
Apakah hukum solat dengan pakaian ada najis tanpa disedari?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANJika selepas dari menunaikan solat barulah kita perasan ada najis pada badan kita adakah sah solat kita itu?
Bagaimana kalau kita tidak pasti samada najis itu kena pada badan kita di dalam solatkah atau selepas solat?
JAWAPAN
Siapa yang mendapati dia telah sembahyang dengan membawa najis samada pada badannya atau pakaiannya maka solatnya itu tidak sah dan wajiblah diulangi solat tersebut.
Akan tetapi jika dia tidak pasti samada najis itu mengenainya ketika solat atau selepas solat maka solatnya itu sah dan tidak wajib dia ulangi.
Tersebut pada himpunan fatwa Mufti Baitul Maqdis:
Pada masalah ini yaitu najis ada ketika mengerjakan solat maka wajib atasnya qada solat yang telah dia lakukan kerana sungguhnya solatnya itu batal pada tiga mazhab selain Maliki dari kerana sungguhnya suci dari najis itu dituntut pada keadaan sebenar kerana firman Allah Taala: Dan akan pakaianmu itu bersihkanlah.
Ada pun orang yang solat kemudian mendapati ada najis pada badan atau pakaiannya dan dia tidak tahu samada najis itu sudah ada ketika solat atau tidak maka solatnya itu sah kerana bahawasanya yang asal itu tiada najis padanya didalam solat.”
wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
assalam, saya solat dan was was sama ada terkeluar sedikit air kencing. jadi saya tidak melayan dan teruskan solat. setelah habis solat saya dapat ada kesan setitis pada pakaian saya. mohon pencerahan, adakah sah atau batal solat saya?
Wassalam,
Jika begitu (sudah konfirm ada najis), maka solat batal dan perlu ulang semula solat.