Hukum Solat Muallaf Yang Tidak Hafal Fatihah

Tidak Hafal Fatihah

Apakah hukum solat muallaf yang tidak hafal fatihah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Kalau seorang mualaf belum ingat surah fatihah adakah boleh dia membaca ketika solat dengan cara mengikut bacaan imam? Adakah sunat baca kuat auzubillah ketika solat yang baca kuat?


JAWAPAN

Seorang yang baru memeluk Islam yang belum hafal surah fatihah jika dia dapat menyebutnya dengan cara mengikut bacaan orang lain maka hukumnya adalah harus dan sah solatnya.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini :

Dan tertentulah surah Al-Fatehah itu ertinya mesti membacanya samada secara hafal atau melihat kepada Quran atau diajar oleh orang lain atau seumpama yang demikian itu pada setiap rakaat di dalam qiam atau pada ganti daripada qiam dan samada bagi yang sembayang sendirian atau lainnya dan samada pada sembahyang baca perlahan atau baca kuat dan samada sembahyang itu fardu atau sunat kerana sabda Nabi saw: Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca akan surah Al-Fatihah.” (Hadith Syeikhain)

Berkenaan membaca ta’awuz iaitu menyebut أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ maka disunatkan dengan perlahan samada pada sembahyang yang baca perlahan yaitu zuhur dan asar atau pada sembahyang yang baca kuat yaitu subuh dan maghrib dan isyak.

Dan begitu juga sekelian sembahyang yang lain samada fardu atau sunat adalah sunat diperlahankan membaca ta’awwuz itu.

Berkata Imam Nawawi:

Dan tiada dikuatkan dengan bacaan ta’awwuz di dalam sembahyang baca perlahan dan tidak juga pada sembahyang yang baca kuat atas pendapat yang azhar.”

(Kitab Raudah At-Talibin)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments