Hukum Darah Kudis Keluar Waktu Solat

Darah Kudis Keluar Waktu Solat

Adakah batal solat jika darah kudis keluar waktu sedang solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya menghidapi penyakit berkudis pada beberapa bahagian badan dan kadang-kadang ada keluar darah dari kudis itu walau pun saya tidak memicitnya.

Jika darah keluar dari kudis ketika sedang sembahyang adakah batal sembahyang?


JAWAPAN

Darah yang keluar dari orang yang sedang solat adalah dimaafkan walau pun banyak dengan syarat bukan dengan perbuatannya.

Tersebut pada kitab Qurratul ‘Ain:

Dan dimaafkan dari umpama darah kutu dan darah bisul dan sekalipun banyak ia yang bukan perbuatannya.”

Dan bersamaan hukumnya dengan darah yang lain seperti darah jerawat atau kudis atau luka dan seumpamanya iaitu jika keluar dengan sendirinya di dalam solat nescaya dimaafkan yaitu tidak batal solatnya.

Tetapi jika keluar darah itu dengan perbuatannya sendiri maka batal solatnya jika banyak.

Berkata Syeikh Nawawi:

Bermula dimaafkan keluar darah yang banyak ini ialah bukan dengan perbuatannya.

Ada pun jika dengan sebab perbuatannya maka tidak dimaafkan.”

(Nihayah Zain)

Bermula yang dimaafkan ialah darah yang keluar ketika dalam solat.

Ada pun yang keluar sebelum solat maka hendaklah dibersihkan melainkan yang tinggal pada tempat keluarnya sahaja dimaafkan.


Kesimpulan

Jika darah kudis itu keluar ketika sedang solat dengan sendirinya maka solat tidak batal kerana dimaafkan daripadanya sekalipun banyak.

Tetapi jika keluar darah kudis itu dengan sebab perbuatannya maka batal solatnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments