Hukum Baca Kuat Dalam Solat Zuhur Dan Asar

Baca Kuat Dalam Solat Zuhur

Apakah hukum baca kuat dalam solat zuhur dan asar?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Ketika saya singgah sembahyang zuhur di sebuah surau imam surau tersebut telah membaca kuat pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua imam membaca perlahan.

Adakah sah sembahyang zuhur tersebut?

Dan adakah kena sujud sahwi?


JAWAPAN

Disunatkan membaca dengan perlahan akan fatihah dan surah pada sembahyang zuhur dan asar samada sembahyang berjemaah atau sembahyang sendirian dan disunatkan membaca dengan kuat pada sembahyang subuh dan dua rakaat yang awal pada sembahyang maghrib dan isyak.

Akan tetapi jika dibaca kuat pada sembahyang zuhur dan asar dan dibaca perlahan pada sembahyang subuh dan maghrib dan isyak nescaya tidak ada apa-apa yaitu sembahyangnya itu sah cuma menyalahi yang lebih utama.

Berkenaan adakah perlu lakukan sujud sahwi maka ulamak mazhab berbeda pendapat yaitu ulamak mazhab Hanafi mewajibkan sujud sahwi manakala ulamak mazhab Maliki berkata dengan sunat sujud sahwi.

Dan disisi ulamak mazhab Syafie dan Hanbali membaca kuat pada sembahyang yang baca perlahan atau membaca perlahan pada sembahyang yang baca kuat ialah menyalahi sunnah dan menyalahi yang lebih utama dan tidak disunatkan sujud sahwi.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments