Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah

 Lafaz Sakinah
Lafaz Sakinah | waiting….by ~thresca

Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah..

Menjejak usia ke 20 an, tidak lari dan tidak lain tidak bukan, soalan yang pasti kedengaran, “bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”.

Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pelbagai jenis bentuknya.

Pasti. Peluh besar.

Sejak akhir-akhir ini juga kita sering di dedahkan dengan berita-berita mereka yang bertemu jodohnya awal di laman-laman sosial. Khususnya facebook.

Lagi bertambah-tambah ujiannya apabila tidak ketinggalan apabila ada antara yang menjadi pemerhati di situ mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah, walaupun tidak berkemampuan lagi.

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing.

Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.

Bukanlah menjadi kesalahan sebenarnya.

Kerana itu mungkin hak privasi mereka yang suka untuk berkongsi dengan masyarakat umum.

Baca Sepenuhnya

Kasih Ayah. Saat Lafaz Sakinah

kasih ayah
kasih ayah | In my Father’s Arms
by ~Tazzer27

Kasih Ayah. Saat lafaz sakinah

aku mendekati abah yang termenung di tangga rumah. hajat di hati nak ajak abah makan. dari pagi sampai malam sibuk abah melayan tetamu sampai tak sempat isi perut sendiri.

“abah, umi panggil makan. nasi dah nak sejuk” kata aku berbasa basi.

abah senyap.

“dari pagi abah tak makan kan. umi dah panaskan lauk kenduri tadi. gulai kambing pun sempat umi simpan untuk abah. rugi tau tak makan” sambung aku lagi, memancing abah untuk makan. abah memang gemarkan daging kambing. manis katanya.

“macam mana agaknya along kamu ni ye, achik. dah kahwin dah pun dia.” sayu abah menuturkan.

“abah..” aku cuba mencelah

Baca Sepenuhnya

Alhamdulillah, You’re The Chosen One!

chosen one
chosen one | Chosen by =pecchio

Hujan di luar bagai mengerti hujan di hati…

Benar..

kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan.

Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya..

Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah-indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar-benar ujian. Even ‘superheroes’ pun ada ujiannya.

Akan kalah dulu dan bangkit semula pada akhirnya kan. Biarpun kita tiada kuasa sakti. Tiada superpower yang kita miliki, untuk hilangkan segala keresahan hati. Tapi ingatlah, kita punya Allah.

Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Setiap dari kita pasti pernah diduga. Saya. Awak. Dia. Mereka.

Baca Sepenuhnya

Jika Perpisahan Itu adalah Lebih Baik

perpisahan
perpisahan | this is over by ~nono-sukar

When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah..

Perpisahan. Clash. Break up. Putus.

Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?

Mungkin inilah perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita.

Kita merasakan ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja.

Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.

Baca Sepenuhnya

Mengapa Kesusahan Itu Hadir?

Janganlah berasa hairan atau marah disaat kesusahan datang. Bukankah setiap waktu ia sering datang berkunjung? Apakah kita berasa hairan dengan hal yang selalu menyapa hari-hari kita? Haruskah kita marah atas sesuatu yang membuat hidup kita lebih berwarna dan penuh cabaran? Pertanyaan sebegitu sering muncul apabila seseorang mengalami kesusahan yang besar dan dia berasa tiada satu hal pun dalam hidupnya yang …

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

putus cinta
Bagaimana mengubat rasa putus cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

 

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Baca Sepenuhnya

Perlukah Untuk Disukai Oleh Semua Orang?

disukai oleh semua orang
Adalah mustahil untuk kita disukai oleh semua orang..

Saya adalah seorang yang tidak memiliki rasa percaya diri, selalu merasa curiga terhadap orang disekeliling saya.

Saya ingin menjadi seseorang yang yakin pada diri dan tidak mudah goyah menghadapi badai yang melanda.

Saya ingin menjadi seseorang yang pandai bergaul dengan semua orang yang saya jumpa.

Saya ingin menjadi seseorang yang disukai oleh semua orang, tiada yang mempersoalkan tentang keperibadian & keburukan saya.”

 

Mustahil Ingin Disukai Oleh Semua Orang..

Jangan menyeksa diri sendiri dengan menetapkan matlamat yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapa pun.

Tiada manusia yang akan disukai oleh semua orang dan tiada orang yang selalu nampak sempurna di mata orang lain.

Rasulullah sendiri misalnya bukan semua penduduk Mekah menyukainya (malah menentangnya) walaupun Baginda merupakan manusia yang terbaik.

Baca Sepenuhnya

Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain

kelemahan diri
Jangan biarkan kelemahan diri kita dipergunakan sewanang-wenangnya.

Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..

Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”

Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..

Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.

Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.

Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

Baca Sepenuhnya