Hukum Niat Mufaraqah Dari Solat Berjemaah

Niat Mufaraqah

Apakah hukum niat mufaraqah dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Soalan saya berkenaan niat mufaraqah dari imam dalam solat berjemaah.

Masa manakah ia dibolehkan dan masa mana tidak dibolehkan?


JAWAPAN

Niat mufaraqah iaitu makmum yang sedang solat mengikut imam hendak memutuskan ikutannya dengan imam untuk solat sendirinya.

Hukum baginya lima hukum iaitu; adakalanya wajib dia niat mufaraqah dan adakalanya sunat dan adakalanya harus dan adakalanya makruh dan adakalanya haram.

Berkata Syed Abdul Rahman Ba’lawi :

Dan kesimpulannya bahawa memutuskan ikutan berjemaah itu bergantung kepada segala hukum syarak yang lima perkara yaitu wajib seperti dia melihat imam berbuat suatu yang membatalkan dan sunat kerana imam meninggalkan sunat yang dituntut dan harus seperti imam memanjangkan solat dan makruh yang meluputkan fadhilat berjemaah jika ada ia tanpa uzur dan haram jika terhentilah syiar atasnya atau jemaah adalah wajib seperti solat jumaat.”

(Kitab Bughyah Al-Murtassyidin)

KETERANGAN

Terkadang niat mufaraqah dari imam itu wajib apabila imam melakukan satu perbuatan yang membatalkan solat contohnya imam melakukan pergerakkan yang banyak.

  • Sunat niat mufaraqah pada ketika imam meninggalkan sunat yang sangat dituntut dalam solat seperti imam meninggalkan baca tasyahhud awal.
  • Harus niat mufaraqah contohnya pada masalah imam membaca terlalu panjang atau makmum sakit atau ada baginya hajat.
  • Makruh niat mufaraqah seperti mufaraqah tanpa sebarang hajat dan ia menyebabkan luput fadhilat berjemaah.
  • Haram mufaraqah itu apabila terhenti atas dirinya syiar misalnya pada solat berjemaah itu hanya dia dan imam yang solat maka jika dia mufaraqah tinggallah imam seorang diri tiada jadi padanya berjemaah atau pada solat jumaat yang jadi tidak sah jumaat dengan sebab makmum tersebut mufaraqah.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments