Bagaimana berubah ke arah lebih baik?
Ramai yang ingin berubah dan mengajak orang lain untuk berubah.
Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari sebelumnya.
Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah.
Dulu buka aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.
Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah.
Hati kita masih peka dan lembut untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan.
Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur?