
Adakah sah solat tanpa niat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANAdakah sah solat tanpa berniat? Kalau seorang itu hanya ucapkan usolli pada lisan adakah dikira sudah berniat?
JAWAPAN
Niat adalah rukun solat maka siapa yang tidak berniat nescaya solatnya tidak sah sekalipun dia telah melafazkan niat pada lisan dari kerana sungguhnya niat itu tempatnya di dalam hati.
Akan tetapi jika dia hanya berniat sahaja di dalam hati tanpa melafazkan niat nescaya solatnya itu sah kerana berniat itu rukun manakala melafazkan niat bukan rukun tetapi hanya perkara yang sunat sahaja.
Telah berkata oleh Imam Abu Husain Al-Imrani As-Syafie :
Dan ada pun tempat niat itu yaitu pada hati dari kerana sungguhnya niat itu ialah ikhlas dan tiadalah ikhlas itu melainkan dengan hati.
Maka jika seorang berniat dengan hatinya dan berlafaz pula dengan lisannya nescaya dia telah melakukan yang sempurna.
Dan jika dia melafazkan niat dengan lisannya dan tidak berniat dengan hatinya nescaya tidak memadai.
Dan jika dia berniat dengan hati tetapi tidak berlafaz dengan lisannya nescaya memadai yakni sah.”
(Kitab Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam as-Syafie)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Bolehkah saya niat solat dalam bahasa melayu sahaja di dalam hati sebelum angkat takbir