Hukum Makmum Masbuk Berdiri Sebelum Salam Imam

Makmum Masbuk Berdiri Sebelum Salam

Apakah hukum makmum masbuk berdiri sebelum imam beri salam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Bolehkah makmum masbuk berdiri menambah rakaat sebelum imam salam atau selepas imam salam yang pertama?

Bolehkah makmum yang bukan masbuk tidak salam selepas imam salam sebab dia mahu berdoa?


JAWAPAN

Makmum yang masbuk sudah boleh berdiri menambah rakaatnya selepas imam memberi salam yang pertama tetapi yang afdhal ialah selepas imam memberi salam yang kedua.

Tetapi jika makmum masbuk berdiri sebelum imam memberi salam yang pertama maka solat makmum itu batal.

Dan haru bagi makmum yang bukan masbuk tidak memberi salam selepas salam imam kerana memanjangkan doa di dalam duduk tasyahudnya.

Telah berkata Imam Ibnu Naqib :

Dan disunatkan tidak berdiri makmum masbuk melainkan selepas imamnya memberi salam dua kali.

Maka jika dia berdiri selepas salam imam yang pertama nescaya harus hukumnya.

Dan jika makmum masbuk itu bangun sebelum salam imam yang pertama nescaya batal solatnya jika dia tidak niat mufaraqah dari imam.

Dan jikalau makmum masbuk tidak bangun selepas salam imamnya harus dia panjangkan duduk itu jika memang tempat duduk tasyahudnya tetapi makruh.

Dan jika bukan pada tempat duduk tasyahudnya nescaya batal solat makmum masbuk itu jika dengan sengaja.

Dan bagi makmum yang bukan masbuk harus ia panjangkan duduk selepas salam imamnya kerana berdoa kemudian memberi salam bila sahaja yang dia kehendaki.”

(Kitab Umadatussalik Wa ‘Iddatunnasik)

KESIMPULAN

Makmum masbuk harus berdiri menambah rakaat selepas imam memberi salam yang pertama.

Yang afdhal ialah makmum masbuk berdiri menambah rakaat selepas imam salam yang kedua.

Makmum masbuk boleh lagi duduk selepas imam memberi salam kerana membaca tasyahudnya jika memang rakaat itu mempunyai tasyahud baginya kemudian berdiri menambah rakaat tetapi jika bukan pada tempat tasyahud seperti pada rakaat yang pertama maka batal solat makmum tersebut.

Makmum yang bukan masbuk afdhal memberi salam selepas selesai imam memberi salam yang kedua tetapi jika dia tidak mahu lagi memberi salam kerana mahu membaca doa maka hukumnya adalah harus.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments