Bolehkah melakukan solat dhuha secara berjemaah?
Apakah hukumnya? Adakah ia sah?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya ingin bertanya tentang solat sunat dhuha adakah harus dikerjakan dengan berjemaah kerana ada setengah orang yang berkata tidak sah dikerjakan dengan berjemaah?
JAWAPAN:
Solat sunat dhuha afdhal dikerjakan dengan cara bersendirian tetapi jika dilakukan secara berjemaah maka hukumnya adalah harus dan dapat pahalanya.
Berkata Imam Nawawi, maksudnya :
Dan ada pun segala solat sunat yang lain seperti solat sunat rawatib dan solat dhuha dan segala solat sunat mutlak maka tidak disyariatkan mengerjakannya dengan berjemaah ertinya tidak disunatkan akan tetapi jikalau dikerjakannya secara berjemaah nescaya harus hukumnya dan tidak dihukumkan sebagai makruh.
Sungguhnya telah menaskan olih Imam As-Syafie pada kitab Mukhtasar Al-Buwaithi dan Ar-Rabi’ atas bahawa tidak menjadi kesalahan dengan berjemaah pada segala solat sunat.
Dan bermula dalil harusnya berjemaah itu beberapa hadis-hadis yang banyak pada kitab sahih.”
(Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Maksud harus disini bukannya tidak dapat pahala mengerjakan secara berjemaah tapi dari pihak berjemaah itu.
Ada pun dari pihak mengerjakan solat dhuha itu dapat pahala.
Berkata Syeikh Nawawi, maksudnya:
Dan satu bahagi lagi tidak disunatkan padanya berjemaah dan hukumnya adalah khilaful awla dan sekalipun hasil baginya pahala atas pendapat yang muktamad sebagaimana menaqalnya oleh Syeikh Al-Wana’i dari Syeikh Ibnu Qasim.”
(Kitab Nihata Az-Zain)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..