Apakah hukum baca surah yang sama pada rakaat pertama dan kedua?
Adakah ia dibolehkan?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya ingin tahu ustaz kalau kita sembahyang selepas fatehah kita sunat baca surah.
Adakah harus kalau kita baca surah yang sama selepas fatehah pada rakaat pertama dan kedua?
JAWAPAN:
Hukum membaca surah yang lengkap atau beberapa ayat dari surah Al-Quran selepas membaca fatihah pada rakaat yang pertama dan kedua adalah sunat samada pada sembahyang fardu atau sunat.
Yang afdhal ialah membaca surah atau ayat yang berlainan tetapi jika seorang itu mengulang surah atau ayat yang sama pada rakaat yang kedua maka hukumnya adalah harus tidak menjadi sebarang kesalahan.
Inilah pendapat jumhur ulamak dari mazhab Hanafi dan Syafie dan Hanbali.
Diriwayatkan dari Muaz bin Abdullah Al-Juhani r.a. seorang lelaki dari Juhainah memberitahunya:
Sungguhnya dia telah mendengar akan Nabi saw membaca pada sembahyang subuh akan surah Al-Zalzalah pada kedua-dua rakaatnya.
Maka aku tidak perasan samada Nabi saw terlupa atau sengaja membacanya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Kesimpulan
Sunat membaca surah atau ayat daripada Quran selepas membaca fatihah pada sembahyang fardu dan sunat.
Afdhal membaca surah atau ayat yang berlainan pada kedua rakaat tersebut.
Membaca surah atau ayat yang sama pada kedua-dua rakaat adalah harus hukumnya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Bole kah baca surah lain yg lbih mudah pd rakaat pertama solat sunat witir
Boleh, tiada masalah ?