Apakah solat sunat zifaf?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANSaya hendak tahu apakah dia yang dinamakan solat sunat zifaf itu ustaz?
JAWAPAN
Solat sunat zifaf yang tuan bertanyakan itu ialah yang dinamakan solat sunat mempelai ertinya solat sunat yang dilakukan oleh pengantin selepas bernikah.
Ianya sunat dilakukan oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan ketika ditemukan.
Diriwayatkan daripada Abu Said Maula Abu Usaid r.a. berkata bahawa para sahabat Nabi yang dijemput ke majlis pernikahannya telah berkata:
Apabila kamu bertemu dengan isterimu maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah doa kepada Allah dari segala kebaikkan isterimu dan mintalah perlindungan dengan Allah dari keburukkannya kemudian hal kamu dengan isteri kamu.”
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Berkata Syeikh Nawawi Bintan:
ومنه ركعتا الزفاف تسن هذه الصلاة لكل من الزوج والزوجة ينوي بها سنة الزفاف .Artinya : “
Dan setengah dari solat-solat sunat itu ialah dua rakaat solat sunat zifaf.
Disunatkan solat ni bagi setiap suami dan isteri yang berniat dengan solat itu akan sunat zifaf iaitu pengantin.”
(Kitab Nihayah Az-Zain)
Berkata setengah ulamak solat sunat zifaf ini ialah solat sunat nikah.
Manakala setengah ulamak berkata solat sunat nikah itu sunat dilakukan sebelum akad manakala solat sunat zifaf ini selepas akad dan ketika bertemu suami dan isteri.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..