Hukum Wanita Solat Jumaat

wanita solat jumaat

Apakah hukum wanita solat Jumaat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apakah hukumnya orang perempuan mengerjakan solat jumaat?

Adakah dia masih wajib mengerjakan solat zuhur jika sudah buat jumaat?


JAWAPAN

Tidak wajib solat jumaat atas kaum perempuan akan tetapi jika kaum perempuan mengerjakan solat jumaat maka solatnya itu sah dengan ijmak ulamak.

1.Telah berkata oleh Imam Nawawi:

Telah menaqal oleh Imam Ibnu Al-Munzir dan lainnya akan ijmak atas bahwasanya perempuan itu jikalau dia hadir solat jumaat nescaya harus yakni sah ia.”

(Kitab Al-Majmu’)

2.Berkata Imam Ibnu Quddamah :

Dan tetapi sah jumaat daripada perempuan kerana sah solat berjemaah daripadanya maka sungguhnya kaum perempuan telah solat berjemaah bersama Nabi saw.”

(Kitab Al-Mughni)

Apabila sah solat jumaat yang dikerjakan oleh orang perempuan maka gugur daripadanya kewajipan solat zuhur pada hari itu.


3.Berkata Syeikh Abdul Rahman Ba’lawi :

Harus bagi orang yang tidak wajib atasnya solat jumaat seperti hamba sahaya dan orang musafir dan perempuan bahawa solat ia akan jumaat sebagai ganti daripada solat zuhur dan memadai akan dia.”

(Kitab Bughyah Al-Murtassyidin)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Manz
Manz
2 tahun yang lalu

Assalamuallaikum , soalan sy wanita tidak boleh solat jumaat ke?

Noradzmi
Noradzmi
2 tahun yang lalu

Salam Ustaz, nak tanya, betul ke bagi perempuan untuk solat Zohor di hari Jumaat perlu selepas Lelaki habis solat jumaat? Atau boleh dilakukan sejurus selepas Azan Zohor?

ᴡᴀʀᴅᴀʜ
ᴡᴀʀᴅᴀʜ
Reply to  Muhamad Naim
18 hari yang lalu

ᴀssᴀʟᴀᴍᴜᴀʟᴀɪᴋᴜᴍ ᴜsᴛᴀᴢ sᴀʏᴀ ɪɴɢɪɴ ʙᴇʀᴛᴀɴʏᴀ ᴀᴘᴀ ᴋᴇ ᴡᴀᴊɪʙ ʙᴀɢɪ ᴋᴀᴜᴍ ᴡᴀɴɪᴛᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ sʜᴏʟᴀᴛ sᴇᴍɪɴɢɢᴜ sᴇᴋᴀʟɪ ɪʏᴀ ɪᴛᴜ ᴅɪ ʜᴀʀɪ ᴊᴜᴍᴀᴀᴛ