NIAT & CARA SOLAT SUNAT AIDILADHA (Panduan Lengkap)

Panduan Solat Sunat Aidiladha

Ini adalah panduan lengkap Solat Sunat Aidiladha (langkah demi langkah)

Panduan ini ditulis khusus untuk membantu anda melaksanakan Solat Sunat Raya Aidiladha dengan betul, termasuk niat, bacaan, dan cara pelaksanaannya. Setiap bacaan disertakan dengan transliterasi Rumi serta Audio, sesuai untuk mereka yang kurang mahir membaca tulisan Jawi atau Arab.

Teruskan membaca untuk mengikuti panduan lengkap ini dan pelajari cara melaksanakan Solat Sunat Aidiladha dengan sempurna.

Aidiladha, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Eid al-Adha dalam bahasa Arab, merupakan salah satu perayaan terbesar dalam Islam yang disambut oleh muslim di seluruh dunia.

Perkataan “Aidiladha” berasal daripada gabungan dua perkataan Arab:

  • Eid (عيد) yang bermaksud perayaan atau festival.
  • Al-Adha (الأضحى) yang bermaksud korban atau pengorbanan.

Secara literal, Aidiladha bermaksud “Perayaan Pengorbanan”. Ia memperingati kisah keimanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S, sebagai ujian ketakwaan. Pada saat-saat akhir, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas1 sebagai tanda rahmat dan penghargaan terhadap ketaatan Nabi Ibrahim.

Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah, selepas berakhirnya wukuf di Arafah, iaitu kemuncak kepada ibadah haji. Hari ini juga menandakan peringatan bagi seluruh umat Islam mengenai pentingnya pengorbanan, ketaatan, dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Sebagai tanda penghormatan dan menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim, umat Islam yang berkemampuan dianjurkan untuk melaksanakan ibadah korban. Mereka menyembelih haiwan seperti kambing, lembu, atau unta, dan dagingnya diagihkan kepada golongan fakir miskin, keluarga, serta sahabat handai. Ibadah korban ini melambangkan keikhlasan dalam memberi dan semangat bantu-membantu dalam masyarakat.

Hukum melaksanakan Solat Sunat Aidiladha adalah sunat muakkad bagi setiap Muslim, sama ada lelaki atau wanita. Sunat muakkad bermaksud amalan ini sangat dituntut dan tidak seharusnya ditinggalkan melainkan ada sebab yang kukuh. Ia adalah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat secara konsisten.

Dalil mengenai Solat Sunat Aidiladha dapat ditemui dalam beberapa ayat Al-Quran. Salah satu dalil yang sering dirujuk adalah dari Surah Al-Kauthar, ayat 2:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

Ayat ini menyeru umat Islam agar mendirikan solat dan melakukan korban sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T. Perintah untuk solat dalam ayat ini difahami oleh para ulama sebagai perintah untuk mendirikan solat hari raya, termasuk Solat Sunat Aidiladha.

Oleh kerana ibadah korban juga disebut dalam ayat ini, ia mengukuhkan kaitan antara Aidiladha dan solat ini sebagai ibadah yang perlu dilakukan bagi menzahirkan rasa syukur dan ketaatan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir R.A, Nabi S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya yang pertama kali kita mulakan pada hari ini ialah solat, kemudian kita pulang dan menyembelih (korban). Barang siapa yang melakukan demikian, maka dia telah mengikut sunnah kami.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa solat ini adalah amalan penting pada pagi Aidiladha dan seharusnya didahulukan sebelum melakukan ibadah korban. Para ulama juga sepakat bahawa solat ini amat dianjurkan untuk dilaksanakan secara berjemaah bagi menzahirkan syiar Islam dan mewujudkan kesatuan umat.

Solat Sunat Aidiladha boleh dilaksanakan selepas terbit matahari, iaitu lebih kurang 20 minit selepas syuruk, sehingga sebelum masuk waktu Zuhur.

Ini berdasarkan amalan Rasulullah SAW yang menunggu sehingga matahari terbit sebelum menunaikan solat hari raya. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Busr RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW keluar bersama kami pada dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha), dan solat didirikan apabila matahari naik sekadar dua tombak.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Berdasarkan waktu terbit matahari di Malaysia, terdapat perbezaan kecil antara waktu di Semenanjung dan di Sabah serta Sarawak.

  • Semenanjung Malaysia. Waktu terbaik untuk memulakan solat Aidiladha adalah sekitar jam 8:00 pagi, selepas matahari naik setinggi satu tombak (15-20 minit selepas terbit matahari). Solat pada waktu ini adalah afdal, menepati sunnah Rasulullah S.A.W yang menunjukkan keutamaan mendirikan solat pada awal waktu.
  • Sabah dan Sarawak. Di Sabah, matahari terbit lebih awal, sekitar jam 6:00 hingga 6:10 pagi, manakala di Sarawak, seperti Kuching, waktu terbit matahari sekitar jam 6:25 hingga 6:40 pagi. Oleh itu, waktu solat Aidiladha di Sabah dan Sarawak boleh dimulakan lebih awal, kira-kira antara jam 7:30 hingga 8:00 pagi, bergantung kepada lokasi spesifik.

Waktu Terbaik dan Waktu Akhir Solat

  • Waktu paling afdal untuk melaksanakan solat Aidiladha adalah ketika matahari naik setinggi segalah.
  • Waktu akhir untuk menunaikan solat ini ialah sebelum masuk waktu Zuhur, iaitu sebelum gelincir matahari. Jika waktu ini terlepas, solat tidak lagi boleh dilakukan kerana waktu khususnya telah tamat.

Sekiranya seseorang terlewat atau ada halangan untuk solat berjemaah, dia masih boleh menunaikan Solat Sunat Aidiladha secara sendirian tanpa khutbah selagi ia dilaksanakan dalam tempoh yang dibenarkan.

Niat merupakan salah satu syarat sah solat yang penting dalam Islam. Ia adalah ungkapan yang lahir dari hati, menggambarkan keazaman dan keikhlasan seseorang untuk melaksanakan sesuatu ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Begitu juga dalam solat sunat Aidiladha, niat adalah perkara utama yang mesti dilakukan sebelum memulakan solat.

Cara Niat

Niat solat sunat Aidiladha tidak perlu dilafazkan secara lisan; ia memadai dengan niat di dalam hati. Namun begitu, melafazkan niat secara lisan adalah amalan yang baik bagi membantu seseorang lebih fokus dan khusyuk dalam melaksanakan solat.

Jika anda solat secara seorang diri, anda boleh berniat seperti ini:

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini Adaan Lillahi Taala



Niat Dalam Bahasa Melayu

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

Jika anda solat berjemaah sebagai makmum, anda boleh berniat solat sunat Aidiladha seperti ini:

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini makmuman Lillahi Taala



Niat Dalam Bahasa Melayu

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.

Jika anda menjadi imam untuk solat berjemaah bersama keluarga, berniatlah sebagai imam:

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini imaman Lillahi Taala



Niat Dalam Bahasa Melayu

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Aidiladha

Ringkasan Cara Melakukan Solat Sunat Aidiladha

  • Solat Sunat Aidiladha dimulakan dengan takbiratul ihram sambil berniat dalam hati ‘Sahaja Aku Solat Sunat Aidiladha Dua Rakaat Tunai / Makmum Kerana Allah Taala
  • Disunatkan membacalah Doa Iftitah selepas takbiratul ihram.
  • Kemudian lakukan takbir tambahan sebanyak tujuh (7) kali untuk rakaat pertama. Takbir tersebut diselangi dengan bacaan tasbih.
  • Selesai takbir tambahan, bacalah al-Fatihah dan surah lazim.
  • Seterusnya lakukan rukuk, sujud dua kali dan bangun semula untuk rakaat kedua.
  • Rakaat kedua dimulakan dengan takbir intiqalat. Kemudian lakukan takbir tambahan sebanyak lima (5) kali untuk rakaat kedua, dan juga diselangi dengan bacaan tasbih.
  • Seterusnya bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim.
  • Kemudian lakukan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir untuk rakaat kedua. Akhiri Solat Sunat Aidiladha dengan memberi salam.
  • Jika solat berjemaah, maka seterusnya adalah Khutbah Aidiladha

Tatacara lengkap mengerjakan Solat Sunat Aidiladha secara langkah demi langkah adalah seperti di bawah ini:

Rakaat Pertama

1

Solat Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram dan Niat

cara solat sunat aidilfitri -- Takbir Solat
Tangan diangkat sehingga separas telinga semasa takbiratul ihram

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Idulfitri dalam hati seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini makmuman Lillahi Taala

Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja “Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”



Nota
  • Anda boleh rujuk niat solat sunat Aidiladha yang telah dinyatakan pada bahagian niat di atas. Berniatlah mengikut kesesuaian anda.
  • Jika anda mengalami kesukaran untuk berniat semasa takbiratul ihram, anda boleh juga berniat dahulu sebelum mengangkat takbir.

2

Kemudian, Bacalah Doa Iftitah

Hukum membaca Doa Iftitah dalah sunat hai’ah. Tidak mengapa jika bacaan doa ini ditinggalkan.

اللّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Allāhu Akbaru Kabīrāw Wal-Ḥamdu Lillāhi Kathīrāw Wa Subḥānal-Lāhi Bukrataw Wa Aṣīlā. Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faṭaras-Samāwāti Wal-Arḍa Ḥanīfan Muslimāw Wa Mā Anā Minal-Mushrikīn. Inna Ṣalātī Wa Nusukī Wa Maḥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Lā Sharīka Lahū Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal-Muslimīn.



Maksud Bacaan

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.


3

Lakukan Takbir Tambahan Sebanyak 7 Kali Untuk Rakaat Pertama

Selesai bacaan Iftitah, kita akan bertakbir sebanyak tujuh kali dan diikuti dengan bacaan tasbih.

Cara Takbiratul ihram
cara solat sunat aidiladha -- Takbir 7 kali

Seperti Takbiratul Ihram, setiap kali takbir dilafazkan “Allahukbar!”. Kemudian, letakkan tangan di atas perut.

Seterusnya bacalah tasbih seperti berikut:

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subḥānallāh Wal-Ḥamdu Lillāh Wa Lā Ilāha Illallāh Wallāhu Akbar Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm.



Maksud Bacaan

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir 7 kali ini hendaklah diselangai bacaan tasbih sebanyak 6 kali. Sila rujuk gambar di bawah ini:

bilangan takbir aidiladha rakaat pertama
bilangan takbir aidiladha rakaat pertama

4

Selesai Takbir Sebanyak Tujuh Kali, Seterusnya Kita Akan Membaca Surah al-Fatihah.

Selesai takbir tambahan, bacalah surah al-Fatihah:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


5

Kemudian, Bacalah Surah Lazim Selepas al-Fatihah

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada mana-mana surah al-Quran.

Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:

Surah Al Kafirun

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn



Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


6

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


7

Kemudian Bangun Iktidal

Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


8

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


9

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi istirahah atau cara duduk antara dua sujud dalam solat

etelah selesai bacaan sujud sebanyak 3 kali, maka bangkit dari sujud dan duduklah dalam posisi di atas (antara dua sujud atau istirahah).

Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


10

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua dalam solat

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


11

Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi atau cara duduk istirahat
Posisi Duduk Istirahat

Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.

Rakaat Kedua

12

Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

Takbir intiqalat

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!


14

Selepas Takbir Intiqalat Pada Rakaat Kedua — Juga Dilakukan Takbir Tambahan Sebanyak Lima (5) Kali

Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diikuti oleh dengan bacaan tasbih.

Bacaan tasbih tersebut adalah sama seperti bacaan tasbih pada rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subḥānallāh Wal-Ḥamdu Lillāh Wa Lā Ilāha Illallāh Wallāhu Akbar Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm.



Maksud Bacaan

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir 5 kali ini hendaklah diselangai bacaan tasbih sebanyak 4 kali. Sila rujuk infografik di bawah ini:

Takbir tambahan Aidiladha Rakaat Kedua
Takbir tambahan Aidiladha Rakaat Kedua

15

Seperti rakaat pertama, sekali lagi selepas selesai takbir tambahan pada rakaat kedua dibacakan juga surah al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


16

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas.

Surah Al Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad



Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.


17

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


18

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


19

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

cara sujud dalam solat

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


20

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi duduk antara dua sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


21

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


22

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyyat Akhir 

Posisi atau cara tahiyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.



Maksud Bacaan

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia


23

Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam

Akhiri solat dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.

memberi salam dalam solat

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah



Maksud Bacaan

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha, imam akan menyampaikan khutbah kepada jemaah yang hadir. Khutbah Aidiladha merupakan sunnah Rasulullah S.A.W yang sangat dianjurkan dan melengkapkan ibadah hari raya.

Khutbah ini bertujuan memberi peringatan, nasihat, serta panduan untuk umat Islam memahami dan menghayati nilai serta makna Aidiladha, terutamanya tentang kepentingan pengorbanan dan ketaatan kepada Allah S.W.T.

Keperluan Khutbah bagi Solat Sunat Aidiladha Berjemaah

Dalam solat Sunat Aidiladha yang dilaksanakan secara berjemaah, khutbah adalah sunnah muakkadah2, iaitu amalan yang sangat dituntut dan sebaiknya tidak ditinggalkan. Khutbah ini disampaikan selepas solat dua rakaat selesai, dan imam akan berdiri di hadapan jemaah untuk menyampaikan khutbah yang terdiri daripada dua bahagian.

Bahagian Pertama khutbah dimulakan dengan pujian kepada Allah S.W.T dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, diikuti dengan peringatan untuk meningkatkan ketakwaan dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Imam juga akan menyentuh mengenai kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, yang menjadi asas kepada perayaan Aidiladha. Kisah ini memberi inspirasi kepada umat Islam untuk mengorbankan perkara-perkara dunia demi mencari redha Allah S.W.T, serta menzahirkan ketaatan mutlak kepada perintah-Nya.

Bahagian Kedua khutbah memfokuskan kepada pengajaran praktikal daripada Aidiladha. Imam akan mengingatkan jemaah tentang kepentingan ibadah korban, serta bagaimana ia melambangkan keikhlasan dan pengorbanan dalam membantu golongan yang memerlukan. Pesanan tentang nilai kasih sayang, persaudaraan, dan semangat bantu-membantu dalam masyarakat turut ditekankan. Imam juga akan mengajak jemaah untuk memanfaatkan hari-hari Tasyriq dengan memperbanyakkan takbir, tahmid, dan zikir, sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Allah S.W.T.

Mendengar khutbah ini adalah sangat digalakkan bagi semua jemaah yang hadir kerana ia mengandungi peringatan, nasihat, dan motivasi untuk terus meningkatkan ketakwaan serta memperkukuh hubungan sesama Muslim. Khutbah ini juga bertujuan memperkukuh semangat pengorbanan dan ketaatan, serta mengajak umat Islam untuk terus mengamalkan kebaikan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian.

Solat Sunat Aidiladha Bersendirian

Bagi mereka yang menunaikan Solat Sunat Aidiladha secara bersendirian, khutbah tidak diperlukan dan tidak diwajibkan. Solat Aidiladha boleh dilaksanakan secara bersendirian jika terdapat halangan untuk hadir ke masjid atau tempat perhimpunan jemaah, seperti keadaan kesihatan, situasi darurat, atau faktor-faktor lain yang menghalang seseorang daripada menyertai solat berjemaah. Dalam keadaan ini, hanya solat dua rakaat yang dilakukan tanpa khutbah.

Meskipun khutbah tidak disampaikan dalam solat yang dilakukan secara bersendirian, umat Islam tetap dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan berzikir selepas solat. Doa ini adalah cara untuk menzahirkan rasa syukur atas nikmat dan rahmat Allah, memohon keampunan, serta kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan kebaikan dan pengorbanan demi Allah S.W.T.

Bagi solat sunat Aidiladha yang dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau, doa biasanya dibaca selepas khutbah. Selepas imam selesai menyampaikan khutbah, beliau akan memimpin jemaah dalam berdoa, memohon rahmat, keberkatan, dan keselamatan bagi seluruh umat Islam.

Doa Selepas Solat Bagi Orang yang Solat Bersendirian

Bagi mereka yang menunaikan solat sunat Aidiladha secara bersendirian, mereka boleh terus membaca doa selepas selesai solat tanpa perlu khutbah. Memandangkan khutbah hanya dilakukan dalam solat berjemaah, maka bagi mereka yang solat bersendirian, fokus utama adalah pada solat dua rakaat dan doa selepasnya.

Antara doa selepas solat yang boleh dibacakan adalah seperti berikut:

Doa Selepas Solat Fardu
Doa Selepas Solat Fardu



Transliterasi Rumi

Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm.

Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihī Ajma‘Īn.

Allāhumma Taqabbal Minnā Ṣalātanā Wa Du‘Ā’anā Innaka Antaṣ-Ṣamī‘Ul-‘Alīm, Wa Tub ‘Alaynā Innaka Antat-Tawwābur-Raḥīm. AllāhummaJ‘Al Dīnanā Dīnan-Nabiyyi Muḥammad Ṣollāllāhu ‘Alayhi Wa Sallam, Wa Islāmanā Islāmal-Muslimīn, Wa Īmānanā Īmānal-Mu’minīn, Wa Ṣolātanā Ṣolātal-Khāshi‘Īn.

Wa A‘Mālanā A‘Mālas-Ṣāliḥīn, Wa Niyyatanā Niyyatal-Mukhliṣīn, Wa DzunūBanā Yā Allāhu Dzunūbal-Mustaghfirīn.

Wa Ḥayātanā Ḥayātal-‘Ulamā’, Wa Mawtanā Bimawtish-Shuhadā’, Wa Adkhilnāl-Jannata Ma‘Al-Anbiyā’i ‘Alayhimus-Ṣalātu Was-Salām.

Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanataw Wa Fil-Ākhirati Ḥasanataw Wa Qinā ‘Adhāban-Nār, Wa Ṣollallāhu ‘Alā Khayri Khalqihi Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihī Wa Sallam, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn, Wa Salāmun ‘Alāl-Mursalīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.



Maksud Doa

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Bertakbir pada hari raya Aidiladha adalah salah satu amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam sebagai tanda kesyukuran dan pengagungan kebesaran Allah S.W.T. Takbir Aidiladha mempunyai makna mendalam dalam menghidupkan suasana ibadah dan mensyukuri nikmat Allah, terutamanya setelah umat Islam menyelesaikan ibadah haji dan melaksanakan pengorbanan.

Takbir Aidiladha bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam 9 Zulhijjah, iaitu malam Hari Arafah, dan diteruskan sehingga Asar pada hari terakhir hari Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

Amalan ini dikenali sebagai takbir mutlak, yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut, dan takbir muqayyad, yang dilakukan selepas setiap solat fardu sepanjang hari-hari Tasyriq. Bertakbir ini boleh dilakukan secara individu atau berjemaah, di rumah, masjid, atau di tempat perhimpunan.

Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran:

“Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.”
(Surah Al-Hajj, ayat 28)

Ayat ini merujuk kepada hari-hari Tasyriq dan menjadi dalil akan kepentingan mengagungkan nama Allah melalui takbir, terutamanya dalam suasana perayaan Aidiladha. Bertakbir pada hari-hari ini melambangkan rasa syukur atas nikmat iman dan peluang untuk beribadah, serta merayakan kebesaran Allah S.W.T bersama-sama umat Islam.

Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W dan para sahabat menghidupkan hari-hari Aidiladha dengan memperbanyakkan takbir dan tahmid. Ibn Umar dan Abu Hurairah R.A, misalnya, akan keluar ke pasar sambil bertakbir dan mengajak orang ramai bertakbir bersama mereka, menunjukkan semangat menghidupkan sunnah ini secara terbuka dan penuh kegembiraan.

Lafaz takbir raya yang sering diulang adalah:

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illa Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahil hamd.”

1



BILAL | IMAM
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian





BERAMAI-RAMAI
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

2



BILAL | IMAM
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian





BERAMAI-RAMAI
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

3



BILAL | IMAM

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian





BERAMAI-RAMAI

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

4



BILAL | IMAM
Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Allahu Akbar Kabiiraa Walhamdulillaahi Katsiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Wasubhaanallaahi Bukrataw Wa Asiillaa
Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Laa ilaaha Illallallahu Walaa Na’budu illaa Iyyaahu
Tidak ada Tuhan melainkan Allah kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Mukhlishiina Lahuddiin Walau Karihal Kaafiruun
dengan ikhlas untuk agama (Islam) walaupun dibenci oleh golongan kafir

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Laa ilaaha Illallallahu Wahdah
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Sadaqa Wa’dah Wanashara ‘Abdah
Yang benar janji-Nya dan yang menolong hamba-Nya

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Wa A’azza Jundahu Wahazamal Ahzaaba Wahdah
Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya

Takbir raya aidilfitri dan aidiladha

Laa ilaaha ilallaahu Wallaahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

5




BERAMAI-RAMAI

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

Selesai bacaan ini, anda boleh mula kembali dari dari urutan #1.

Lakukanlah takbir sebeberapa banyak yang boleh kerana pada Hari Raya disunatkan untuk memperbanyakkan takbir.

Takbir ini disertai dengan penuh penghayatan terhadap kebesaran Allah dan rasa syukur atas segala nikmat yang telah diberikan, termasuk nikmat dapat menyempurnakan ibadah haji bagi yang berkemampuan serta nikmat menghidupkan ibadah korban. Bertakbir pada hari raya bukan sahaja menghidupkan suasana hari yang mulia ini, tetapi juga menjadi simbol kesyukuran kepada Allah dan melambangkan kebesaran Islam yang menyatukan seluruh umat dalam semangat ukhuwah dan ketaqwaan.

Bagi umat Islam, takbir Aidiladha juga menjadi cara untuk menyatakan rasa kegembiraan dan kemenangan dalam menyempurnakan pelbagai ibadah, serta satu bentuk pengisytiharan bahawa segala pujian dan kebesaran hanya milik Allah. Ia turut mengingatkan kita akan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S sebagai contoh ketundukan kepada Allah tanpa berbelah bahagi.

Oleh itu, marilah kita menghidupkan malam-malam dan hari-hari Aidiladha dengan bertakbir, tidak kira di rumah mahupun bersama jemaah di masjid atau surau. Bertakbir adalah simbol keimanan dan kesatuan kita sebagai umat Islam yang patut disemarakkan.

PDF

Bagi rujukan lebih lanjut, saya juga menyediakan Panduan Khas Takbir Raya dalam bentuk PDF yang boleh diakses pada pautan ini: TAKBIR RAYA AIDILFITRI & AIDILADHA Rumi (PDF)

Sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidiladha, terdapat beberapa amalan sunnah yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam. Amalan-amalan ini bertujuan untuk menyempurnakan ibadah Aidiladha dan menzahirkan rasa syukur serta kegembiraan dalam menyambut hari raya yang penuh dengan pengajaran dan keberkatan.

Berikut adalah amalan sunnah yang boleh dilakukan sebelum menunaikan Solat Sunat Aidiladha:

1. Mandi Sunat Aidiladha

Salah satu sunnah yang dianjurkan sebelum menunaikan solat Aidiladha adalah mandi sunat Aidiladha. Mandi ini dilakukan pada pagi hari raya sebelum berangkat ke tempat solat, dengan niat untuk membersihkan diri secara fizikal dan spiritual bagi menyambut hari yang mulia ini. Mandi sunat Aidiladha ini sama seperti mandi wajib dari segi tatacara, dan ia bertujuan untuk memastikan tubuh dalam keadaan bersih dan segar ketika bertemu jemaah lain.

Niat mandi sunat Aidiladha:

“Sahaja aku mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.”

2. Memakai Pakaian Terbaik dan Berwangian

Disunatkan untuk memakai pakaian terbaik pada pagi Aidiladha, sebaik-baiknya pakaian baru atau yang paling bersih. Walaupun tidak diwajibkan, pakaian yang berwarna putih lebih digalakkan kerana ia adalah pakaian yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. Selain itu, lelaki juga dianjurkan untuk memakai wangi-wangian bagi menambahkan kesegaran dan menghadirkan suasana yang ceria. Bagi wanita pula, mereka digalakkan berpakaian dengan sempurna menutup aurat dan tidak menggunakan wangi-wangian secara berlebihan.

3. Tidak Makan Sebelum Solat

Berbeza dengan amalan pada pagi Aidilfitri, disunatkan untuk tidak makan sebelum Solat Sunat Aidiladha. Tujuan amalan ini adalah untuk menampakkan perbezaan antara Aidilfitri dan Aidiladha, serta sebagai tanda bahawa umat Islam akan makan dari hasil daging korban selepas solat. Makan selepas solat melambangkan bahawa Aidiladha adalah hari di mana ibadah korban dilakukan dan hasilnya akan dinikmati bersama.

4. Bertakbir Raya

Bertakbir raya merupakan salah satu amalan sunnah yang sangat dianjurkan pada malam dan pagi Aidiladha. Takbir Aidiladha dimulakan selepas terbenam matahari pada malam Hari Arafah3, iaitu malam 9 Zulhijjah, dan diteruskan hingga hari Tasyriq (13 Zulhijjah). Bertakbir boleh dilakukan secara individu atau berjemaah, di rumah, masjid, atau di tempat perhimpunan.

Takbir ini adalah simbol kesyukuran dan kebesaran Allah S.W.T, menandakan kegembiraan dalam menyambut hari yang penuh berkah ini.

5. Hadir Awal ke Tempat Solat

Disunatkan untuk hadir awal ke tempat solat bagi mendapatkan barisan hadapan dan menunjukkan kesungguhan dalam menunaikan ibadah ini. Hadir awal juga membolehkan seseorang mengambil masa untuk bertakbir bersama-sama jemaah lain, memupuk semangat ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan umat Islam.

Ibadah korban adalah salah satu ciri utama dan amalan sunnah yang sangat dituntut pada Hari Raya Aidiladha. Ia merupakan simbol pengorbanan, ketundukan, dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah S.W.T, berasaskan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S. Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas sebagai rahmat atas ketaatan Nabi Ibrahim.

Ibadah ini memberi pengajaran yang besar mengenai keikhlasan dan pengorbanan yang seharusnya ada dalam diri setiap Muslim.

Hukum dan Keutamaan Ibadah Korban

Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad bagi setiap individu Muslim yang berkemampuan, dan sangat dianjurkan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dalam Mazhab Hanafi, korban menjadi wajib bagi yang mampu dan memenuhi syarat tertentu, seperti kemampuan kewangan yang cukup setelah memenuhi keperluan asas keluarga. Ibadah ini mengajarkan nilai berbagi dan keprihatinan terhadap sesama, terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barang siapa yang mempunyai kelapangan (harta) tetapi tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah korban bagi mereka yang berkemampuan, sebagai satu cara untuk menzahirkan syukur atas nikmat yang dikurniakan Allah.

Jenis Haiwan Korban dan Syaratnya

Haiwan yang dibolehkan untuk ibadah korban termasuklah kambing, lembu, kerbau, dan unta. Setiap haiwan korban harus memenuhi beberapa syarat, seperti:

  • Cukup Umur. Unta mestilah berumur lima tahun, lembu atau kerbau berumur dua tahun, dan kambing atau biri-biri berumur satu tahun.
  • Sihat dan Tidak Cacat. Haiwan korban mesti sihat dan tidak mempunyai kecacatan yang ketara seperti buta, pincang, atau sangat kurus, kerana ini adalah perintah Allah untuk memberikan yang terbaik sebagai pengorbanan.

Penting untuk memastikan haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak, di mana penyembelihan dilakukan dengan niat kerana Allah, menggunakan pisau yang tajam untuk memastikan penyembelihan yang cepat dan mengurangkan kesakitan haiwan. Selain itu, haiwan perlu diberi minum sebelum disembelih dan tidak boleh diperlakukan dengan kasar.

Pembahagian Daging Korban

Daging korban hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian: satu bahagian untuk diri sendiri dan keluarga, satu bahagian untuk jiran dan sahabat, dan satu bahagian lagi untuk golongan fakir miskin. Pembahagian ini melambangkan kepentingan bersedekah dan membantu sesama umat Islam agar setiap orang dapat menikmati kegembiraan pada Hari Raya Aidiladha.

  • Bahagian untuk Diri dan Keluarga. Daging ini boleh dimakan bersama keluarga, sebagai tanda syukur dan kenikmatan atas ibadah korban yang telah dilaksanakan.
  • Bahagian untuk Jiran dan Sahabat. Membahagi daging korban kepada jiran dan sahabat adalah cara untuk mengeratkan hubungan sosial dan memupuk semangat ukhuwah dalam masyarakat.
  • Bahagian untuk Golongan Fakir Miskin. Bahagian ini adalah untuk mereka yang kurang berkemampuan, supaya mereka juga dapat merasa nikmat Aidiladha dan bersyukur kepada Allah.

Waktu Pelaksanaan Ibadah Korban

Waktu untuk melaksanakan ibadah korban adalah selepas Solat Sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga sebelum tamat hari Tasyriq4 pada 13 Zulhijjah. Penyembelihan korban yang dilakukan sebelum solat tidak dianggap sah dan hanya dikira sebagai daging biasa. Oleh itu, penting untuk memastikan penyembelihan dilakukan dalam tempoh yang dibenarkan agar ibadah tersebut sah di sisi syariat.

Penghayatan Nilai Ibadah Korban

Pengorbanan yang dilakukan pada Aidiladha bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi juga sebagai simbol ketaatan dan ketundukan kita kepada perintah Allah.

Setiap Muslim diajar untuk mencontohi ketaatan Nabi Ibrahim A.S, yang bersedia untuk mengorbankan sesuatu yang paling disayanginya demi memenuhi perintah Allah. Oleh itu, ibadah korban bukan hanya menuntut pengorbanan dalam bentuk haiwan, tetapi juga dalam aspek-aspek lain kehidupan, seperti harta, masa, dan usaha, demi mendapatkan keredhaan Allah.

Ibadah korban juga memperkukuhkan semangat persaudaraan, apabila daging korban dikongsi bersama-sama dengan orang yang memerlukan. Ini secara tidak langsung mengajar kita tentang kepentingan berkongsi rezeki dan membantu orang lain, terutamanya pada hari-hari mulia seperti Aidiladha.

Panduan Khas

Sila lihat panduan khas berkaitan ibadat korban pada Hari Raya Aidiladha seperti lafaz niat korban, hukum, adab-adab dan pelbagai perkara yang berkaitan dengannya pada pautan ini: IBADAT KORBAN: Lafaz Niat Korban, Hukum & Tatacara Berkaitan Korban

Berikut saya senaraikan persoalan-persoalan yang sering ditanyakan berkaitan dengan Solat Sunat Aidilfitri.

Apa itu Solat Sunat Aidiladha dan apakah hukumnya?

Solat Sunat Aidiladha ialah solat yang dilakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha sebagai tanda syukur kepada Allah. Hukumnya adalah sunnah muakkad, iaitu sunnah yang sangat dituntut, terutama bagi lelaki Muslim, namun wanita juga digalakkan untuk turut serta.

Bilakah waktu yang sesuai untuk melaksanakan Solat Sunat Aidiladha?

Waktu solat ini adalah selepas terbit matahari setinggi satu tombak (kira-kira 20 minit selepas waktu syuruk) sehingga sebelum masuk waktu Zuhur. Waktu terbaik adalah pada pagi hari Aidiladha, sebelum umat Islam melaksanakan ibadah korban.

Berapa rakaat Solat Sunat Aidiladha dan adakah terdapat takbir tambahan?

Solat Sunat Aidiladha terdiri daripada dua rakaat. Pada rakaat pertama, terdapat tujuh takbir tambahan selepas takbiratul ihram, manakala pada rakaat kedua, terdapat lima takbir tambahan sebelum bacaan Al-Fatihah.

Di manakah tempat terbaik untuk melaksanakan Solat Sunat Aidiladha?

Solat ini disunatkan untuk dilakukan secara berjemaah di tempat terbuka seperti padang atau kawasan lapang. Namun, solat di masjid juga dibolehkan. Tujuan solat di kawasan lapang adalah untuk memperlihatkan syiar Islam dan menunjukkan kesatuan umat.

Bolehkah Solat Sunat Aidiladha dilakukan secara bersendirian?

Ya, Solat Sunat Aidiladha boleh dilakukan secara bersendirian jika tidak dapat hadir ke tempat solat berjemaah. Walau bagaimanapun, keutamaan adalah untuk solat secara berjemaah bagi menyemarakkan suasana hari raya.

Adakah khutbah wajib selepas Solat Sunat Aidiladha?

Khutbah selepas Solat Sunat Aidiladha adalah sunnah muakkad, bukan wajib. Namun, khutbah ini sangat dianjurkan kerana ia memberi nasihat dan peringatan yang berharga kepada umat Islam, terutama mengenai pengorbanan dan ketaatan kepada Allah.

Surah apakah yang disunatkan dibaca selepas Al-Fatihah dalam Solat Sunat Aidiladha?

Disunatkan membaca Surah Al-A’la pada rakaat pertama dan Surah Al-Ghashiyah pada rakaat kedua. Namun, surah-surah lain juga boleh dibaca mengikut kemampuan masing-masing.

Adakah disunnahkan untuk tidak makan sebelum Solat Sunat Aidiladha?

Ya, disunatkan untuk tidak makan sebelum Solat Sunat Aidiladha, berbeza dengan Aidilfitri di mana makan sebelum solat adalah disunatkan. Amalan ini bertujuan agar makanan pertama yang dimakan pada hari itu adalah dari hasil korban, melambangkan hubungan dengan ibadah korban.

Apa yang perlu dilakukan jika terlepas waktu berjemaah untuk Solat Sunat Aidiladha?

Jika terlepas solat berjemaah, seseorang boleh melaksanakan solat ini secara sendirian di rumah atau di tempat yang sesuai, selagi masih dalam waktu yang dibenarkan. Namun, khutbah tidak perlu dilakukan apabila solat secara bersendirian.

Adakah wanita digalakkan untuk hadir ke tempat Solat Sunat Aidiladha?

Ya, wanita juga digalakkan untuk menghadirkan diri ke tempat solat dan mendengar khutbah. Wanita yang sedang haid juga boleh hadir untuk mendengar khutbah, tetapi mereka tidak boleh menunaikan solat. Kehadiran mereka adalah untuk turut sama memeriahkan syiar Islam dan mengambil manfaat daripada khutbah yang disampaikan.

Penutup: Aidiladha sebagai Manifestasi Pengorbanan dan Ketakwaan

Hari Raya Aidiladha bukan hanya sekadar perayaan, tetapi adalah lambang pengorbanan, ketaatan, dan kesyukuran bagi mereka yang beriman. Pada pagi yang mulia ini, umat Islam berhimpun untuk mendirikan Solat Sunat Aidiladha, diikuti dengan khutbah yang mengingatkan kita akan nilai ketaatan dan kesanggupan untuk berkorban demi mencari keredhaan Allah.

Aidiladha juga mengajak kita merenung makna sebenar pengorbanan, bukan hanya dalam bentuk menyembelih haiwan korban, tetapi juga dalam aspek kehidupan seharian—melalui pengorbanan masa, tenaga, dan keikhlasan hati untuk kebaikan sesama manusia. Semangat Aidiladha adalah semangat kesatuan dan kasih sayang, di mana daging korban diagihkan, dan kebahagiaan dikongsi bersama-sama dengan jiran, saudara, dan mereka yang memerlukan.

Semoga panduan ini membantu anda dalam memahami dan melaksanakan Solat Sunat Aidiladha dengan lebih sempurna. Marilah kita menyambut Aidiladha dengan hati yang bersih, keikhlasan dalam berkorban, dan semangat untuk membantu sesama, agar setiap kita dapat merasai keberkatan dan rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T pada hari yang penuh barakah ini.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang diberkati. Selamat Hari Raya Aidiladha, dan semoga kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan sepanjang tahun.

Nota Kaki

  1. Haiwan yang bernama kibas yang sering disebut-sebut dalam sirah nabi-nabi. Bezanya kibas dengan bebiri yang lain ialah lemak di dalam badannya terkumpul di bahagian ekornya. Ini menjadikan ekor kibas kembang dan tebal seperti kelopak bunga.  ↩︎
  2. Sunnah muakkadah ialah amalan yang dilakukan secara konsisten oleh Nabi Muhammad SAW dan jarang ditinggalkan, tetapi ia bukanlah fardhu atau wajib. Sunnah ini juga dikenali sebagai Sunnah Huda, dan menurut ulama, ia dilaksanakan bagi melengkapkan kekurangan dalam amalan fardhu. (Sayyid Sharif al-Jurjani, at-Ta`rifat, Beirut 1983, hlm. 122; Ibn Abidin, Raddu`l Mukhtar, Kaherah 1272, I, 70) ↩︎
  3. Hari Arafah ialah hari ke-9 Zulhijjah, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Pada hari ini, jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan wukuf, iaitu salah satu rukun haji yang paling penting. Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, mereka digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana ia mendatangkan pahala yang besar dan diampunkan dosa-dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya. ↩︎
  4. Hari Tasyriq merujuk kepada tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha, iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Pada hari-hari ini, umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di Mina akan melontar jamrah. Bagi yang tidak menunaikan haji, hari Tasyriq merupakan hari untuk memperbanyakkan takbir dan tidak dibenarkan berpuasa. ↩︎
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

32 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
QE
QE
6 bulan yang lalu

Salamun’alaikum ustaz Naim..
I have a question regarding the sequence from the beginning of Eid Adha. Which is correct between before & after solat sunat eid Adha . Do we eat first before or after the solat sunat? Same with Eid Fitri do we eat first or we solat first. Thank you ustaz 🙏🏻

Zila
Zila
6 bulan yang lalu

Allahuakhbar, Allahuakhbar, allahuakhbar. Walillahilhamd. Syukur dan terima kasih Ustaz Naim kerana perkongsian yg sngat bmanfaat buat kt semua. Semoga ustaz sentiasa sihat dan dlm lindungan Allah selalu. Amiinn..

Roma
Roma
6 bulan yang lalu

Salam Ustaz, kita, saya, dah familiar ada buat korban dan saya, diberi tahun kitatidak dibenarkan potong kuku dan Rambut sehingga kambing kita disembelih… Adakah ini benar? Mohon penjelasan Ustaz.

Mira
Mira
6 bulan yang lalu

Terbaik sangat

Chimera
Chimera
6 bulan yang lalu

Alhamdulillah. Byk pandan yg sy dpt dtp blog tuan. Semoga Allah redho Dan melimpahkan RahmatNya buat tuan sekeluarga. Amin yra

aleeya
aleeya
1 tahun yang lalu

terima kasih sangat sangat👍🔥🔥 terbaik

azhari mohamad
azhari mohamad
2 tahun yang lalu

Bersyukur atas perkongsian dalam pengisian ilmu…alhamdullillah

Hamba Allah
Hamba Allah
2 tahun yang lalu

Alhamdulillah Jazakallahu khayran atas perkongsian dan bimbingan ilmu yang amat bermanfaa, teliti dan berkesan.
Semoga Allah mengurniakan anda sekeluarga segala kebaikan di dunia dan di akhirat

Imah Rohimah
Imah Rohimah
2 tahun yang lalu

Terima kasih atas panduan solat yg sangat berguna.

Nurul Afieka
Nurul Afieka
2 tahun yang lalu

terima kasih atas ajaran yang sangat berguna dan teliti 😊