Hukum Solat Mengikut Imam Fasiq

imam fasiq

Apakah hukum solat mengikut imam fasiq?

Adakah batal solat dan perlu solat kembali?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Adakah sah kita menjadi makmum sembahyang kepada imam yang fasiq seperti imam yang anak isterinya tidak menutup aurat?


JAWAPAN:

Seorang yang bergelar bapa dan suami wajib menyuruh anak isterinya menutup aurat apabila keluar dari rumah.

Jika tidak disuruhnya akan anak isterinya menutup aurat maka bukan sahaja anak isterinya itu yang berdosa kerana tidak menutup aurat seperti yang diwajibkan oleh syarak bahkan bapa serta suami itu juga turut berdosa sama kerana tidak menyuruh dan membiarkan mereka mendedahkan aurat.

Dan jadilah bapa dan suami yang tidak mahu menyuruh anak isteri menutup aurat ini fasiq iaitu orang yang tidak mahu patuh pada perintah Allah.

Berbalik kepada soalan menjadi makmum kepada imam yang fasiq itu maka jumhur ulamak berpendapat sah solat makmum tersebut.

Berkata Dr Ali Jum’ah yang bermaksud:

Hukum yang asal ialah siapa yang sah solatnya maka sah solatnya bagi yang lain.

Dan kerana itulah berpendapat oleh ulamak mazhab Hanafi dan Syafie kepada sah solat berimamkan orang fasiq sekira-kira datang beberapa hadis yang menunjukkan atas sah solat dibelakang imam yang baik dan imam yang jahat dan sekalipun dalilnya tidak kuat tetapi oleh kerana ada banyak jalan maka saling mengkuatkan antara satu sama lain.

Dan diceritakan dari sebahagian sahabat sungguhnya mereka pernah solat dibelakang imam yang jahat.”

(Darul Ifta Mesir)

Dan ulamak berkata jika ada imam yang tidak fasiq maka makruh hukumnya mengikut imam yang fasiq.

Ada pun jika tiada yang boleh menjadi imam melainkan seorang yang fasiq maka dimaafkan solat dibelakangnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments