Hukum Solat Terlalu Cepat, Laju & Tergesa-gesa

Solat Terlalu Cepat

Apakah hukum solat terlalu cepat dan laju?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Setengah dari orang yang solat itu saya lihat mereka solat terlalu cepat kadang-kadang saya baru satu rakaat tapi dia sudah empat rakaat.

Apakah hukumnya solat terlalu cepat seperti itu ustaz?


JAWAPAN

Samada solat yang cepat atau solat yang lambat apabila cukup segala rukun dan syaratnya maka solat itu adalah sah akan tetapi jika tidak cukup rukun dan syaratnya maka solat tersebut adalah tidak sah samada ia cepat atau lambat.

Solat yang terlalu cepat biasanya tidak sempurna rukun dan syaratnya.

Antara rukun yang biasanya kalau dilakukan terlalu cepat tidak akan sempurna ialah membaca fatihah.

Bacaan fatihah yang terlalu cepat sampai tidak betul sebutan huruf serta makhrajnya adalah tidak sah.

Antara syarat yang tidak sempurna ditunaikan bila solat itu terlalu cepat ialah tumakninah ketika rukuk dan iktidal dan sujud dan duduk antara dua sujud.

Kerana itulah Rasulullah saw melarang terburu-buru dalam melakukan suatu perkara apa lagi dalam melakukan ibadah yang sangat penting dalam Islam.

Telah berkata oleh Syeikh Syed Abdullah bin ‘Alawi Al-Hadad:

Maka hendaklah kamu jauhi dari perbuatan meringan-ringan yang melampau yang biasa dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di dalam solat tarawih mereka sehingga terkadang jatuhlah dengan sebabnya itu kepada mencederakan kewajipan-kewajipan seperti meninggalkan tumakninah di dalam rukuk dan sujud dan meninggalkan bacaan fatihah dengan bacaan yang diwajibkan dengan sebab terlalu cepatnya.

Maka jadilah setengah mereka itu disisi Allah seperti orang yang tidak solat yang patutnya mendapat pahala dan padahal mereka solat.

Maka akuilah dengan kecuaian ini dan selamatkanlah dari perkara menghairankan seperti ini.

Terlalu cepat dan terburu-buru dalam solat ini dan yang seumpamanya adalah termasuk sebesar-besar tipu daya syaitan bagi orang beriman yang membatalkan pahala amal yang telah mereka amalkan.

Jauhilah dari perlakuan sebegini dan berjaga-jagalah baginya.”

(Kitab Nasoihuddin)

KESIMPULAN

Solat yang dilakukan terlalu cepat menyebabkan tidak sempurna rukun dan syarat solat.

Siapa yang tidak sempurna rukun dan syarat solatnya maka solatnya itu tidak sah dan wajib dia ulangi.

Jika tidak mereka ulangi maka mereka dikira tidak menunaikan solat.

Orang yang suka solat terlalu cepat adalah orang yang telah ditipu oleh syaitan.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mael Totey
Mael Totey
2 tahun yang lalu

Oh begitu ya. Saya solat cepat bukannya sebab sengaja tapi mengejar waktu terutama masa tengah bekerja. Sekarang dah tak bekerja, boleh lah saya solat macam biasa.