Adakah Putus Muwalat Fatihah Bila Makmum Menyebut Amin?

muwalat fatihah

Adakah putus muwalat fatihah bila makmum sebut amin dalam solat jemaah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Ketika dalam solat berjemaah jika makmum yang sedang baca fatihah menyebut amin bersama imam adakah makmum boleh sambung semula fatihah atau perlu baca dari awal semula?


JAWAPAN

Diantara syarat sah membaca fatihah ialah membaca dengan muwalat (berturut-turut)

Jika berhenti ia pada satu ayat dengan berhenti yang lama maka putuslah muwalatnya maka wajib dibaca semula dari awal.

Makmum yang sedang membaca fatihah kemudian berhenti kerana menyebut amin bersama imamnya tidak perlu mengulangi fatihah daripada awal kerana ucapan aminnya itu tidak memutuskan muwalat bacaan fatihah.

Yang memutuskan muwalat bacaan fatihah ialah dengan sebab berhenti yang lama atau menyebut perkara yang tidak berkait dengan sembahyang seperti menyebut Alhamdulillah kerana bersin dan yang seumpamanya.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

Maka terputus fatihah dengan sebab diam yang lama jika sengaja ia atau berhenti yang sedikit tetapi dengan niat memutuskan bacaan atau juga dengan zikir jika ada dia lupa dan tidak memutuskan fatihah jika perkara itu disunatkan di dalam solat seperti mengucap amin dan ta’awwuz dan memohon rahmat dan sujud tilawah kerana bacaan imamnya dan menjawab atasnya dan meminta pelihara dari azab dan meminta rahmat pada ketika membaca ayat rahmat dan azab daripada dirinya atau dari imamnya.”

(Kitab Minhajul Qawwim)

Kesimpulan

Makmum yang berhenti dari bacaan fatihah kerana mengucap amin bersama imamnya tidak perlu mengulang kembali fatihah dari awal hanya ia sambung ayat yang selepas ayat ia berhenti tadi.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments