dan keikhlasan saudara-saudara sangat membantu kami.
Untuk mengetahui lebih jauh tentang yayasan kami dan gambaran juga fhoto-fhoto fisik yayasan kami, silakan kirim email kepada kami. [email protected]. Dan untuk menyalurkan bantuan anda silakan kirim ke nomor rekening kami : 114-00-0775062-6 (Bank Mandiri) Sebelumnya kami haturkan banyak terima kasih

nur
9 tahun yang lalu

Assalamualaikum..boleh mintak pendapat?..perlu ke kita meluahkan atau bertanya pada sesorang yang membuat kita keliru atau kita teruskan untuk pendam..bimbang kalau diluahkan..menjadi lain..

Cikti
Reply to  nur
5 tahun yang lalu

Luahkan apa yg terpendam di hati.Kalau tak diluah takut kita yg kerana sendiri

zr
9 tahun yang lalu

Allah maha mengetahui setiap yg di langit & di bumi..

faizal
9 tahun yang lalu

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Dia Uji kita kerana Sayangkan kita

returnofinbestman
9 tahun yang lalu

MOHON LAUAN:

Saham Akhirat Yang Paling Mudah

” Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui. ” – (Surah Al-Baqarah: Ayat 261)

Niat:
Sahaja aku bersedekah RM10.00 untuk kebajikan kawan-kawan dan diri sendiri kerana Allah

Kemana wang itu pergi:
10% dari RM10.00 untuk kos pengurusan
90% dari RM10.00 untuk dana tunai

Ganjaran:
1. Pahala niat bersedekah kerana Allah
2. InsyaAllah ganjaran tunai yang akan diagihkan oleh pihak pengurusan antara RM1.00 – RM20,000.00 dalam tempoh masa yang tidak dijanjikan.

Cara dan Peraturan:
Tunai atau Masukkan Dalam Bank:
Maybank: 553010590734 Jaya Resources
SMS ke 01129711100 butiran bayaran tarikh dan masa serta nama mykad alamat no akaun bank sendiri dan no telefon

Berdoa Supaya Anda Dimudahkan Rezeki

KETERANGAN RENGKAS

Seperti yang diketahui secara amnya sedekah atau infak dalam pelbagai bentuk adalah suatu perkara yang sangat dituntut oleh Islam untuk kebaikan diri sendiri dan pihak lain yang memerlukan. Kita telah melakukan semua itu dari masa ke semasa dengan cara dan pilihan masing-masing.

TR Jaya Resources mengambil langkah sendiri untuk menyuburkan amalan sedekah atau infak ini tanpa merubah niat dan tujuannya Bagaimanapun pilihan dan cara yang kami lakukan ialah seperti berikut:

Mengumpul sedekah/infak tunai wang ringgit dari semua pihak yang ingin berbuat demikian secara sukarela – RM10.00 untuk satu unit atau satu nama
10% akan digunakan sebagai kos pengurusan
90% akan diagihkan

Pengagihan akan dibuat secara rambang atu giliran atau lain-lain kaedah tetapi akan dipastikan setiap yang memberi sumbangan akan mendapat untuk dirinya sendiri pada kadar tertentu (minima RM1.00) pada masa dan tempoh yang tidak dijanjikan

Apabila seseorang telah mendapat gnjaran tunai, namanya untuk satu unit akan dikeluarkan bagi memberi peluang kepada orang lain pula untuk menerimanya.

Apabila seseorang menerimanya ada dua hakikat penting:
1. Itu adalah sumbangan dari orang ramai dan diri sendiri juga
2. Niat orang bersedekah telah sampai

Sejauh mana ketelusan kami dalam soal pengagihan ini:
Jangan lupa niat anda adalah untuk bersedekah – rujuk Surah Al-Baqarah: Ayat 261 seperti di atas.
Kami yang menguruskan juga mempunyai niat yang sama dan memikul amanahnya, jika kami seleweng atau tidak amanah – Allah jua yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Nasihat:
Adalah disyorkan anda tidak pertikaikan kerana takut hilang niat sedekah tadi dan jalan terbaik ialah jangan menyertai program ini jika ada keraguan supaya kita tidak terlibat dalam golongan yang berbalah.

# Satu program yang aku rasa relevan dengan maksud dan tujuan dan mungkin boleh menjadi satu agenda menguatkan ekonomni ummah. Jangan pandang rendah pada kekuatan RM10 dan jika ia melibatkan jutaan umat Islam di Malaysia dan dunia – ia sesuatu yang sangat hebat jom kita sebarkan – komen dari salah seorang peserta
AKU DOAKAN PROGRAM INI BERJAYA – INSYAALLAH.