Apa yang perlu dilakukan jika tertinggal tahiyat awal?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANJika kita tertinggal baca tahyat awal dan naik ke rakaat yang ketiga adakah wajib kita turun semula baca tahiyat?
JAWAPAN
Jika orang yang sembahyang tertinggal membaca tahiyat awal lalu naik ia ke rakaat yang ketiga maka jika belum sampai berdiri tegak nescaya disunatkan dia turun kembali duduk membaca tahiyat.
Dan jika dia sudah berdiri tegak pada rakaat yang ketiga nescaya tidak lagi dia boleh turun duduk membaca tahiyat dan jika dia turun juga dengan sengaja nescaya batal solatnya.
Akan tetapi jika ia solat berjemaah maka wajib ia kembali kepada duduk tahyat kerana mengikut imam.
1. Telah berkata oleh Syeikh Bafadhal:وَلَو نسي التَّشَهُّد الأول فَذكره بعد انتصابه لم يعد إِلَيْهِ فَإِن عَاد عَالما بِتَحْرِيمِهِ عَامِدًا بطلت أَو نَاسِيا أَو جَاهِلا فَلَا وَيسْجد للسَّهْو وَيجب الْعود لمتابعة إِمَامه
2.Telah berkata Imam Ibnu Ruslan:Dan kalau seorang itu lupa membaca tahyat awal kemudian dia teringat selepas tegaknya berdiri nescaya tidak harus dia kembali kepada tahyat. Maka jika dia kembali kepada tahiyat dalam keadaan dia tahu tentang diharamkannya dan sengaja nescaya batal solatnya. Atau dia kembali itu kerana terlupa atau tidak tahu maka tidak batal dan sunat dia sujud sahwi sebelum salam. Dan wajib makmum kembali duduk tahyat kerana mengikut imamnya.”
(Kitab Muqaddimah Hadhramiyah)
لَكِن على الْمَأْمُوم حتما يرجع … إِلَى الْجُلُوس للْإِمَام يتبعوعائد قبل انتصاب ينْدب … سُجُوده إِذْ للْقِيَام أقرب
Akan tetapi wajib atas makmum kembali kepada duduk tahyat awal kerana mengikut imam dan yang solat sendirian sunat kembali kepada duduk tahyat apabila belum berdiri tegak dan sunat ia sujud sahwi jika sudah dekat kepada berdiri.”
(Kitab Matan Zubad)
KETERANGAN
Dalam solat sendirian jika seorang itu terlupa duduk tahiyat awal lalu ia berdiri maka jika sudah berdiri tegak nescaya tidak harus lagi dia duduk semula kerana membaca tahiyat awal.
Jika dia duduk semula kerana membaca tahiyat awal nescaya batal solatnya kerana dia telah berada di rukun yang lain tidak boleh lagi ulang kepada perkara yang sunat.
Dan sebelum salam adalah sunat dia lakukan sujud sahwi kerana tertinggalnya akan tahiyat awal itu.
Yang dimaksudkan berdiri tegak itu ialah berdiri yang sudah memadai dinamakan qiam sekali pun belum meletakkan kedua tangannya di bawah dadanya.
Jika belum lagi berdiri tegak nescaya sunat dia turun membaca tahiyat awal dan sebelum salam disunatkan dia sujud sahwi apabila dia telah naik lebih dari separuh berdiri atau lebih dari had rukuk.
Ada pun jika dia baru naik sedikit seperti belum sampai separuh atau belum sampai had rukuk nescaya disunatkan kembali duduk baca tahiyat dan tetapi tidak disunatkan sujud sahwi sebelum salam kerana sedikit pergerakkannya.
Dan dalam solat berjemaah jika makmum terlupa tahyat awal dan naik berdiri nescaya wajib makmum itu duduk semula bersama imam membaca tahiyat kerana kewajipan mengikut imam.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
nak tanya , kan tahiyat awal kan sunat so kalau kita sengaja takbuat atau tinggal kan sah atau tidak ye solat kita ?
ustaz saya nak tanya..tahiyat awal perlu dilakukan semula tak kalau kite tak sempat ikut imam..maksudnye kite masuk ikut imam pada rakaat ketiga atau keempat
SubhanAllah
Ustad kalau kita sedar tertinggal di rakaat ketiga bolehkah melakukan tahiyat awal di rakaat tersebut .
Tidak boleh, batal solat kalau buat tahiyat di rakaat ketiga.
Apa yang boleh dibuat adalah lakukan sujud sahwi sebelum memberi salam pada rakaat keempat.
Ustad. Sujud shawi pon disunatkan kan. Kalau terlupa jugak sujud shawi tu batal tak solat ya?
Kalau kita tertinggal tahiyat awal, tapi selepas dah hbs solat baru kita sedar?
Tidak mengapa, solat itu sah sebab hukum tahiyat awal adalah sunat sahaja.
kalau sudah memberi salam?
Kalau sudah beri salam tidak apa, solat itu masih sah. Hukum tahiyat awal adalah sunat ab’adh, bukan rukun dalam solat.
Oooo terima kasih?
Sama-sama :-)